Monday, October 3, 2016

DAY 4: 18 OGOS 2016 (KHAMIS)(4)




4.       MUARA SUNGAI CHAO PHRAYA: 5.00 PETANG

Untuk melihat muara Menam Chao Phraya kami terpaksa memasuki kawasan Watt  Aaroon atau dikenali juga sebagai ‘Temple of Dawn’. Oleh kerana lawatan kami melalui Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Kementerian Dalam Negeri, maka pengurusan Watt Aaroon menyambut kedatangan kami yang ingin melihat muara sungai,  jeti dan pelabuhan tempat kapal-kapal berlabuh, yang sekarang ini terletak dalam kawasan Watt Aaroon, kerana proses pembesaranya menganjur sehinga ke tebing sungai. 

Semasa berdiri di jeti diraja, dapat  dilihat dengan jelas di hadapan kami,  Istana Grand Palace di seberang sungai.  Jadi raja-raja Kedah dahulu kala, mendarat di Muara Menam Chao Phraya, disambut oleh Luang Kuchaa di jeti, kemudian dibawa tinggal di rumahnya sehinggalah dapat mengadap Raja Siam, untuk sebarang urusan yang dihajati. Sistem pengangkutan air kelihatan penting, kerana penempatan Raja dan Pembesar, masjid dan watt, semuanya dibina di tepi-tepi sungai. Melalui pemerhatian kami, aktiviti pemerintahan Raja Thai, memang berpusat di sekitar Muara Sungai Chao Phraya itulah.

Setelah selesai meninjau jeti diraja itu, iaitu tempat kapal Melayu berlabuh, dan menjiwai aktiviti Raja-Raja Kedah berkunjung ke Bangkok, kami bertukar-tukar cenderamata dan diakhiri dengan sessi bergambar anggota rombongan dan pengurusan Watt itu.

Selepas itu kami terus bertolak ke Kawasan Min Buri untuk makan malam yang diberikan dan diaturkan oleh wakil dari FICT. Kami dijamu dengan pelbagai makanan ‘grill-steamboat’. Selesai makan kami ‘chek-in’ di Hotel Red Planet di Surawong. Hotelnya masih baru cantik dan mewah, tapi harganya sangat berpatutan. Kami terus berehat kerana sepanjang sehari suntuk aktviti kajian berjalan tanpa henti. Alhamdulillah, semua yang dirancangkan dapat dipenuhi kecuali berkunjung ke rumah Luang Kuchaa. Walau bagaimanapun Tuan Ramli dan Pak Mus berjanji akan mencari masa yang sesuai untuk ke situ, sebelum kepulangan kami insyaAllah.

No comments:

Post a Comment