Sunday, September 20, 2009

The true life

Semua orang tahu bahawa yang hidup akan mati. Semua orang tahu cycle kehidupan - dilahirkan, membesar, dewasa, tua, kembali dijemput Tuhan. Hidup hanya sementara. Mati yang kekal abadi. Tapi hidup yang sementara ini kadang-kadang menjadi fokus utama kita. Hidup yang sementara ini penuh dengan kenikmatan dan kebahagiaan. Kadang-kadang kebahagiaan dunia menjadikan kita leka-selekanya. Sebab tulah bila susuh, bila bermasalah, bila berhadapan pelbagai cubaan, kita sangat sedih, kita sangat tertekan. Kalau kita kembali kepada fitrah kehidupan, sebenarnya kita tidak perlu pun bersedih atau bergundah gulana.

Ada apa dengan dugaan, jika kita sabar dan redha kita akan mendapat ganjaran di akhirat. Ada apa dengan kekayaan jika hanya untuk dunia tidak akan memberi sebarang manfaat pun kepada kehidupan di sana. Jadi kalau terharu melihat orang tersayang yang sudah tua dan uzur pun, kembalilah kepada hukum Tuhan yang memeng telah meletakkannya sebagai satu ketentutuan. Redalah, berdoalah, dan berserahlah kepada Tuhan, cycle kehidupan akan terus berjalan sehingga ke akhir zaman.

Friday, September 11, 2009

Hari Makin Senja

Balik berbuka di kampung sangatla seronok. Muka mak berseri-seri, muka abah senyum tak kering gusi. Macam-macam kuih muih kami beli, macam-macam lauk kami terpaksa habisi. Tapi yang bestnya mak masak kuih kegemaran kami, pulut sekaya. Susah nak cari pulut sekaya seperti mak punya, kalau ada pun sangat mahal. Saat buka puasa, tak terkira bahagianya. Sembahyang berjemaah bersama sungguh syahdu.

Teringat anak-anak di perantauan, masa depa kecil dulu, sibuk sembahyang sekali dengan maca-macam perangai. Jauh di sudut hati aku sangat sayu. Mak ayah sudah sangat tua dan tidak sihat. Entah sempat , entah tidak melihat anak-anak aku berkeluarga, dan bekerja. Entah sempat atau tidak beraya dengan semua cucu yang akan pulang ke kampung semuanya pada tahun depan. Ini satu impian indah, satu harapan besar, harapan yang selalu disebut-sebut.

Kalau nanti ada rezeki dapat berkumpul kembali di ramadhan tahun depan alangkah bahagianya. Kalau nanti dapat beraya bersama-sama anak cucu yang dipelihara sejak kecil hingga dewasa, alangkah bersyukurnya. Semoga Tuhan meletakkan qadha dan qadar terbaik untuk kedua orang tuaku yang sudah lanjut usia, yang sudah sampai pada masa dan hari yang semakin senja.

Monday, September 7, 2009

Telefon


Bapa dan mak orang ternama, kerja besar, gaji besar, dan berkedudukan tinggi. Sudah pastilah cita-cita pun tinggi untuk anak-anak. Semua minta semua ada. Entah di mana silapnya anak telah dikesan mengambil wallet kawan-kawan dan juga telefon. Rupanya dia guna ic yang ada dalam wallet kawannya untuk beli credit telefon. Nasib dia tak baik, ada kawan terjumpa dia tengah berurusan beli credit . Jadi bapa budak yang hilang wallet telah repot polis, kerana ada bukti pelajar mencuri wallet anaknya, kerana dia masih memegang ic budak itu.

Bila kes repot dibawa kepada waris pelajar yang ambil wallet, rupanya bapanya telah rampas telefon budak tersebut, kerana keputusan periksa tak bagus. Jadi dia tak ada telefon, dan dia ambil jalan mudah, curi telefon dan urus beli credit dengan cara yang salah.

Tak tau apa nak jadi budak sekarang, pandai, tapi tidak ada jati diri dan kewarasan berfikir, emosional dan pendek akal. Melalui permuafakatan kes ini selesai dengan perbincangan dan tolak anasur.

Sunday, September 6, 2009

BAPA MODEN


Apa nak jadi dengan dunia hari ni. Dulu mak bapa percaya penuh pada cik gu, hormat cik gu, buat baik dengan cik gu. Anak pun ikut buat yang serupa. Dari kecil belajar hormat orang tua, kenal mana perlu hormat mana tidak, ikut jejak mak bapa. Sekarang cik gu buat kelas untuk anak yang tak pas periksa, anak lari ponteng. Cik tangkap anak ponteng, mak bapa kata tak patut, mak bapa antar surat kutuk cik gu.

Kalau dah mak bapa ajar anak kutuk orang yang patut mak bapa ajar suruh hormat, tak heranlah ramai anak sekarang tak tau hormat guru atau sesiapa saja. Mak bapa pun anak dah tak hormat, sebab mak bapa dah ajar kat anak hak asasi manusia. Jadi masyarakat jangan tanya lagi pasai apa banyak masalah sosial kerana yang bermasalah sebenarnya ialah mak bapa yang menjadi role model sangat berkesan kepada anak-anak.