Friday, August 28, 2009

Bapa oh emak bapa ....


Bapa selalu jadi role model, sayang anak, lindungi anak pendek kata payung pada famili. Tapi bapa ni lain sikit. Dia panas baran, nak marah orang, dia saja yang betul - tengok muka pun satu macam - macam bermasalah saja.

Anak dia kena buang sekolah, dia mai minta surat berhenti sekolah terkinja-kinja - nak la la juga - tak boleh tunggu seminit lagi dah. Dia pi mohon belajar balik dekat jabatan, dapat balik sekolah yang sama. Apa punya bapa tak dak hati perut - tak kasihan bagi anak mai sekolah yang sama lagi, bagi kawan-kawan dok hina, kesalahan yang dia buat, bagi anak rasa tertekan kawan menjauhkan diri.

Dia kata bagi anak mai sekolah , lemas dengan perangai anak dia kalau dok kat rumah. Patutnya bapa la tunjuk ajar,tunjuk cara, bagi motivasi - bukan mai lempar anak kat sekolah bagi dia senang hati dok kat rumah. Pelik bin ajaib dunia dah nak kaiamat. Mak dia pun satu juga, kata dia tensyen dengan anak kat rumah, tensyen dengan bapa yang tak mau tengok anak kat rumah, tu suruh anak mai sekolah - nampaknya dua-dua orang tak sayang dan menyayangi anak - ligan anak pi sekolah, supaya depa tak payah tengok muka anak, yang depa kata tak guna, tak boleh nak diajar apa-apa kat rumah - jadi emak bapa apa kalau tak boleh tunjuk betul salah kat anak- nak menyinga kat anak saja yang dia tahu, nak menyinga kat bini saja yang dia tahu. Inilah jenis-jenis bapa moden - sebab tu lah banyak masalah sosial la ni - semuanya mai dari mak bapa yang hanya tahu beranak.

Thursday, August 27, 2009

MASA REMAJA


Semua orang kata masa remaja sangat penting. Apa yang penting, orang tua saja tau remaja kurang tau. Sebab tu selalu berlaku konflik remaja dan orang tua. Orang tua tau kalau nak berjaya dalam hidup kena mula masa remaja. Kalau nak kerja besar atau kerja biasa mesti mula dari remaja. Atau kalau nak hancur hidup pun mula dari remaja. Kalau tersilap langkah masa remaja, tak boleh nak buat apa dah. Masa tak boleh berulang dan kesilapan tak boleh dibaiki.

Maka jadilah kita, orang yang selalu menangisi masa lalu - tak kesudahan dalam hidup. Akan berlakulah satu lingkaran sosial yang berulang-ulang. Kalau betul jalannya, masa remaja penuh dengan persediaan untuk hidup, perjuangan melawan nafsu remaja - seperti kata mak bapa - maka jadilah kita manusia yang akan menikmati hasil usaha , hasil titik peluh masa remaja. Menikmati nikmat kehidupan hasil kesabaran dan pengorbanan mengabaikan keseronokan remaja. Sebab remaja selalu kata masa remaja sangat indah, remaja hanya sekali, jadi mesti enjoy. Sebab tulah mak marah anak sebab nak anak kerja elok, jadi kenalah study elok-elok. Maka berlakulah konflik - traditional konflik - berulang zaman berzaman.

api tak dapat dinafikan ramai juga remaja yang dengan sendirinya sedar. Sedar mesti berusaha keras untuk berjaya, sedar nasib esok hari bermula hari ini. Sebab tu ramai anak orang biasa cemerlang, ramai yang tak perlu konflik dengan orang tuanya, ramai yang berjaya memanfaatkan masa remajanya - akhirnya dapatlah memberikan kesenangan kepada anak-anak.

Hari Entertain Ibu



Kadang-kadang tak semua yang kita rancang menjadi. Hari ni aku rancang nak jumpa doktor jadi hari shopping bersama ibu. Kebetulan orang yang nak tolong buat appoinment dengan specialist tak boleh turn on sebab kena jaga patient H1N1. Okla juga sebab aku tak pernah ada masa pun bawa mak jalan-jalan shopping sebab selalu sibuk buat kerja yang tak sudah-sudah kat ofis. Kami shopping daging, ikan, sayur, barang dapur dan barang plastik merapu. Mak aku nampak seronok walaupun dia sakit kaki - bangga sungguh anak bawa shopping - bagi tau semua orang yang dia jumpa. Agaknya bila dah tua kita suka dibelai seperti itu. Malangnya anak muda sekarang tak reti nak faham benda ni. Kita selalu ambil mudah. Sebab tu ramai orang tua bawa nasib sendiri. Selalu bawa diri. Selalu bersikap denial - selalu kata tak pa. Tapi sebanarnya bukan tak pa. Mulalah berangan-angan tunggu cucu kahwin nak jalan dengan cucu, tunggu cucu kahwin nak duduk dengan cucu dan macam-macam lagi. Kesimpulannya boleh ada hari seperti ini amat membantu menghilangkan rasa rindu mak untuk bermanja dengan anak yang telah lama tak dirasainya selepas anak bekerja dan berkahwin. Untuk semua anak eloklah ada masa entertain mak.

Friday, August 21, 2009

Perasaan 1


Ada masa kita tahu apa kita rasa. Seronok, sedih, terganggu, tenang, sayu dan entah macam-macam lagi perasaan yang dapat dirasakan atau digambarkan orang. Tapi ada masa kita dah seperti tak ada perasaan, kerana tidak dapat menggambarkan perasaan. Atau tak dapat menyatakan perasaan, atau terlalu banyak perasaan yang menjadikan kita celaru tentang perasaan kita. Kadang-kadang kita rasa lain, dan kita mengharapkan kita rasa yang lain pula. Kadang-kadang kita dapat rasakan apa yang kita rasa, tapi kita tak suka dengan persaan itu. Kadang-kadang kita suka perasaan itu, tapi kita tahu kita tak akan rasa seperti itu. Kadang-kadang kita takut untuk menghadapi perasaan, yang memang kita sudah tahu kita akan rasa, dan kita tidak suka. Begitulah berkecamuknya perasaan manusia. Untuk itu kita mesti mohon supaya kita menjadi orang sabar dan orang yang redha. Hanya itu cara amat mulus untuk mengurus emosi, kerana emosai sangat kompleks. Only God knows, so lets refer to Him. Amin.

Wednesday, August 19, 2009

BAHAGIA SEMENTARA

Adik punyala seronok kak ngah ada kat rumah sampai tuang sekolah. Patutnya last day ni kena la pi sekolah tengok apa cikgu nak pesan sebelum cuti. Tak pa la bagi can kat dia sebab aku pun seronok juga boleh dok ngan dia. Dia ni sangat serius study sampai tak dan nak cakap pun. Waktu mana pun dok belek buku ja. Tak pun belek komputer atau sms dan cakap telefon. Ni la baru tengok dia relek skit. Tak pa asal dia bahagia. Lepas ni mesti skema gila. Biarlah nanti dia terus bersemangat dan gembira balik walau pun cuma tinggal kami bertiga.

ANUGERAH ALLAH


Jarang sekali aku ada peluang cuti untuk berehat. Selalunya cuti aku melancong atau uruskan kerja-kerja yang perlu tindakan segera. Tapi kali ini aku benar-benar cuti. Duduk rumah, relek, masak, shopping and most prescious lepak-lepak dengan anak-anak. Dah lama tak berpeluang lepak dengan anak-anak yang sibuk dengan belajar. Adik sibuk study walau pun ada kat rumah, alang sesekali balik tapi tak sempat buat apa pun sebab aku kerja Ahad. Angah dan along nun jauh di seberang lautan. Jadi terlanjur angah dah ada kat rumah alangkah bahagianya. Dulu masa depa kecil banyak masa dok dengan depa - kemas rumah, buat gardening, lipat kain, main-main di taman rimba atau berleter tentang banyak benda. Sekarang angah dah hampir nak balik tapi semua tu tak boleh berulang lagi. Dia akan sibuk kerja pula, lepas tu kahwin dan ada rumah sendiri. Banyak perkara yang membuatkan masa dulu tidak boleh berulang - hanya tinggal kenangan yang memang manis dan sangat berharga, yang telah mewarnai kehidupan bahagia kami. Memang sangat bersyukur aku dihadiahkan anak-anak yang cantik rupa juga perangai. Syukur pada Allah yang telah memberikan anugerah yang sangat diharapkan oleh semua orang yang menjadi ibu dan bapa - anak-anak - pandai, berjaya, dengar kata, elok perangai, ringan jodoh dan lain-lain yang diingini. Harapan aku biarlah nanti kami dapat berkumpul semula dalam suasana yang sungguh bahagia. Amin

APALAH MALANGNYA


Dalam dunia ni banyak benda yang tak terduga. Masa anak kecil-kecil mak bapa sangat gembira dengan anak. Anak teriak pun suka, berak kencing pun suka, sakit pun tak pa, semuanya menghiburkan. Tapi bila dah besar lain pual jadinya, mak bapa pening kepala. Mak cakap buat tak dengar, mak tidur lari keluar, mak hantar sekolah tak mau belajar, mak ambil sekolah, kawan ejek dan gaduh dengan kawan. Last sekali mak tak tau nak buat apa. Kena buang sekolah, dok melahu la rumah tok pula. Tok pun pening kepala juga sebab kata tak dengar. Last sekali mak panggil bapa balik mai ambil bela. Bapa dok jauh dengan mak muda. Tak boleh nak fikir. Dulu nampak bayang pun tak boleh tapi la anak pi menumpang rumah mak muda. Apa dah jadi dunia ni

Monday, August 17, 2009

KONFLIK BUDAYA


Di sultanah Bahiyah kalau nak bagi orang marah suruh anak tukar sekolah. Cakaplah sebab apapun depa akan patah balik kata nanti tengok dulu. Atau yang lebih agresif akan marah balik kat kita. Atau yang lebih telus, terus bagi tau malu la kami, kena buang dari sekolah ni. Ramai orang kata nak anak pandai bagi sekolah elok. Sebab tu di Alor Setar ni ramai mak bapa tipu alamat masa daftar anak supaya anak boleh masuk Taman Uda, Taman Rakyat atau Asma. Sampai sekolah menengah mesti masuk Bahiyah atau Syed Omar.

Memang ada betulnya juga, kalau budaya sekolah elok, anak boleh belajar lebih elok. Tapi yang tak tahan, anak yang tak sama sosio ekonomi akan ada konflik budaya. Kalau anak dari keluarga yang biasa dengan buku, biasa dibimbing keluarga, danada konsentrasi dari segi budaya bekerja, maka boleh belajar dalam keadaan yang mencabar. Mereka faham apa yang cikgu ajar. Depa buat kerja rumah, depa lulus dengan baik dan tidak terlibat dengan unsur negatif. Jadilah mereka pelajar yang berjaya, yang tidak menimbulkan apa-apa masalah. Sebaliknya yang mengharapkan sekolah bagi anak jadi pandai, anak tidak buat kerja sekolah, anak tak datang sekolah, anak lap kelas dan sebagainya, sibuklah kami menguruskan mereka - suruh dok dalam kelas, suruh datang sekolah.suruh baca buku, suruh pas periksa dan macam-macam lagi.

Bila panggil mak bapa datang depa kata tak sempat, ada di luar kawasan dan macam-macam alasan lagi. Banyak masa terbuang tapi hasilnya tak seberapa. Kalaulah anak ini berada dalam kumpulan yang sama-sama lemah bolehlah mereka diberi pemulihan. tapi di sekolah yang semua pelajar sudah pandai, maka anak lemah yang diharapkan pandai oleh mak bapa, akan hanyut kerana budaya di sekolah tak sama dengan budaya di rumah.

Sunday, August 9, 2009

Bapa Lain Pula


Dah tak tahan atau barang kali malu perangai anak, bila sekolah telefon buat-buat tak angkat telefon. Kalau dah banyak kali sangat tengok nombor sekolah naik, angkat telefon habak kata dok KL ka ,Baling ka, supaya tak payah pi sekolah. Atau bagi nombor telefon isteri, suruh sekolah minta emak pi settle apa-apa. Tau dah emak dia pun bukan nak pi sekolah, biar bagi cik gu tunggu dia , sekolah boleh buat apa, atau kadang-kadang marah balik kat cikgu, awat cik gu tak dak kerja lain ka dok panggil kes anak saya saja. Nanti saya nasihat la anak saya.

Satu hari cik gu kata kena pi juga sekolah ada kes berat nak kena selesai. Tak dak helah habak dok outstation dan nak suruh mak dia pi tengok. Cik gu kata tak boleh kena mai jugak-jugak. Tak boleh nak helah lagi pi la juga ke sekolah. Tengok-tengok anak memang buat salah, salah besar pula tu. Inilah yang terjadi kalau asyik mengelak daripada datang sekolah untuk selesai masalah kecil. Lama-lama masalah kecil jadi besar, susah semua orang. Semoga mak bapa selalu la ambil tahu hal anak kat luar rumah, dengan siapa depa kawan, pi tuisyen dengan sapa dan apa aktiviti depa buat supaya anak yang masih muda sentiasa dalam kawalan, dan selalu mendapat bimbingan. Dan yang paling penting selalulah berhubung dengan sekolah, banyak yang boleh diselesaikan jika hubungan mak bapa rapat dengan sekolah.

Kasihan bapa ....


Tengah bawa kereta, nak pi melawat keluarga sakit, isteri bagi tahu ternampak anak dara mereka jalan-jalan sedangkan mereka dah pergi hantar ke sekolah paginya. Jadi patah balik nak confirm betul tak anak mereka ponteng sekolah. Nak pengsan rasanya , tengok-tengok yang dok berjalan depan mata anak depa yang sepatutnya dok sekolah. Apa lagi bapa pun turun belasah dua tiga ibu budak lelaki tu, dan heret masuk anak dara mereka dalam kereta, terus bawa pi sekolah. chek-chek tengok memang anak dara ni memang betoi ponteng sekolah. Register cik gu dah tanda kosong, beg pun tak dak dalam kelas, kawan-kawan pun kata tak nampak dia dari pagi, memang dia terus keluar sekolah lepas saja bapa beredar. Jadi pada semua mak bapa sama-samalah cek kat cik gu anak-anak yang dihantar ke pintu pagar sekolah - belum tentu anak ada dalam sekolah seperti yang dijangkakan.

Kasihan si bapa setiap hari hantar anak awal pagi. Balik rumah dengan senang hati tanggung jawab dah tertunai tanpa henti. Datang dihantar pulang berjemput, apalah nasib anak sanggup khianati ....

Medical Check Up


Lama dah dok ajak cak pi xray lutut tapi dia tak mau dan aku pun tak cuti. Hari ni sampai masa bawa tok cak ke kmc untuk chek. Lepas xray kat Dr Sarwant lutut dia memang dah haus, sebab tu dia sangat sakit sampai tak tahan dan dah tak boleh buat apa yang berat2. Rasa lega sebab dah boleh bantu dia untuk langkah seterusnya. Dr Sarwant cadang knee replacement sebab dah sampai kritikal - kos lebih kurang RM15,000. Tok cak nampak terkejut dan sangat takut dengar operation. Dia tanya banyak sangat jadi aku pun terpaksa beritahu kos yang sebenar - lagi la dia kata tak payah buat. Tapi aku kata tak dak pilihan masa dah sampai kena buat treatment. dia pun diam, tapi aku lagi terdiam tengah fikir macam mana nak buat. Mudah-mudahan Tuhan beri aku jalan yang mudah dan yang terbaik. Mungkin tunggu sampai hujung bulan jika along clear maka tak ada masalah nak proceed. Insya Allah semoga Allah membantu. Hanya engkau yang aku sembah dan hanya padaMu tempat aku memohon pertolongan. Sesungguhnya memudahkan sesuatu yang sukar itu sangat mudah bagiMu. Amin.