Wednesday, September 28, 2016

HARI KE-3 17 OGOS 2016 (3)


Day 3: LAWATAN KAJISELIDIK BANGKOK - 17 OGOS (RABU)

Berkumpul di depan restoran untuk ke Royal Palace
Melalui padang awam
Selepas itu, jam 2.30 petang kami berjalan melalui padang  awam, untuk masuk melawat ke Royal Grand Palace. Di padang itu sangat ramai orang, ada yang duduk berehat, makan-makan,  dan ada yang bergambar kerana Majlis Graduasi dan pesta Kovokesyen Universiti Chulalongkon yang berhampiran. Kelihatan dari jauh sangat ramai orang menuju ke Royal Palace. Semasa memasuki perkarangannya didapati pengunjung-pengunjung berjalan dalam berkumpulan, dan ketua kumpulan membawa bendera atau objek-objek lain sebagai panduan untuk membantu ahli kumpulan supaya tidak berpecah.

Memasuki perkarangan Grand Palace
Melaporkan persembahan bunga dan cenderamata kepada petugas istana

Dalam kesesakan dan kesibukan itu, kumpulan kami seramai 15 orang terus menuju ke dewan rasmi istana, untuk mempersembahkan sejambak bunga kepada Raja Thai King Bhumipol. Kami diterima oleh pegawai-pegawai istana. Di situ didapati kawalannya amat ketat. Sejambak bunga yang kami bawa diperiksa teliti, begitu juga cenderamata dari Persatuan Sejarah Cawangan Kedah, dan barang-barang peribadi milik kami, semuanya mesti melalui  alat pengesan seperti di lapangan terbang. Selesai pemeriksaan keselamatan dan mencatatkan maklumat, kami diminta menunggu giliran untuk upacara persembah bunga. Tiba giliran, kami pun dijemput untuk membuat rehearsal dan terus mempersembahan sejambak bunga dan cenderamata kepada Raja. Upacara itu dibuat rakaman oleh beberapa stesen tv yang akan disiarkan dalam berita jam 8.00 malam nanti. Selesai semua upacara dan rakaman selesai, kami ditunjukkan jalan untuk ke pejabat bagi urusan seterusnya
Menunggu giliran untuk persembahan bunga
Gambar kenangan dulu 

Persembahan cenderamata
Kemudian kami tiba di pejabat, untuk urusan kemasukan, kerana lawatan kami adalah lawatan rasmi dan mendapat kebenaran pihak istana, jadi kami dibawa masuk melawat secara percuma dan secara rasmi oleh seorang petugas istana yang telah sedia menunggun di pejabat. Dia memperkenalkan dirinya, kemudian membawa payung hijau supaya kami sekumpulan dapat mengikutnya tanpa terpisah.  Untuk pengunjung lain, masuk melawat ke Royal Grand Palace dikenakan bayaran sebanyak TB 50.00. Kami dimaklumkan  oleh Petugas istana yang memberitahu kami  bahawa setiap hari terdapat seramai 23.000 orang pengunjung melawat istana itu. Patutlah sangat ramai orang, penuh sesak dan semuanya sibuk memerhatikan barang pameran,  bergambar, dan mencatat maklumat dengan penuh minat juga sungguh teruja sekali.

Kawasan Grand Palace terbahagi kepada tiga: Inner Palace, Temple dan Outer Palace. Lawatan kami dimulakan dengan melawat kawasan wat yang menceritakan tentang Buddha dan hal-hal berkaitan dengannya. Dari situ kami hanya dapat melihat Inner Palace yan tersergam indah,  kerana tiada pelawat dibenarkan melawat Inner Palace yang menjadi kediaman Raja sekarang. Tidak lama di situ kami minta dibawa ke Outer Palace. Perjalanan ke Outer Palace agak jauh juga, tapi kami semua bersemangat, jadi tidak dirasakan kepenatan melalui laluan pejalan kaki ke situ.

Di Outer Palace, mula-mula kami dibawa ke Balai Menungu Raja-Raja di sebelah kiri Balai Penghadapan, sebelum sesuatu upacara dimulakan seperti perkahwinan, dan pemahkotaan. Di Balai itu di pamerkan lukisan Raja-Raja Thailand yang sungguh besar saiznya dan cantik hasil seninya kelihatan seperti gambar. Di balai itu Raja-Raja disajikan minuman sambil berbual-bual memenuhi masa sebelum keberangkatan Raja pada masa yang ditetapkan. Kemudian kami ke dewan Balai Menunggu sebelah kanan pula, iaitu Balai Menunggu Permaisuri-Permaisuri. Di sini dihiasi dengan lukisan-lukisan Permaisuri yang besar dan cantik-cantik juga. Semua kerusi dan meja memang sangat cantik dan masih tersusun indah sehingga sekarang. Kami tidak berpeluang memasuki Balai Penghadapan. Kononnya di situlah terdapat dan tersimpannya bunga emas yang dihantar oleh Negeri Kedah suatu masa dahulu kepada Maharaja  Thailand. Semua anggota rombongan sungguh merasa kecewa kerana tujuan sebenar kami ialah untuk melihat bunga emas milik Kedah itu. Kami membuat kesimpulan bahawa barangkali bunga emas kedah itu telah diguna pakai sebagai pendapatan Negara, sebab itulah mereka tidak memberi kebenaran kepada kami untuk melihatnya, walaupun sudah disebut dalam surat permohonan kami ke istana.

Merasa kecewa dengan kegagalan melihat bunga  emas, kami sudah kurang berminat lagi untuk melihat galeri lain. Dalam perjalanan keluar kami dibawa singgah di Muzeum Coin Thai. Kami melihat-lihat sepintas lalu kemudian kami mengucapkan selamat tinggal kepada petugas Royaloyal Palace ditutup kepada pelawat. Jadi berpusu-pusulah semua pengunjung meninggalkan Royal Palace dalam keletihan, termasuklah ahli rombongan kumpulan kami.  Kani terus balik ke Hotel kerana hendak melihat berita siaran tv yang akan menyiarkan gambar kunjungan kami ke istana, ke seluruh Thailand. Memang betul jam 8.00 malam memang ada slot upacara penyembahan bunga kepada Maharaja Thai di semua saluran tv Thai sebagai rasa sayang mereka kepada Raja dan tanah air mereka. Maka terakamlah sejarah kami muncul di tv Thailand pada malam itu.

Sebelum pulang jam 6.00 petang kami makan malam di kawasan Restoran Faridah Fatoni di hadapan Masjid Darulaman. Kami semua akan  menonton live tv show, di tv jam 8.00 malam, jadi kami makan awal. Menu kami ialah mee goreng, dan roti canai pisang butter. Sementara yang lain makan menu pilihan sendiri di gerai pilihan sendiri untuk menjimatkan masa. Kami sampai di hotel dalam jam 7.30 sedang elok untuk menonton kami di tv. Dan memang betul kami telah muncul di hampir semua station tv semasa upacara memberi bunga kepada pihak istana sebagai hadiah kepada Raja. Malamnya acara bebas, aku ikut Farid Rizal dan isterinya ke market ala pasar malam menaiki tut-tut yang laju memecut macam hantu. Suka-suka saja mereka memecut dan memandu melalui jalan-jalan di Bangkok itu. Terasa bagai nak tercabut perut dengan gelagat pemandu yang masih muda dan ghairah memandu seolah-olah mahu menghiburkan kami dengan gelagatnya itu. Kami pulang dengan selamatnya selepas membeli sedikit barang cenderamata untuk dibawa pulang. Alhamdulillah…

1   












                 


HARI KE-3 17 OGOS 2016 (2)



1    Day 3:  LAWATAN KAJISELIDIK BANGKOK - 17 0G0S 2016 (Rabu)



2. BANGKOK NATIONAL MUSEUM
Bangunan I Siwamokkhapiman Hall
     Lebih kurang pada jam 11.30 pagi,  kami dibawa melawat Bangkok National Muzeum tidak jauh dari Royale Palace. Di sini ramai sungguh pengunjungnya, rata-ratanya kanak-kanak sekolah. Muzeum Bangkok ini merupakan satu kompleks yang terdiri daripada 5 bangunan besar,  dan 9 bangunan kecil, terpisah-pisah mempamerkan artifek yang berbagai-bagai.

Berbincang sejarah Thailand  dengan Pengarah Muzeum Kedah di Hall 1
     Bahan pameran di bangunan 1, Siwamokkhaphiman Hall mempamerkan semua hal berkaitan sejarah Thailand sejak zaman awal pemerintahan hinggalah ke zaman moden ikut Raja yang memerintah.  Di Balai ini memang sangat ramai dan padat pengunjungnya yang terdiri daripada kebanyakannya pelajar sekolah. Didapati pihak sekolah menggalakkan pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar mengalami menghayati topik pembelajaran sejarah negara mereka, ke arah mewujudkan rasa cinta kepada tanah air.

     Bangunan 2, Buddhaisawan Chappal pula mempamerkan patung-patung yang terdiri daripada pelbagai patung-patung budha, jadi kami tidak lama di situ kerana tiada kaitan dengan orang Melayu dan budaya Melayu yang menjadi fokus kami. Sementara Bangunan 3 pula iaitu, Mahasurasinghanat  memaparkan lukisan sejarah dan ukiran-ukiran sebelum abad ke-13, seperti perihal abad sebelun masihi, Sriwijaya, Hindu dan Lopburi. Di sini terdapat replika bunga emas yang dihantar oleh Cheingmai kepada Maharaja Thailand yang dipamerkan untuk tatapan umum.
Replika bunga emas dari Cheingmai di Balai 3

    Seterusnya, Bangunan nombor 4, iaitu Praphat Phiphitthaphan, mempamerkan pelbagai jenis lukisan, ukiran, matawang,  dan sejarah yang berkaitan dengannya,  dari negeri-negeri di Thailand seperti Lanna, Sukhothai, Ayutthayya, dan Rattankosin.  

     Bangunan 5, Issara Winitchai and Phra Wiman the Prince Residential Complexs, senjata, mempamerkan artifek emas, royal regalia, seramik, alat music, senjata, pengangkutan (gajah), dan perkakasan sami. 
Usungan Maharaja di Balai 5
      
Senjata Melayu - pedang
      Bangunan 6 -14 adalah bilik pameran yang kecil-kecil seperti kelengkapan semasa kemangkatan, dan lain-lain lagi. Selepas bertukar-tukar cenderamata dengan petugas yang mengiringi kami, kami beredar meninggalkan muzeum.
   
    Oleh kerana sudah waktu makan, kami singgah di sebuah restoran halal di hadapan Kota di Muara Chao Phraya, tidak jauh dari Royal Palace, yang akan menjadi tujuan kami berikutnya. Untuk menu hari ini kami tiada pilihan selain menikmati nasi putih berlauk ayam goreng, dan nasi briyani ayam sebagai hidangan tengah hari. 

Bersama Pembantu Muzeum Thailand
Pertukaran cenderamata