Tuesday, October 27, 2009

THE CYCLE STARTS


Muda memang gembira dan bermakna. Muda masanya menyemai benih - dengan segala susah payah dan penat jerih.Tapi muda juga indah, namun penuh dengan uncertainties. Dalam kekuatan berusaha membina masa depan, kadang-kadang orang muda tidak tertahan dan tidak terbelai emosi remaja yang sangat menuntut kesabaran. Jika persediaan untuk mencari makan cukup dengan ilmu di dada waktu muda, tuanya akan terbela. Jika emosi muda dapat dipupuk dengan baja-baja iman, sabar, rasional, dan undercontrol, tua nanti insya Allah bahagia. Jika dikenang, banyaknya pilihan yang mesti dibuat pada waktu muda. Pilih sekolah, pilih aliran, pilih matrik dan universiti, pilih kursus, pilih interviu, pilih kerja dan paling penting pilih jodoh.

Berhadapan dengan pilihan memang suatu yang sangat sukar. Semua pilihan tidak boleh tidak mesti dibuat. Silap pilih susah jadinya. Nampak macam kitalah yang membuat pilihan. Nampak macam kitalah yang bertanggung jawab sepenuhnya. Sebenar-benarnya semua pilihan sudah diatur, sudah tertulis, dan sudah tercatat untuk kita. Untuk membuat pilihan yang dirasakan tepat, banyaklah berdoa. Kita akan selalu merasa sangat bahagia. Kerana apapun pilihan kita baik atau buruk kalau kita redha Tuhan akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

Saturday, October 24, 2009

JUALAN MEGA


Sukanya tengok banyak gerai. Macam-macam jenis makanan - nasi lemak, bihun goreng, mee kari, soto, buah-buahan, nugget, sosej, ais kacang, jagung bakar dan entah apa-apa lagi yang tak tertulis kerana terlalulah banyaknya. Banyaknya makan meraikan anak-anak yang berjualan - Lepas makan nasi ayam, makan grape celup coklat, makan koktel dengan aiscream, dan last sekali minum ais bandung spesial. Lepas tu beli jeli kelapa, puding koktel, jagung bakar, dan curry puff untuk bekalan balik. Bukan main seronok lagi budak-budak tu, maklumlah Pengetua yang membeli jualan mereka. Sudah tentulah menjadi kenangan manis sepanjang hidup, sampai ke tua.

Sebenarnya inilah yang dikatan pendidikan - Jualan Mega selepas PMR. Bukan sekadar menjual, tapi lebih mengesankan dapat mendidik pelajar berfikir, merancang, melaksana dan mendidik pelajar bekerja menggunakan tangan. Semua itu dibantu oleh kemahiran komunikasi berkesan yang akhirnya boleh membawa keuntungan. Hebat mendidik secara hands-on - sangat berkesan dan yang paling penting menyeronokkan. Jika spirit ini diterap dalam kehidupan seharian, semua kerja dapat dilaksanakan dengan tidak mendatangkan sebarang masalah. Semua kerja akan jadi sangat menyeronokkan. Semua orang akan suka ke sekolah kerana tidaklah monotenus, stiff dan stress. Cuba-cubalah renungkan

Wednesday, October 14, 2009

Sayunya Hati


Setiap kali balik kerja, bila pengawal tarik palang dan angkat tangan ucap selamat jalan, hati terasa tersentuh. Setiap kali melihat pengawal itu, sayu tidak terkata. Mana tidaknya, sejak mula bekerja ada satu memori yang tidak pernah lekang dari ingatan. Seorang budak tingkatan 6 yang cerdas, ceria, dan pintar, tiba-tiba hilang ingatan. Tiba-tiba tidak kenal kami, tidak juga kenal kaum keluarganya. Si ayah yang malang dengan sangat sedihnya, minta nasihat dari my sleeping partner. Sangat berharap si anak akan kembali pulih, kalau tidak dalam masa terdekat tapi satu hari akan dapat diubati juga hendaknya.

Masa berlalu, tinggallah kenangan itu menjadi memori kekal sehingga ke hari ini, hampir tiga puluh tahun sudah. Alangkah kecilnya dunia ini. Alangkah besarnya kekuasaan Allah, budak itu tanpa aku sedari, menjadi pengawal yang setiap hari aku jumpa. Sayunya melihat wajah tenang budak itu. Sayunya mengenangkan nasib yang ditakdirkan kepadanya. Tapi syukur padaMu ya Allah, kerana budak itu telah ada kehidupannya yang tidaklah seteruk yang aku banyangkan. Subhanallah! Alhamdulillah.

Thursday, October 8, 2009

Heritage

Membaca blog angah mengingatkan aku zaman remaja dulu. Form one dah pandai masak kari dan sayur untuk semua orang makan tengah hari atau malam. Musim raya dah pandai buat biskut yang mak belajar - jam tart, samperit, rainbow dan marble kek. Satu kampung datang raya nak try biskut yang cukup canggih masa tu. Mak sangat bangga, aku sangat malu, sebab ramai sangat orang puji. Sekarang angah dah warisi air tangan boleh masak turun temurun. Aku pula yang bangga. Syukurlah she learn fast.

Masak memasak adalah basic skills. Families are united during eating time, that's why when my children were small i forced them to eat together - breakfast, lunch, tea, dan dinner. Along selalu nangis waktu breakfast sebab tak suka makan pagi. Angah selalu wek wek bila kena suap nasi campur sayur, alang selalu keras badan bila tak suka makan, adik memang enjoy makan bila disuap. It was long time ago but very sweet memories, still fresh in my mind. It was wonderful and memorable. Sekarang the history will repeat. Akan bermula dengan angah. Heritage will be a process. May Allah bless my family-happily ever after.

Saturday, October 3, 2009

Kawan remaja

Hari ini pi makan kenduri kawan lama, anak dia kawin. Rasa terpanggil untuk hadir kerana masa kenduri anak yang dulu tak boleh nak hadir. Dah lebih sepuluh tahun tak jumpa, kawan pun dah tak cam kita. Dulu masa anak kecik-kecik masih ada masa bertandang jenguk hang aku. Dah semakin veteran semua makin sibuk. Tengok sepintas lalu otak dah tak boleh compute.

Masa makin berubah, kita juga sudah semakin tidak seperti dulu. Badan makin mengembang, kulit makin tak seimbang, uban sampai ke jambang. Yang masih boleh bersyukur kesihatan masih baik. Masih boleh bergerak ke sana sini. Fasa dua kehidupan sudah bermula, second generation sudah mula berkeluarga. Mudah-mudahan second phase of life pun akan terus ada kualiti life sebelum di jemput mengadapNya.