Wednesday, October 21, 2020

TEMU BUAL DYMM TUANKU SULTAN KEDAH SEMPENA PERTABALAN – ZAMAN REMAJA

SOALAN 1

TUANKU BARU 4 BULAN DITABAL MENAIKI TAHTA, APAKAH PERUBAHAN DARIPADA SEGI TANGGUNG JAWAB KERJA DAN DIRI TUANKU?.

 

Memang banyak Dato’, saya pun paling pertama ambil alih tugas ni. Lepas tu saya kena buat adjustment untuk saya, yang mana dulu arwah kekanda saya jadi raja. Waktu tu saya ambil alih banyaklah benda-benda nak kena belajarlah, kena ambil taulah perkara-perkara yang melibatkan kerajaan negeri Kedah dan kepentingan rakyat dan kedudukan termasuklah kedudukan keadaan politik di negeri ni, ambil taulah sedikit sebanyak.

 

SOALAN 2

SEMASA MELALUI ZAMAN REMAJA APAKAH YANG TUANKU LAKUKAN DAN BOLEHKAH KONGSIKAN PENGALAMAN ITU?

Macam mana saya minat dalam tentera, being an out-door man, saya suka nak explore explore sikit. Sebelum saya pi India, saya ada buat training sikit, macam pi di Sik. Masa tu Tan Seri Hanapiah dok hostel dengan saya. Tan Seri Hanapiah ni Tabung Haji kan, dia masih ada, dia tua daripada saya dua tahun. Kita sewa rakit, kita turun daripada Sik, masa tu ulu la Sik tu, turun sungai pi kot Jeniang, pi kot Titi Merdeka, tidur di bawah Titi Merdeka.  Empat hari baru sampai Kuala Muda,  ada empat lima orang kawan-kawan. Kita panggil dia Sworn Expedition atau Kon-Tiki Expedition, biasa dengar Kon-Tiki Expedition.

 

Tan Seri Hanapiah masih hidup lagi, budak-budak empat lima orang, kita pi lima orang, sewa rakit seratus ringgit masa tu. Pakat-pakatlah duit sekolah, dengan budak-budak ni. Naik rakit empat hari baru sampai Kuala Muda. Saya Tan seri Hanapiah, dua tiga orang lagi, cina sorang saya tak tau dah. Saya upah orang kampung dua orang tolak rakit tu dengan buluh. Yang tu la expedition pertama saya. Kami tidur atas rakit tu, bukan senang, sakit habis belakang, buluh bulat-bulat tu.

 

Balik lepas tu habis expedition empat hari, balik Alor Setarlah, balik dok sini, saya dok istana anak bukit waktu tu. Lepas tu saya pakat lagi enam belas orang, saya naik basikal pi Kuala Lumpur. Enam belas orang pi, ada sorang dia masih hidup gi. Basikal masa tu, basikal istimewa tu Raleigh, Hopper, Amber, istimewalah. Naiklah basikal pi Kuala Lumpur.

 

Hari pertama dok rumah cik gu di Taiping. Hari kedua pukul 9 malam sampai di Rawang, polis tahan, ada curfew, waktu komuinis kan. Polis tahan, saya ingat lagi, Sarjan Polis tu, dia kata ‘ hang nak pi mana ni? Budak-budak ni hang tau dak komunis ada di depan, di Templer’s  Park’. Adalah curfew pukul 6 dah curfew dah. Dia kata ‘tidurlah di Rawang Police Station’. Masih ada gi balai tu la ni.

 

Pi enam belas orang, enam orang sampai. Yang lain, terlena terjatuh basikal, naik Bukit Berapit turun  berangin, terlena, berlaga rata ceruklah, terlena letih. Lepas tu depa tahan lori balik, waktu tu kereta tak banyak. Waktu tu di Perak banyak titi kayu, zaman 50-an , dekat titi kayu tu banyak air terjun. Tiap-tiap kali jumpa titi kayu saya berhentilah mandi  air terjun, refresh baliklah mandi air terjun daripada bukit.

 

Third day saya sampai di KL duduk tumpang di rumah Tunku Abdul Rahman, waktu tu rumah dulu Seri Perdana, rumah Tunku masa tu. Waktu tu dia Chief Minister, duduk dua tiga hari di situ, lepas tu kita pun baliklah, cycle balik, naik basikal balik. Yang tulah yang jauh sekali, paling jauh saya naik basikal tu.

 

Thursday, October 15, 2020

BIRTHDAY CARD FOR MY LOVE AND SOUL

 



Happy birthday abang,  Happy birthday ke -68,

suami yang tercinta, suami yang sangat baik,  

sebaik-baik lelaki anugerah terindah  Allah adanya.

Semoga Allah terus  titipkan  cinta di dalam hati kita berdua,

agar terus bercambah bahagia,  hingga ke syurga hendaknya.

Semoga panjang usia dalam rahmatNya, agar terus dapat saling mencintai,

agar terus dapat  meningkatkan ibadat kepada Ilahi,

Semoga dengan kebahagiaan,  dapatlah kita tingkatkan  bekalan,

untuk kita di sana  nanti.

Semoga cinta yang melimpah ruah di hati mu sayang,

Kita sama-sama  dapat berpegangan tangan ke jannah sana.

Mama  pohon  maaf  jika  selalu  buat  salah  di matamu sayangku, 

jika tiada redhamu sayang,  tidaklah  mama dapat  turut  ke syurga.

Happy birthday abang, happy birthday sayang,

I love you with the bless of Allah insyaAllah.



 

 

Monday, October 12, 2020

PETIKAN TEMU BUAL DYMM TUANKU SULTAN KEDAH SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN 2018 DI RTM 1


SOALAN  

DALAM KERJAYA, TUANKU BERMULA SEBAGAI GURU SEMENTARA, DAN KEMUDIAN MEMASUKI  REGIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD). BOLEHKAH TUANKU CERITAKAN PENGALAMAN?

JAWAPAN

Saya ni just an average student, I’m not yang rajin-rajin tu. Saya mula tahun 49 di Sekolah Melayu Alor Merah. Guru Besar saya dulu Tuan Haji Ismail bapa Tun Zahir, zaman 49, 50. Lepas 4 tahun saya masuk sekolah orang putih, masa tu Sultan Abdul Hamid College, special Malay Class, masuk darjah 4,  sampai waktu tu takat Form Five. Banyak aktiviti waktu tu, guru-guru banyaklah orang putih, 50 percent orang putih. Aktiviti macam student bagai, terpaksa diencourage masuk Cub, masuk Scout, masuk aktiviti out-door, cross-country, saya minat lagu tu. Saya masuklah masa tu boys Scout, masuk apa. Waktu tu Sultan Abdul Hamid College ada organization Fraternity Adventure Club, saya joinlah, saya join Adventure Club. Dia bawalah pi Sik, pi mana kawasan yang hutan-hutan sikit, 2 hari 3 hari, buat trainining, saya join sekali. Tapi saya tak pi di Lumut, saya tak sampai tahap tu saya pi.

Macam mana saya minat dalam tentera, being an out-door man, saya suka explore-explore sikit, saya pada tahun 58 lepas saya jadi guru sementara di Iskandar School. Dulu peluang jadi guru sementara 6 bulan, gaji RM 130 zaman tu di Iskandar School, sebelum tunggu result, saya masuklah 6 bulan, sebelum dapat tempat di Indian Military Academy di Dehradun.

Saya pi Indian Military Academy di Dehradun bukan, mula-mula tak daklah minat nak pi Indian Military Academy, taklah sangat nak pi India, tapi arwah kekanda saya baik dengan High Commissioner India. Waktu tu adalah pi UK, pi Pakistan. Probably dia request suruh hantar, of all the brothers dia suruh saya pi,  Almarhum Sultan Abdul Halim. Needless to say saya ni victim or certain circumstances. Saya pi la, tahun 62 saya pi. Supposed to be about two years, but my course was short, cut short by one over year sebab India perang dengan China.

Lepas tu saya balik, saya tunggu result. After the graduatioan saya balik saya duduk di Alor Setar, tak buat apa la. Tu saya dapat result saya dipanggil interview di MINDEF, MINDEF lama.  Masa tu dia hantar saya pi 2 Melayu di Kota Baharu, di Pengkalan Chepa. Saya masuk Pengkalan Chepa sebagai Second Leftenant.


Pertama operasi saya, dia hantar saya pi Jeli, tempat tu, budak-budak Sarjan lama habak saya, depa besa jumpa Rashid Maidin, malam. Saya tak tau la. Masa tu Jeli hutan, sebelah tu sungai la, sungai Kecik, Sungai Golok. Kita nak p Siam, cross kot tu ja, senang. Dulu tak dak kisah, sungai pun cangkat. Depa dok jumpa Rashid Maidin, saya tak tau la, budak-budak. Dulu sarjan-sarjan lama pandai, depa orang-orang lama, sarjan, koperal. Operasi selalu depa tau. Lama la dok Jeli, buat operasi di Jeli kat border tu.

Lepas Jeli, saya habis di Jeli saya posted di Batu melintang, buat operation kat dalam hutan, 8 berapa bulan dulu, tak lama la. Dok dalam hutan 3 bulan, kita keluar 2 minggu ke Kota Baharu, kita masuk balik, lagu tu la. Kebanyakan operasilah, zaman tu zaman konfrantasi, zaman dharurat 2.

Di Batallion Head Quarters di Tawau, duduk keliling airport dengan orang putih. Commonwealth Troop is there, British Artileries semua was there. Duduk sekali dengan orang putih there, Batallion Head Quartes in Tawau.

Company Head Quarters di Wallace Bay di Pulau Sebatik. Dah tu company saya duduk tu pindah kat Kampung Simpang Tiga. Dalam lagi sampai kat border ada Kampung Melayu nama Kampung Mentadak, kampung Melayu, la tak dak dah, lepas tu pindah habis dah.  Sungai dengan Indonesia tu kecik sangat, dapur dengan dapur bertemu. Di Kedah kita panggil alor, macam Sungai Alor Merah tu, dapur dengan dapur bertemu. Belah nu Indonesia, sebelah ni depa cross gitu ja lah. Melalui dapur boleh masuk Malaysia dah. Lepas tu orang kampung tak dak dah, pindah. Lama saya dok situ 6 bulan 7 bulan di Pulau Sebatik.

Lepas tu balik Tawau, balik di Kota Baharu balik. Lepas balik Kota Baharu, Batallion dihantar ke Sarawak, Bau. Saya pi 6 bulan 7 bulan, tahun 68, 67 gitu. Saya dan Company saya dihantar ke Pedawan, dekat borderlah.  Kita buat operasi kat kampong-kampung border Indonesia, belah Malaysia, operai dalam tu.

Di Sarawak dok dekat 9 bulan, lepas tu baru balik rumah. Saya masa tu dah berkeluarga dah. Tak boleh balik, masa tu  mana ada handfon mana ada apa. Nak telefon di Kem kena tulis surat dulu. Masa tu famili saya, saya dah tukar pi 3 Melayu dah, di Sungai Besi.

Daripada Sungai Besi di ahantar saya pi Ipoh buat Instructor National Service 6 bulan. Saya suka operation. Saya tak suka duduk dalam kem ni. Dalam kem ni dok kena buli dik pegawai-pegawai ni. Kita pegawai muda kena buli, kena maki hamun gitu. Kena terimalah saya pakai uniform. Dia maki hang lopong, hang budak, kena terima, terima kasihlah kata, terima kasih tuan (ketawa). Dulu pegawai dulu lagu tu, maki hamun tak pa. La tak tau la, tak boleh dah kot lagu tu.
 

 

 

ALMARHUM SULTAN BADLISHAH: PELOPOR KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

 

DITERBITKAN DALAM BULETIN LINDUNGAN BULAN BIL 31/2019

KELUARAN KHAS SEMPENA MESYUARAT AGONG KE-63

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN KEDAH DARUL AMAN

 

 OLEH HAJAH RAHINUN MOHD NOOR, BCK

Selepas perang tahun 1945, Raja-Raja Melayu telah dipaksa dan diugut oleh Inggeris untuk tandatangani perjanjian, sebagai tanda bersetuju dengan penubuhan Malayan Union.  Wakil kerajaan Inggeris  Mac Michael, tidak memberi  masa untuk Raja-Raja berunding dengan majlis masing-masing, malah mengugut Raja-Raja Melayu yang enggan, untuk digantikan dengan Sultan yang lain, kerana mereka akan dituduh atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun.

Sehubungan itu, Tuanku Sultan Badlishah yang menyedari tipu muslihat Inggeris, telah menggunakan saluran diplomasi menghantar surat bantahan rasmi menentang Malayan Union kepada Setiausaha Negara Britain, dan salinan-salinannya dikirimkan kepada Perdana Menteri Britain, Pemangku Ketua Pembangkang Britain Mr Anthony Eden. Selain itu baginda juga telah menulis surat kepada Sir Shenton Thomas Mantan Pesuruh Jaya Tinggi British, menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap kerajaan British yang berhasrat menjajah Tanah Melayu. Dalam surat itu juga dinyatakan bahawa Sultan-Sultan lain telah dipaksa menandatangani perjanjian baharu itu tanpa sebarang rundingan dan baginda memaklumkan rasa kecewa yang teramat sangat, bantahan baginda tidak dipertimbangkan. Bersama surat itu juga baginda mengemukakan satu petisyen yang telah dikemukakan kepada Setiusaha Negara Britain. Baginda juga mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya bebas mengkaji pandangan sultan dan pandangan rakyat terhadap Malayan Union.

Di samping itu baginda telah menyatakan bantahan  menentang Malayan  Union, dalam surat yang dihantar  kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda juga menyatakan dengan jelas bantahannya, dan memaklumkan kekecewaan dalam surat itu, tentang beberapa pucuk surat yang telah dihantar kepada pihak Inggeris yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Di samping surat bantahan rasmi, baginda juga telah menghantar surat kepada Pengarang sebuah akhbar Britain, menerangkan bahawa tandatangan pembentukan Malayan Union, bukanlah tandatangan yang diperoleh secara sukarela tapi mereka telah dipaksa dan diugut. Baginda juga telah menulis surat kepada sahabat baginda Mr Stowell, menyatakan perhargaanya kerana bersimpati dengan orang Melayu, dan memaklumkan baginda telah melantik seorang peguam John Foster untuk untuk mewakili sultan menentang Malayan Union.

Sebagai kemuncaknya orang Melayu bersama pemimpin masyarakat telah membantah , dengan mengadakan perhimpunan Anti Malayan Union. Di Kedah seramai 50,000 orang telah membanjiri Padang Court di Bandar Alor Setar, menyataka tentangan secara terang-terangan kepada pihak British dan gagasan Malayan Union. Bantahan rakyat ini direstui dan disertai oleh sultan-sultan,  termasuklah baginda Sultan Badlishah. Jadi baginda Sultan telah berusaha secara diplomasi dengan pihak British menentang Malayan Union melalui surat-surat yang dihantarnya, dan di samping itu baginda terus memberikan  sokongan kepada perjuangan dan tindakan rakyat  jelata, sehingga akhirnya Malayan Union gagal dilaksanakan dan Tanah Melayu mengorak langkah menuju proses ke arah kemerdekaan,  sehingga akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Alhamdulillah.