Wednesday, October 21, 2020

TEMU BUAL DYMM TUANKU SULTAN KEDAH SEMPENA PERTABALAN – ZAMAN REMAJA

SOALAN 1

TUANKU BARU 4 BULAN DITABAL MENAIKI TAHTA, APAKAH PERUBAHAN DARIPADA SEGI TANGGUNG JAWAB KERJA DAN DIRI TUANKU?.

 

Memang banyak Dato’, saya pun paling pertama ambil alih tugas ni. Lepas tu saya kena buat adjustment untuk saya, yang mana dulu arwah kekanda saya jadi raja. Waktu tu saya ambil alih banyaklah benda-benda nak kena belajarlah, kena ambil taulah perkara-perkara yang melibatkan kerajaan negeri Kedah dan kepentingan rakyat dan kedudukan termasuklah kedudukan keadaan politik di negeri ni, ambil taulah sedikit sebanyak.

 

SOALAN 2

SEMASA MELALUI ZAMAN REMAJA APAKAH YANG TUANKU LAKUKAN DAN BOLEHKAH KONGSIKAN PENGALAMAN ITU?

Macam mana saya minat dalam tentera, being an out-door man, saya suka nak explore explore sikit. Sebelum saya pi India, saya ada buat training sikit, macam pi di Sik. Masa tu Tan Seri Hanapiah dok hostel dengan saya. Tan Seri Hanapiah ni Tabung Haji kan, dia masih ada, dia tua daripada saya dua tahun. Kita sewa rakit, kita turun daripada Sik, masa tu ulu la Sik tu, turun sungai pi kot Jeniang, pi kot Titi Merdeka, tidur di bawah Titi Merdeka.  Empat hari baru sampai Kuala Muda,  ada empat lima orang kawan-kawan. Kita panggil dia Sworn Expedition atau Kon-Tiki Expedition, biasa dengar Kon-Tiki Expedition.

 

Tan Seri Hanapiah masih hidup lagi, budak-budak empat lima orang, kita pi lima orang, sewa rakit seratus ringgit masa tu. Pakat-pakatlah duit sekolah, dengan budak-budak ni. Naik rakit empat hari baru sampai Kuala Muda. Saya Tan seri Hanapiah, dua tiga orang lagi, cina sorang saya tak tau dah. Saya upah orang kampung dua orang tolak rakit tu dengan buluh. Yang tu la expedition pertama saya. Kami tidur atas rakit tu, bukan senang, sakit habis belakang, buluh bulat-bulat tu.

 

Balik lepas tu habis expedition empat hari, balik Alor Setarlah, balik dok sini, saya dok istana anak bukit waktu tu. Lepas tu saya pakat lagi enam belas orang, saya naik basikal pi Kuala Lumpur. Enam belas orang pi, ada sorang dia masih hidup gi. Basikal masa tu, basikal istimewa tu Raleigh, Hopper, Amber, istimewalah. Naiklah basikal pi Kuala Lumpur.

 

Hari pertama dok rumah cik gu di Taiping. Hari kedua pukul 9 malam sampai di Rawang, polis tahan, ada curfew, waktu komuinis kan. Polis tahan, saya ingat lagi, Sarjan Polis tu, dia kata ‘ hang nak pi mana ni? Budak-budak ni hang tau dak komunis ada di depan, di Templer’s  Park’. Adalah curfew pukul 6 dah curfew dah. Dia kata ‘tidurlah di Rawang Police Station’. Masih ada gi balai tu la ni.

 

Pi enam belas orang, enam orang sampai. Yang lain, terlena terjatuh basikal, naik Bukit Berapit turun  berangin, terlena, berlaga rata ceruklah, terlena letih. Lepas tu depa tahan lori balik, waktu tu kereta tak banyak. Waktu tu di Perak banyak titi kayu, zaman 50-an , dekat titi kayu tu banyak air terjun. Tiap-tiap kali jumpa titi kayu saya berhentilah mandi  air terjun, refresh baliklah mandi air terjun daripada bukit.

 

Third day saya sampai di KL duduk tumpang di rumah Tunku Abdul Rahman, waktu tu rumah dulu Seri Perdana, rumah Tunku masa tu. Waktu tu dia Chief Minister, duduk dua tiga hari di situ, lepas tu kita pun baliklah, cycle balik, naik basikal balik. Yang tulah yang jauh sekali, paling jauh saya naik basikal tu.

 

No comments:

Post a Comment