2. 17 Jan 2024 - 09.40 pagi
Sejak balik dari HUKM, bermula bulan November telah diaturkan untuk sesi fisioterapi secara berjadual, sebulan sekali di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Surat referal telah diberikan kepada HSB untuk menerima dan mengaturkan tarikh buat fisioterapi. Tujuanya untuk menguatkan otot-otot di bahagian belakang, perut, paha dan betis secara berterusan. Kekuatan otot itu membantu untuk kita lebih kuat dan cepat pulih bertenaga selepas operation.
Sebelum keluar wad fisioterapis telah pun ajarkan aktiviti atau pergerakan asas yang perlu dibuat sendiri di rumah. Kemudian bila ke hospital akan diajarkan dan ditambah pergeraka-pergerakan lain lagi yang sesuai. Masa awal-awal aktiviti dibuat secara melentang di atas katil, difokuskan di bahagian perut dengan pergerakan kempiskan perut sebanyak 30 kali. Kemudian pergerakan otot di papan punggung 30 kali, pergerakan di bahagian belakang 30 kali. Dan satu lagi aktiviti penting ialah duduk dikerusi dan bangun duduk degan perlahan-lahan, untuk menguatkan otot paha dan otot punggung supaya dapat berjalan lebih kuat dan bertenaga.
Pusingan ke - 2
akriviti kuatkan otot paha betis papan punggung