Thursday, November 24, 2016

BUAT PELAJAR-PELAJARKU DI DATO SAGOR LANGKAP


Aku amat bersyukur dengan perkembangan teknologi, dunia menjadi semakin 'kecil'. Yang jauh tak dapat berhubung dan terputus hubungan dapat dihubungkan kembali. Yang hanya wujud dalam kenangan dapat dilihat kembali di alam maya. Yang menjadi sangat nostalgik dapat dijelmakan dan terasa keberadaannya sehingga dapat dilihat boleh dikatakan saban hari. Begitulah yang terjadi dan telah ditakdirkan pada diriku. Sejak meninggalkan daerah Langkap, semua kenangan pahit manis  sentiasa bermain di fikiran. Ia tidak pernah  sedikitpun menjadi pudar. Seringkali ia dijadikan cerita lisan buat memberi semangat, pabila sesuai keadaannya. Seringkali ia diceritakan bila terkenang saat yang silam yang telah lama ditinggalkan. Pendek kata cerita-cerita di Langkap tempat aku mula mengajar itu tetap segar dalam ingatan sehinggalah aku sudah meninggalkan dunia pendidikan. Pernah juga sekali dalam hidupku selepas keluar dari daerah bersejarah itu, aku menjenguk Langkap untuk merasai kembali saat-saat yang pernah kulalui di sana.

Dulu-dulu  dalam tahun 1980an, dapat mengajar buat pertama kalinya di Langkap, dirasakan amat jauh sekali dari kampung halamanku. Apa tidaknya perhubungan pada waktu itu cuma dengan surat sahaja. Jadi bila ada hal-hal yang sangat penting yang memerlukan tindakan segera, maka surat registerlah yang terpaksa menjadi pilihan. Ia menjadi alat perhubungan yang paling pantas masa itu. Waktu itu telefon bukanlah suatu perkara yang biasa, ia hanya ada satu-satunya di sesebuah pekan  iaitu telefon awam yang dikenali sebagai pondok telefon. Jadi tidak bolehlah kita menghubungi sesiapa di kampung kerana tiada satu pondok telefon pun  di kampug.

Selepas dua tahun mengajar di Langkap, sejak tahun 1981 hingga1982, kemudiannya aku kembali ke kampung halaman di Kedah. Kenangan di Langkap tersusun indah dalam lipatan sejarah hidupku. Sarat sungguh kenangan silam yang dibawa balik dari sana. Banyak sungguh cerita tentang Pengetua dan rakan-rakan guru serta staff sokongan sehinggalah kepada Pak Itam Dan Yap penjaga kantin. Tidak dikira lagi dengan kisah anak-anak murid sulungku yang belajar di tingkatan 4 dan tingkatan 5 pada tahun-tahun itu. Mengajar mereka sungguh merupakan satu cabaran yang amat besar. Cabaran menjadikan mereka dapat digilap potensi masing-masing agar dapat keluar daripada jaringan sosial yang mencengkam. Amat dirasakan pada waktu itu mereka perlu keluar dari kepompong, dan jalannya tidak lain, melalui pendidikan di sekolah, sama ada yang formal atau yang tidak. Jadi aku telah pun mencubanya, walau sekejap cuma.

Dan kini aku amat berterima kasih kepada anak-anak murid yang menjalinkan semula hubungan silaturrahmi yang telah sekian lama terputus. Terima kasih DSU Johari, yang mencetuskan permulaan terbukanya ruang lingkup yang telah lama tertutup. Terima kasih yang lain-lainnya Nazir, Poniti Ruwiyo, Mohd Nadri, Abu Hanipah, Masamah Mokri, Faizul Penasor, Rozita, Salbani, Rosli Sardi, Maznan, Hamisah, Suhaimee, Mustafa dan banyak lagi. Saya pohon maaf kepada yang lain yang tidak disebutkan namanya di sini. Faktor usia menjadikan saya tidak mampu berbuat demikian. Tapi saya masih ingat muka-muka kalian sehingga kini, sejak tarikh saya meninggalkan Langkap, Telah terbukti semua potensi telah tergilap, daya kepimpinan telah tercungkil, kemahiran unggul telah terserlah dan yang paling penting semua anda telah memiliki jati diri unggul sehingga melantunkan anda keluar dari jaringan sosial asal, membina jaringan sosial yang jauh lebih baik dari keluarga anda sendiri di kampung. Syabas saya sungguh berbanggan melihatnya. Bila sesekali kalian pm saya, saya memang ingat dengan jelas muk-muka anda semua semasa muda remaja. Terima kasih kepada  yang selalu saja pm saya, kadang-kadang mengucapkan salam, menyampaikan ucapan  dan paling tidak pun bertanyakan  khabar. Terima kasih juga yang upload gambar kenangan lama saya di Dato Sagor, sungguh nostalgik.

Saya amat bersyukur dapat melihat kalian semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Walaupun cuma di alam maya tapi dapat juga saya kongsikan, dan turut sama merasai kehidupan kalian yang masih segar dalam ingatan, yang telah mewarnai dan memeriahkan hidup saya, serta banyak memberikan pengajaran, pengalaman, ilmu dan keinsafan yang amat bermakna suatu masa dahulu hingga sekarang. Saya amat bersyukur kalian semua telah semuanya berkeluarga dan dapat dilihat semuanya amat bahagia dan menjadi orang yang bersyukur dengan segala yang dianugerahkan Allah. Syabas dan tahniah untuk semua. Saya amat teruja kalau suatu hari nanti saya dapat berjumpa dengan kalian semua, insyaAllah. 

Tuesday, November 15, 2016

JIKA DIINIAYA


CERAMAH FB US DUSUKI
16 NOV 2016

Semua yang ada di dunia ini, baik di langit atau di bumi adalah milik Allah, Kalaupun kufur manusia, tidak jejas sedikitpun kerajaan, kekayaan dan kekuasaan Allah. Tapi jika beriman seseorang manusia itu mengikut syariat Allah, maka ia adalah dalam keadaan yang sangat beruntung.

Jika ada manusia yang kufur maka amat rugilah ia. Tambah lagi jika kianat sesama manusia. Jika orang buat khianat maka berserahlah kepada Allah. Antara amalan jika dikhianati ialaj bacalah zikir berikut: Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran atas musibah yang diberikanNya:
  1. Hasbiyalla hu wanikmal wakiil wa nikmal maula wanikmalnasiir.
  2. Wakafaa billaahi wakiila.
  3. Surah Ghafir ayat 44 - Wa ufadzi du amri ilallah ......


Monday, November 14, 2016

TENTANG BERSYUKUR


CERAMAH US AHMAD  DUSUKI
DARI BUKU TANHIBUL GHAAFILIN
14 NOV 2016

Nikmat besar dalam hidup ialah nikmat ijad dan imdad.  Nikmat ijad iaitu nikmat Allah pilih kita jadi manusia. Alhamdulillah, Kita tidak ditakdirkan jadi panda ka, katak ka atau yang lain-lain.

Nikmat Allah ke-2 iaitu nikmat  imdad, yang terbahagi kepada 3 iaitu nikmat yang pertama ialah Allah sediakan segala kelengkapan di dunia kepada kita, dan kita hidup ini ikut pelan yang Allah telah sediakan. Nikmat Ke-2 ialah Allah pilih orang tertentu dan diberikan iman dan Islam. Nikmat ke-3 ialah fakkeh dalam beragama, iaitu Allah pilih supaya kita faham agama. Dalam hidup Allah pilih seseorang memahami agama, Allah pilih supaya kita lapang belajar agama dan dapat memahami apa yang dipelajari tentang agama. Tanda fakkeh agama ada 3. Yang pertama, kamu ada ilmu kamu mengajar orang, yang ke-2 sibuk nak belajar dengan orang tentang ilmu agama - paling utama ialah belajar ilmu tentang  al-Quran, dan Hadis. Rasul sebut setiap hari kalau tak belajar sesuatu ilmu, rasa tak lengkap hari itu. Yang ke-3 ialah mendengar kalimah-kalimah yang  baik.

Nikmat yang paling besar lagi ialah nikmat ikhlas dalam perjalanan hidup kita. Yang belajar pun payah nak jadi ikhlas. Yang belajar kadang-kadang datang rasa kecil hati, rasa tak puas hati ustaz datang lewat, dan rasa malas. Yang mengajarpun kadang-kadang datang rasa tak puas hati, dengan tindakan penganjur, kadang-kadang hilang rasa ikhlas. Oleh kerana sukarnya nak jadi ikhlas, jadi kalau dalam hidup kita, kita diberikan Allah dengan nikmat perasaan ikhlas, alangkah bertuahnya kita. Sebab itulah Allah turunkan surah Al-Ikhlas. Bila dapat ikhlas itu maka dapatlah nikmat Allah. Bila dapat ikhlas kita dapat redha Allah. Bila ikhlas kita dapat redha Allah iaitu nikmat Allah yang amat besar, dan bila nampak nikmat redha Allah baru kita bersyukur.

Manusia ini bersukur bila kita nampak nikmat redha Allah, iaitu semasa masuk dalam syurga nanti. Sebelum mati pun kita akan nampak iaitu semasa sakaratul maut, malaikat seru roh dengan lembut. Di hari kiamat nanti Allah kumpulkan orang-orang yang mendapat redha Allah untuk masuk syurga. Itulah nikmat terbesar yang akan kita rasakan.

Rasulullah bersabda, apabila Allah kumpulkan seluruh makhluk Allah  di Mahsyar, di mana? Di katakan di Baitul Maqdis hingga ke Arafah, terdengar suatu suara. Akan diketahui siapa yang paling layak, akan mendapat kehormatan pada hari ini. Bangunlah orang yang meningggalkan tempat tidur untuk tahajjud, yang bangun tu sedikit ja. Kemudian diseru lagi bangunlah orang-orang yang hidupnya tidak dilalaikan walaupun dalam sibuk berniaga, dan berjual beli, tiada unsur tipu, tapi bertanggung jawab. Yang bangun sedikit ja. Kemudian diseru, bangun orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, yang bagun sedikit ja. Kemudian semua mereka di atas cepat disuruh masuk syurga. Selepas itu, makhluk yang lain akan dihisab oleh Allah sebelum boleh masuk syurga. 

Bagaimana nak bersyukur? Nabi Musa bertanya kepada Allah kenapa Nabi Adam boleh bersyukur kepada Mu? Sedar nikmat Allah, tahu dan yakin nikmat yang Allah bagi seketika saja. Ada  4 perkara yang Allah bagi kepada kita, yang jauh lebih baik daripada seisi dunia - iaitu lidah yang sentiasa berzikir dalam diam dan dalam bertututur, sentiasa mengaitkan apa saja dengan Allah dan mengingatiNya. Yang kedua Allah kurniakan hati yang sentiasa bersyukur dengan apa saja yang Allah bagi. Yang ketiga ialah badan yang jenis sentiasa sabar dan faham dalam mentaati perintah Allah - contohnya  imam baca surah panjang dalam solat pun sabar. Bila kita puasa kena sabar dan tahan daripada mengambil makanan. Yang keempat dapat pasangan hidup yang baik, yang beragama, dan yang soleh, lebih baik dari seisi dunia.



Saturday, November 12, 2016

SEORANG BERNAMA IBU


Nabi Mohamad saw pernah bersabda, "kalau kamu mendukung ibu kamu sekalipun, tak akan terbalas pengorbanan dan jasa ibumu membesarkan kamu, semenjak kamu kecil". Pengalaman membesarkan anak-anak sejak dilahirkan penuh dengan rasa syukur, keterujaan, bahagia, suka dan dukanya malah penuh dengan pelbagai cabaran pula. Semasa bayi lagi dijaga dengan penuh perhatian dan kasih sayang, makan minum, pakai dan kebersihan. Asal lapar tak kira siang atau malam, menangis minta disuapkan susu atau makanan. Jika tidak selesa kerana basah lampin dengan air kencing atau najis, menangis juga tak kira bila pun masanya. Tidak diambil kira yang kuat menangis, tidak kira masa sehingga kadang-kadang genap tiga bulan masanya pun ada. Maka ibu pun jadilah 'burung hantu' kerana tidak mampu tidur pada malamnya. Kadang-kadang demam, kadang-kadang selsema, maka bersengkang matalah jawabnya dik kerana anak yang tak selesa tidur adanya. Kadang-kadang entah kerana apa, tersilap susu atau makanan yang kurang sesuai, cirit birit pula tanpa ada hentinya. Kadang-kadang diserang penyakit berjangkit lain seperti demam campak, maka lagi teruklah meragamnya, buat sekian masa dan ketika.

Di samping itu tidak dikira lagi sakit semasa tumbuh gigi, sakit semasa suntikan pelalian, atau kesakitan akibat ditimpa kemalangan kerana aktiviti-aktiviti mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Contohnya jatuh tersembam masa merangkak, tersadung kaki semasa mula memanjat-manjat dan baru tatih berjalan, atau terjatuh semasa memanjat tangga, semuanya menjadi biasa tapi memerlukan penjagaan yang rapi bagi menghilangkan kesakitan yang tidak diduga.  Kadang-kadang tanpa diduga berlaku kemalangan yang tidak disangka-sangka - menarik barangan seperti periok nasi dengan air panas, memanjat rak buku sehingga tertimpa rak dan tercabut kuku pun ada. Maka bertambahlah penjagaan kerana kesakitan yang tidak terhingga. Siang atau malam maka tempatnya di atas dukungan sahaja, asal tidak menangis maka direlakan saja adanya. Semuanya dilalui dengan penuh sabar oleh ibu dan bapa, dalam proses membesarkan anugerah Allah yang amat berharga yang mewarnai kehidupan lagi membahagiakan adanya.  Dan proses ini terus berjalan dalam ruang lingkup masa yang terus berjalan, dan jumlah anak pun semakin hari menjadi semakin ramai. Namun siibu tetap rasa bahagia dan terhibur dalam menjalani kehidupan dan mengadun proses pembesaran bersama anak-anaknya itu.

Masa pun terus berlalu, semua anak membesarlah sudah dan siibu pula bertambah usianya. Tiba masanya ibu pula sakit dan memerlukan perhatian seperti bayi adanya. Tika memadikan ibu, terbayang tangan yang sudah tidak bermaya itu telah bertahun-tahun memandikan anak yang masih bayi sehingga besar. Tika menyuap makanan terbayang suapan ibu yang dengan penuh manja dan kasih sayang menyuapkan makanan kepada bayi yang sangat dicintai dengan sabar dan rela. Tika menukarkan lampin terbayang betapa leganya sibayi yang telah dibersihkan, tidak kira tengah malam, pagi atau petang. Jika tengah malam atau dini hari  sekalipun siibu dengan penuh  belaian kasihnya, menggantikan lampin supaya bayi kesayangan dapat tidur kembali dengan selesa. Jika menangis didodoikan, jika sakit dirawatkan, jika takut didokong dan dipeluk erat dalam dakapan. Alangkah, alangkah besarnya kasih ibu untuk setiap anaknya sejak dari bayi sehinggalah menjadi dewasa. 

Bagaimanakah dapat kita membalasnya? Memang tidak terbalas, walau bagaimana rapinya sekalipun, seorang anak menjaga  orang tuanya, tidak akan terbalas jasanya, pengorbanannya dan kasih sayangnya yang telah tercurahkan sejak sekian lama. Semoga Allah mengampunkan dosa ibu-ibu dan memberikan balasan syurga kepada mereka.Amin


SAHAM BERGANDA


KULIAH BULANAN 
DATO MUFTI KEDAH
12/11/2016

6 JENIS AMALAN YANG PAHALANYA DIGANDAKAN
  
Marilah kita merebut peluang beribadat supaya kita mendapat rahmat Allah dengan apa yang kita kerjakan. Mudah-mudahan kita akan mendapat ganjaran seperti yang Allah janjikan itu, insyAllah. Berikut dikongsikan maklumat di bawah untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan bermanfaat.
  1. Buat 1 amalan dapat 10 x ganda pahala - iaitu amalan yang dibuat dengan kudrat tubuh badan seperti berzikir, dan baca Quran (1 huruf diberi 10 pahala)
  2. Buat 1 amalan kebaikan diberikan pahala 15 x ganda - iaitu puasa dapat dapat 15 pahala seperti berpuasa 15 hari, jadi kalau dalam sebulan berpuasa 2 hari, pahalanya ibarat puasa sebulan.
  3. Buat 1 amalan dapat 30 x pahala - puasa 1 hari dengan seikhlas-ikhlasnya kerana Allah semata-mata, pahalanya seperti berpuasa 30 hari.
  4. Buat 1 kebaikan dapat 50 pahala - baca Quran dan faham makna, 1 huruf dapat 50 pahala.
  5. Buat 1 kebaikan dapat 700 pahala - contohnya berbelanja wang ringgit ke jalan Allah seperti sedekah dapat 700 pahala
  6. Amalan yang dibuat dengan hati yang sabar ada 3 darjat - i) sabar bangun untuk sembahyang tahajjud, ii) sabar meninggalkan kejahatan, iii) sabar ketika diuji, sabar ketika ditimpa bala paling sukar.                                   

Thursday, November 10, 2016

PINJAM-PINJAMAN


CERAMAH USTAZ AHMAD DUSUKI
BERDASARKAN SURAH MARYAM

Hidup  kita di dunia, ibarat kita tumpang dan ibarat kita pinjam kehidupan ini dari Allah. Dunia ini milik Allah, jadi manusia kena ikut tuan punya yang kita tumpang. Ada caranya, ada peraturan yang dikenakan pemiliknya iaitu Allah, maka manusia kena ikut, wajib patuh peraturan Allah. Bila kita tidak ikut peraturan iaitu yang Allah sediakan, yang Allah tunjukkan melalui AlQuran, Allah kenakan azab sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Allah telah beritahu dalam Quran banyak kaum telah diazab kerana melawan perintah Allah. Kaum dahulu yang tamadunnya hebat, dan kehidupannya nampak di mata manusia amat sempurna dan maju, tapi kerana mereka  engkar, Allah telah hancurkan mereka, contohnya kaum AAd dan kaum Thamud, mereka dihancurkan kerana tiada pembangunan manusia. Tiada pembangunan manusia bermakna melawan Allah, bila lawan Allah, Allah hancurkan mereka seperti yang diterangkan dalam AlQuran. Pada zaman moden ini, Allah beri pelbagai penyakit contonya aids, penyakit emosi bunuh diri, gempa bumi, dan pelbagai lagi bencana yang memusnahkan manusia dan pembangunan yang telah dicapai dan dibangunkan. Jadi belajarlah  dengan kaum-kaum yang telah dimusnahkan sebelum in kerana mereka  lawan Allah. Kalau ada kalangan keluarga kita tak solat, buat maksiat, tak tutup aurat, tak jaga peraturan Allah, maka akan mulalah  berlaku kehancuran dalam keluarga kita.

Allah telah berfirman, Allah biarkan manusia dalam kesesatan dalam tempoh yang panjang.  Manusia akan tersedar dan tercelik mata bila datangnya azab kesusahan di dunia atau apabila masa menghadapi saat mati, atau datangnya hari qiamat.  Maka pada waktu itu, barulah manusia tahu siapa yang betul, dan siapa yang dapat memberi pertolongan di saat kita berada dalam kesusahan sakratul maut.  Dalam menghadapi perjalanan hidup manusia selalu sesat, dan Allah biarkan kesesatan itu sehingga sampai janji Allah, sehingga tiba masa Allah azab manusia iaitu alam kubur  atau hari kiamat. Manusia memang hidup dalam kealpaan dengan nikmat yang Allah berikan tanpa ingat untuk bersyukur. Apabila diberi masalah, kena jerebu maka mulalah solat hajat. Air penuh di empangan tak solat hajat, air kering baru solat istisqa. Bila kita diberi nikmat kita tak sedar, bila diberi azab baru tersedar. Bila sakit cari quran, dan baca doa, masa nikmat tidak rasa bersyukur, bila diberi azab barulah kalut tak tahu kepala ekor. 

Dalam dunia ini ada orang tolol, hari nak mati baru cari agama, tak mati tak buat apa-apa persediaan. Dalam keadaan itu baru tahu siapa yang kuat dan siapa yang lemah. Hidup di dunia hanyut leka, seronok main piano,dan main gitar bagai, ada bila nak mati main piano?. Masa nak mati cari yasin, cari quran, kalut cari itu ini. waktu itu baru kalut nak cari Allah. Masa hidup sombong dan tak kenal Allah. Jangan sombong dengan Allah. Sombong ni untuk Allah kerana kita mempunyai kelemahan tak layak sombong. Tinggi mana pun kita, atau besar mana pun kita, biarlah tawadhuk kerana kita hamba kepada Allah Taala. Janganlah hendaknya Allah panjangkan masa kita hidup dalam sesat, sentiasa sesat, lalai dan leka dengan nikmat Allah dalam hidup.

Orang yang diberi pertunjuk oleh Allah adalah golongan yang Allah sayang. Jika Allah sayang, Allah jaga kita daripada buat kerja maksiat, Allah bagi hidayah kepada kita. Allah bimbing kita, Allah tarik kita datang ke majlis agama. Tanda Allah sayang kita, kita terbuka untuk berbuat kebaikan dan kekalkan serta tambahkan benda-benda yang baik. Ada orang Allah bagi dia sakit terbaring, Allah bagi keluarga kita sakit dan susah. Dengan semua itu Allah akan tambah pertunjuk yang lain dalam hidup kita, Allah tambahkan amalan soleh yang kita kerjakan. Kerana yang inilah yang akan kamu  bawa apabila balik bertemu Allah nanti. Benda yang paling kekal ialah mendapat hidayah dari Allah dan terus mengerjakan amalan soleh yang kekal yang dibuat dalam hidup, yang akan memberikan kesudahan yang baik dalam hidup kita.

Sepatutnya orang mukmin lagi tua usia lagi soleh, dan semakin dekat dengan Allah. Jika tidak Allah panjangkan masa dia dalam kesesatan. Orang yang paling baik antara kamu lagi panjang usianya lagi semakin baik amalan kamu. Seburuk-buruk manusia Allah panjangkan usianya dan berterusan kesesatannya. Orang macam ini Allah sebut sebagi  orang-orang yang rugi. Allah berfirman orang kafir mereka tidak nampak benda-benda ghaib yang ada kaitan dan bersangkutan dengan Allah. Allah tanya, adakah mereka buat perjanjian dengan Allah  untuk tidak patuh Allah, sehingga kamu tidak patuh perintah Allah. Mereka tahu tak benda yang akan berlaku dalam kubur atau yang akan berlaku di hari kiamat nanti?.  Allah berfirman,  orang yang lawan Allah yang hanyut dengan dunia, Allah kata jangan begitu, kami akan catat dan akan sediakan azab yang berpenjang nanti. Orang kafir, kaya-kaya, berpengaruh, tiada kesusahan, sakit pun tiada, Allah  sengaja  panjangkan kesenangan itu suapaya senang Allah  nak azabkan mereka nanti di dalam kubur dan hari kiamat.

Manusia menjadi sombong kerana dapat nikmat lebih sikit, puncanya ada ilmu ada sikit, ada jawatan hebat, ada harta benda, ada duit banyak, ada pangkat, kebesaran, rupa paras yang Allah berikan jadi janganlah berlagak sombong. Semua nikmat  kamu itu tidak akan kekalkan, tidak akan diwarisi. Kamu saja yang sorang-sorang yang akan dihisap, waktu itu kamu tengok diri kamu depan Allah.  Semasa kamu mati, kamu datang berjumpa Allah sorang-sorang. Allah tunjuk semua kejahatan yang telah dilakukan di dunia. Jadi kita manusia kita mesti rasa kita hamba, kalau ada nikmat itu anugerah Allah kepada kita. Allah bagi segala nikmat itu untuk jadikan ujian dalam hidup kita. Jika kita tawdhuk, ikut perintah dan beramal soleh, barulah mati pun jadi indah. Ada kelebihan orang yang patuh perintah Allah mati, iaitu mati menjadi nikmat dan  menjadi impian indah.  Apabila mati  indahnya dapat berjumpa dengan kekasih iaitu Allah . Kedua  nikmat mati ialah dapat berehat kerana hidup di dunia sebagai penjara penuh dengan kesusahan. Yang ke-3 bila mati baru boleh masuk syurga, selagi di dunia hidup ibarat dalam penjara, tidak dirasakan adanya nikmat. Syurga Allah nikmatnya tidak dapat digambarkan keindahannya seperti nikmat mendengar yang tak pernah dengar, dan melihat apa yang tidak pernah dilihat.

Jadi di dunia ini kita sembah dan patuh kepada Allah, jangan sembah apa yang tak patut disembah. Dengan itu barulah kita dapat mengadap Allah di akhirat nanti dengan tenang dan tidak takut. Berdoalah kepada Allah supaya  Allah sayang kepada kita dan  Allah tambah kita amalan hari demi hari hingga kita mati, insyaa Allah.

Wednesday, November 9, 2016

7 RAHMAT


7 RAHMAT DI SEBALIK DUGAAN
OLEH TENGKU ISMADI
  1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita.
  2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar.
  3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih satu musibah yang lebih besar.
  4. Allah hapuskan dosa-dosa kita.
  5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan hati kita yang semakin mendekatiNya
  6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain melalui kita.
  7. Tanda Allah ingat dan sayangkan kita.

Tuesday, November 8, 2016

KENAPA DAKWAH??


FORUM PERDANA
UST AHMAD DUSUKI ABD RANI
8 NOVEMBER 2016

Kenapa perlu dakwah?
Perjalanan hidup kita di dunia ini, ibarat kita hanya mengembara sahaja. Akhirat itu jauh lebih kekal dalam hidup kamu. Hidup kita ini kita banyak leka, kerana kita tidak nampak perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, Allah hantar Quran dan Sunnah untuk menjelaskan kepada kita. Nabi kata Aku tinggalkan kamu dua perkara di atas, selagi kamu ikut kamu Quran dan Sunnah kamu tidak akan sesat. Manusia selalunya percaya kepada benda yang nampak, jadi Allah hantar Nabi supaya dapat membantu kamu beriman dengan perkara yang ghaib yang Allah telah syariatkan. Perkara yang tak nampak dan ada dalilnya, kurang dapat dipercayai dan kurang diyakini berbanding perkara ghaib yang tiada dalil. Dakwah dapat membantu supaya apabila kita mati perjalanan hidup kita tidak sia-sia, dan kita mendapat manfaat daripada kehidupan kita di dunia semasa di akhirat. Kita dihantarkan Rasul supaya kita yakin hidup kita untuk beribadat dan beramal soleh sebagai bekal ke akhirat kerana, kita yakin adanya akhirat.

Melalui dakwah ini diharapkan supaya timbul keyakinan untuk bekerja keras bagi kerana kita yakin tentang akhirat. Bila yakin perkara demikian barulah manusia akan betul jalan hidup. Betulkan matlamat hidup - hidup ini jangan nampak dunia semata-mata. Hidup ini bernilai untuk akhirat Allah. Semua yang Allah berikan kepada kita - harta, anak-anak, pangkat dan darjat, kalau betul jalannya berguna untuk akhirat. Nak betul jalan  Hidup banyak gangguannya, jadi dakwahlah yang dapat membentuk jalan hidup, jalan yang lurus. Ramai orang yang tersesat jalan semasa di dunia kerana tidak betul jalan hidup. Contohnya  mati tidak boleh baca Quran, tidak faham agama, dan tak kenal alim ulamak dan mengikuti majlis ilmu. Bila asyik mengerjar dunia, apabila mat, kita tak bawa apa-apa untuk mengadap Allah. Ada orang mati kosong amalan mereka - walaupun solat, walaupun bayar zakat, dan naik haji. Allah berfirman, ada manusia mati kosong, kerana amalannya  semasa hidup,  sesat belaka. Disangkanya dia telah melakukan amalan baik, seperti sembahyang tapi Allah kata pergi mampus sembayang kamu. Melakukan puasa, tapi dapat lapar dan dahaga semata-mata. Jadi dakwah ini untuk membimbing umat, membantu dan menyelamatkan manusia supaya diterima amalan mereka mengikut syariat dan dapat melayakkan manusia masuk syurga.