Monday, November 14, 2016

TENTANG BERSYUKUR


CERAMAH US AHMAD  DUSUKI
DARI BUKU TANHIBUL GHAAFILIN
14 NOV 2016

Nikmat besar dalam hidup ialah nikmat ijad dan imdad.  Nikmat ijad iaitu nikmat Allah pilih kita jadi manusia. Alhamdulillah, Kita tidak ditakdirkan jadi panda ka, katak ka atau yang lain-lain.

Nikmat Allah ke-2 iaitu nikmat  imdad, yang terbahagi kepada 3 iaitu nikmat yang pertama ialah Allah sediakan segala kelengkapan di dunia kepada kita, dan kita hidup ini ikut pelan yang Allah telah sediakan. Nikmat Ke-2 ialah Allah pilih orang tertentu dan diberikan iman dan Islam. Nikmat ke-3 ialah fakkeh dalam beragama, iaitu Allah pilih supaya kita faham agama. Dalam hidup Allah pilih seseorang memahami agama, Allah pilih supaya kita lapang belajar agama dan dapat memahami apa yang dipelajari tentang agama. Tanda fakkeh agama ada 3. Yang pertama, kamu ada ilmu kamu mengajar orang, yang ke-2 sibuk nak belajar dengan orang tentang ilmu agama - paling utama ialah belajar ilmu tentang  al-Quran, dan Hadis. Rasul sebut setiap hari kalau tak belajar sesuatu ilmu, rasa tak lengkap hari itu. Yang ke-3 ialah mendengar kalimah-kalimah yang  baik.

Nikmat yang paling besar lagi ialah nikmat ikhlas dalam perjalanan hidup kita. Yang belajar pun payah nak jadi ikhlas. Yang belajar kadang-kadang datang rasa kecil hati, rasa tak puas hati ustaz datang lewat, dan rasa malas. Yang mengajarpun kadang-kadang datang rasa tak puas hati, dengan tindakan penganjur, kadang-kadang hilang rasa ikhlas. Oleh kerana sukarnya nak jadi ikhlas, jadi kalau dalam hidup kita, kita diberikan Allah dengan nikmat perasaan ikhlas, alangkah bertuahnya kita. Sebab itulah Allah turunkan surah Al-Ikhlas. Bila dapat ikhlas itu maka dapatlah nikmat Allah. Bila dapat ikhlas kita dapat redha Allah. Bila ikhlas kita dapat redha Allah iaitu nikmat Allah yang amat besar, dan bila nampak nikmat redha Allah baru kita bersyukur.

Manusia ini bersukur bila kita nampak nikmat redha Allah, iaitu semasa masuk dalam syurga nanti. Sebelum mati pun kita akan nampak iaitu semasa sakaratul maut, malaikat seru roh dengan lembut. Di hari kiamat nanti Allah kumpulkan orang-orang yang mendapat redha Allah untuk masuk syurga. Itulah nikmat terbesar yang akan kita rasakan.

Rasulullah bersabda, apabila Allah kumpulkan seluruh makhluk Allah  di Mahsyar, di mana? Di katakan di Baitul Maqdis hingga ke Arafah, terdengar suatu suara. Akan diketahui siapa yang paling layak, akan mendapat kehormatan pada hari ini. Bangunlah orang yang meningggalkan tempat tidur untuk tahajjud, yang bangun tu sedikit ja. Kemudian diseru lagi bangunlah orang-orang yang hidupnya tidak dilalaikan walaupun dalam sibuk berniaga, dan berjual beli, tiada unsur tipu, tapi bertanggung jawab. Yang bangun sedikit ja. Kemudian diseru, bangun orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, yang bagun sedikit ja. Kemudian semua mereka di atas cepat disuruh masuk syurga. Selepas itu, makhluk yang lain akan dihisab oleh Allah sebelum boleh masuk syurga. 

Bagaimana nak bersyukur? Nabi Musa bertanya kepada Allah kenapa Nabi Adam boleh bersyukur kepada Mu? Sedar nikmat Allah, tahu dan yakin nikmat yang Allah bagi seketika saja. Ada  4 perkara yang Allah bagi kepada kita, yang jauh lebih baik daripada seisi dunia - iaitu lidah yang sentiasa berzikir dalam diam dan dalam bertututur, sentiasa mengaitkan apa saja dengan Allah dan mengingatiNya. Yang kedua Allah kurniakan hati yang sentiasa bersyukur dengan apa saja yang Allah bagi. Yang ketiga ialah badan yang jenis sentiasa sabar dan faham dalam mentaati perintah Allah - contohnya  imam baca surah panjang dalam solat pun sabar. Bila kita puasa kena sabar dan tahan daripada mengambil makanan. Yang keempat dapat pasangan hidup yang baik, yang beragama, dan yang soleh, lebih baik dari seisi dunia.



No comments:

Post a Comment