Sunday, December 10, 2023

PERJALANAN PULANG

 

Day 5
5 Disember 2023
Bandara Kuala Namu  - Airport Penang - Alor Setar

Jam 3.00 pagi kami dikejutkan untuk bersiap ke Bandara Kuala Namu Medan. Pihak hotel membekalkan kami dengan 2 keping roti dan 2 biji telur rebus. Kami makan di atas ven untuk lapik perut dulu. Kemudian kami beratur untuk urusan check-in. Urusannya agak lambat sebab ramai penumpang menuju ke Pulau Pinang dengan pesawat yang sama.. Hampir jam 6.30 pagi, baru kami semua selesai mendapat boarding pass masing-masing. Alhamdulillah syukur pada Allah yang mengaturkan segalanya dipermudahkan.

Kami bergegas ke surau untuk solat subuh. Dapat juga kami bejemaah Subuh di Kuala Namu. Kemudian kami masuk ke balai berlepas melepasi Imigresen dan menunggu dengan sabarnya untuk boarding meninggalkan Kuala Namu, yang entah bila pula akan kami kunjungi. Tepat jam 7.00 pagi kami terbang dengan selamatnya. Bismillah..... Semoga selamat sampai berjumpa kaum keluarga nanti.

Perjalanan di udara lancar, lepas minum air, flight dah mula untuk turun ke airport Penang. Kami selamat mendarat di Pulau Pingan tepat jam 9.00 pagi waktu Malaysia. Kami disambut oleh Firdaus dengan seyuman lebar dan ketawa besar. Kami naik bas terus dan singgah di RnR Gurun untuk makan pagi jam 11.30 pagi. 

Jam 12.30  kami selamat sampai di Perkarangan Muzeum dengan selamatnya, alhamdulillah. Maha suci Allah alhamdulillah, sesungguhnya Engkau maha halus pentadbiranMu. Perjalanan kami semuanya dipermudahkan dan hampir semua yang dirancangkan dapat dilaksanakan, syukur padaMu, nikmat mana lagi yang kami dustakan ya Allah. Semoga kaji selidik kali ini meberikan manfaat kepada kebaikan agama dan bangsa insyaAllahh.

Terima kasih PSMCK, terima kasih Firdaus yang menguruskan perjalanan sejak mula sehinggalah selamat pulang ke tanah air. Terima kasih semua sahabat team kaji selidik yang harmonis sepasukan, menjadikan kajian kali ini akmat bermakna dan berjaya. Terima kasih Pak Andi dan pembantu, yang cekal menguruskan kami, dan Pak Herman yang tak pernah kering idea bercerita menyampaikan maklumat, kepada kami sepanjang perjalanan ke mana saja. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Tidak akan dapat terjadi apa pun, melainkan dengan keizinannua Mu jua, biiznillah. Laahawlawala quwwataillah billah hil aliyyil aziimm.

Saturday, December 9, 2023

UNIVERSITAS NEGERI MEDAN (UNIMED)

 


Day 4
4 Disember 2023   
Kolaberasi PSMCK dengan UNIMED (Universiti Negeri Medan)

Kami sarapan awal di Fave Hotel. Tepat jam 8.00 pagi kami sudah bertolak ke Universiti Negeri Medan atau lebil dikenali UNIMED. Dulunya UNIMED adalah IKIP iaitu Institut Keguruan. Pagi itu agak dingin dan keadaan lalu lintas pun aman,  lancar sehingga kami dapat sampai awal di kawasan UNIMED. Kami disambut mesra dibawa bergambar kenangan di hadapan poster yang terpampang narasumber atau penceramah dari pihak kami (PSMCK) yang akan menyampaikan kuliah umum dan kuliah parallel kepada pelajar-pelajar. 

Kami diraikan di bilik mesyuarat dengan acara perkenalan kedua-dua pihak dalam majlis serba ringkas dan bermakna. Sambil berkenalan dan bertukar maklumat kami disajikan minum pagi. Kuih ketayap memang sedap, dan satu lagi kueh popia goreng  berinti sayur pun ada rasanya. Kemudian kami diraikan dengan acara sambutan di ruang legar universiti. Kumpulan tarian mempersembahkan tarian selamat datang dengan mempersembahkan tepak sirih kepada tetamu. Kelihatan ramai yang memberikan sumbangan derma dimasukkan ke dalam tepak sirih yang dibawa penari-penari itu.

Kemudiannya diadakan kuliah paralel iaitu 5 kuliah berjalan serentak, di lima bilik kuliah, disampaikan oleh penceramah kami, Dr Ibrahim Bakar, Dr Kasri, Dr Mohamad Ali,  Dr Faisal dan Puan Susila. Memang sangat ramai dan meriah. Sesekali terdengar sorakan dan tepukan gemuruh dari siswa-siswi. Dan ramai juga yang bersuafoto dengan penceramah-penceramah  dalam bilik kuliah masing-masing.

Kemudian kami di bawa ke dewan kuliah umum untuk acara seminar. Ini acara kolaberasi, mereka menganjurkan Seminar Internasional Relasi Kedah (Malaysia) dengan Pantai Timur Sumatera (Indonesia). Papa membentangkan tajuk Kedah Zaman Awal abad ke-8 SM sehingga abad ke-8 M. Dato Shaaranai dengan tajuk ceramah Kota Seputih sebagai penceramah kedua. Seterusnya DRs Flores Tanjung, membandingkan beberapa persamaan  budaya Malaysia Indonesia. Prof Dr Ichwan Anuar dengan lancarnya membandingkan Kota China Medan dengan Lembah Bujang Kedah dari sudur arkeologi. Akhir sekali  Bapa Saparudin Barus berkongsikan topik pemerintahan Batu Bara oleh Kedatuan. Dr Ichwan menghangatkan dewan dengan lelucon perkataan bujang dalam bahasa batak membawa maksud yang kurang enak. Tapi Puan Susi terus mempertahankan bahawa itu bahasa Kedah, kami tetap menyebut bujang walaupun ada yang terus senyum.

Selepas penyampaian cenderamata, kami makan tengah hari. Lauk pauk yang disaji memang sedap dan sesuai selera kami. Kemudian satu ven kami bergegas ke bandar untuk shopping apa yang patut, satu ven lagi menunggu kami yang agak lewat kerana tanda tangan MOU pelaksanaan program pada hari ini. Walau bagaimanapun mereka juga terus ke tempat shopping kerana kami ikut Prof Ichwan ke Galeri Al Quran miliknya. Kemudian kami dihantar ke hotel terus dan kami makan malam di kafe hotel. menunya pun sedap dan puas dimakan. Alhamdulillahhh. 

Seronok tengok muzeum Pak Ichwan, dengan kerjasama Yayasan, dia ada pelajar-pelajarnya yang membantu menguruskannya secara sambilan. Bahan pameran tidaklah terlalu banyak tapi dia dapat merealisasikan  penubuhan muzeum. Dan muzeum itu dijadikan tempat membuat kajian untuk pelajarnya dari UNIMED, dan dari UIS yang berhampiran.  Jadi muzeum itu tidak pernah sunyi, amat berfunggsi dan dapat diimarahkan sebagai tempat menyalurkan bahan ilmu untuk kajian dan kerja kursus.

Akhir sekali jam 9.00 malam team kaji selidik diketuai Dr Kasri, semunya berkumpul di lobi untuk membincangkan dapatan kajian dan tugasan penulisan apabila balik ke Malaysia nanti. Papa saja yang turun kerana aku rasa sangat letih, tidak dapat berehat sepanjang siang dari pagi hingga ke petang. 

Friday, December 8, 2023

ISTANA LIMA LARAS

 

Day 3
3 Disember 2023 
Batu Bara Ke Istana Lima Laras 

Selepas sarapan kami bergerak meninggalkan Singapore City Hotel  menuju ke Istana Lima Laras. Kami telah melalui jalan-jalan kampung yang sempit dan bengkang bengkok untuk sampai ke istana. Istana  Lima Laras adalah salah sebuah istana kerajaan Melayu pesisir yang berada di Kabupaten Batu Bara, provinsi Sumatera Utara. Ia terletak di kawasan perkampungan nelayan, dibangunkan oleh Datuk Muhamad Yuda Raja kerajaan Lima Laras. 

Bangunan istana tersergam indah terdiri dari tiga tingkat, pernah menjadi tempat tinggal  keluarga diraja  Batu Bara itu. Namun keluarga itu telah diarah supaya mengosongkan dan meninggalkannya oleh pihak Belanda. Sehingga sekarang pada saat ini ia menjadi terbiar, usang, mereput dan menunggu masa rebah.

Kami disambut oleh cucu Raja yang menjadi penjaga istana itu sekian lama. Meramaikan sambutan rombongan kami ialah Pengerusi HIKABARA (Himpunan Keluarga Besar Batu Bara). Turut serta bersama kami ialah Pengerusi HIKABARA Jakarta. Kami amat bersyukur Pengerusi dan ahli-ahlinya dalam 20 orang, sungguh berbesar hati menunggu dan meraikan kami.  Kami mendengar taklimat sejarah keluarga dan sejarah istana. Rupanya waris-waris Raja bersama HIKABARA sedang mencari dana untuk membaik-pulih istana yang agak besar kos pembiayaannya. Kami doakan semoga hasrat besar itu tercapai supaya dapat melestarikan tinggalan bersejarah itu.

Selepas itu untuk memenuhi waktu ahli rombongan dibawa  menjamu mata dengan hasil kerja tangan orang tempatan Batu Bara iaitu kain songket tenun tangan. Ramai juga yang mengambil kesempatan membeli songket dan tengkolok buat kenang-kenangan pulang. 

Sudah lewat tengah hari, kami di bawa ke Restoren 100 untuk jamuan tengah hari. Selepas makan berlansung ucara sambutan yang diserikan dengan ucapan Pengerusi HIKABARA, dan Pengerusi PSMCK. Selanjutnya diikuti dengan sesi pertukaran cenderamata kepada kedua-dua organisasi. 

Meninggalkan Restoren itu dengan penuh kenangan kami bergerak menuju ke Medan. Niat di hati semua berangan-angan untuk shopping. Semua menyepi melayan fikiran dalam keletihan. Kami singgah di RnR untuk solat jamak takkhir zohor asar, di situ ada masjid yang agak besar. Meneruskan perjalanan di lebuh raya yang luas itu, keretanya pun banyak, hujan mula mencurah-curah. Semua berdoa agar hujan reda, namun ketentuan Allah hujan lebat berpanjangan. Jalan mula sesak dan bergerak perlahan dan hari semakin gelap, maka hasrat untuk shopping tinggal hasrat semata-mata. Semua kelihatan agak kecewa. Akhirnya hari dah malam kami terus dibawa untuk dinner di kedai Padang Resotran Sobat lagi.

Mengakhiri hari kami, kami checkin di Fave Hotel Medan untuk berehat. Semua sangat letih melalui perjalanan yang jauh sehari suntuk. Semoga dapat berehat memulihkan tenaga untuk perjalanan keesokan hari ke Universit Negeri Medan pula. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan kami esok, Ya Allah bantu kami semog segala urusan lancar dan bermanfaat.


Wednesday, December 6, 2023

LASBELA KE BATU BARA DAN MEDAN INDONESIA 2 HINGGA 5 DISEMBER 2023

 

Day 1 
1 Disember 
Alor Setar - Penang

Jumaat jam 5.00 petang kami bertolak dari ke Pulau Pinang kerana penerbangan kami memerlukan kami berada awal di airport PP. Kami makan nasi kandar Beratur 618, kemudian terus check-in di Hotel Raia, supaya esoknya kami boleh ke airport awal pagi. 

Sebelum ke bilik masing-masing kami diberi taklimat kajian oleh Dr Kasri. Team kami akan berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan A diketuai oleh Dr Ibrahim yang akan meninjau kawasan makan yang telah dikenalpasti oleh wakil tempatan. Team B diketuai oleh Dr kasri yang akan mendapatkan maklumat tentang sejarah Batu Bara dan hubungannya dengan negeri Kedah. Team C diketuai oleh Tuan Mokhtar yang bertangggung jawab melihat aspek sosio-budaya masyarakat Batu Bara. 

Encik Firdaus mengedarkan t-shirt, vest, fail, dan  hadiah-hadiah berupa sijil dan buku-buku. Semuanya kami terpaksa bawa sorang sikit untuk mengelakkan masalah Imegresen dan lebihan bagasi. Kami juga diperkenalkan kepada Pak Andy dan Thaqeef  wakil Travel yang akan menguruskan perjalanan kami di Medan.


Day 2
2 Disember 2023
Penang - Kuala Namu  -  Pagu Rawan - Batu Bara
 
Seawal jam 3.30 pagi kami telah dikejutkan oleh morning call dari petugas Hotel Raia. Selepas itu jam 4.00 pagi team LASBELA seramai  14 orang dari PSMCK, dan 2  pengurus pelancong, telah berada di Penang International  Airport  untuk penerbangan FY 5332 jam 7.00 pagi Ke Kuala Namu International Airport Medan. Untuk kemudahan kami semua menginap Di Hotel Raia tidak jauh dari airport. 

Kami diangkut oleh Firdaus ke airport dengan kenderaan pacuan 4 roda. Terima kasih Firdaus memudahkan perjalanan kami. Dalam kesejukan pagi kami dibantu oleh Pak Andy dan Thaqif travel agent untuk urus bagasi, check-in dan jam 7.00 pagi kami terus terbang ke Medan. 

Cuaca  cerah tapi mendung, dan kami selamat mendarat di Kuala Namu, lapangan terbang baru Medan, jam 9.00 waktu Indonesia alhamdulillah. Semua urusan Imegresen dan kemasukan mudah sebab semua kami telah menyiapkan QR Cod untuk diimbas. Kami disambut oleh Pak Dian wakil travel agent, sebaik keluar dari balai ketibaan. Kami diperkenalkan dengan Pak Her man tour guideyang akan menemani kami selama 4 hari.

Semasa keluar kami menuju  ke dua buah ven  yang akan membawa kami 16 orang ke Pagu Rawan, hujan renyai-renyai. Kami berpecah dua kumpulan. Jadi dua ven yang membawa kami, terus meluncur ke Restoran Sobat untuk minum pagi. Ramai yang pesan nasi lemak, ada yang makan soto dan banyak juga yang makan roti. 

Kami terus menuju  Ke Pagu Rawan, hujan semakin lebat semasa melalui lebuh raya, selepas itu semakin reda dan kami rasa lebih selesa. Namun  jalannya semakin sempit tidak boleh dilalui bas pelancong, sebab itu kami di bawa dengan ven saja. Di kiri kanan jalan sehingga ke Bandar Khalifah,  kelihatan rumah-rumah orang kristian. Di pertengahan jalan kami terpaksa turun berjalan kaki kerana jambatan sedang dibaiki dan jalanya licin dan sempit beralaskan papan. Salah seorang ahli kami tergelincir dalam selut, amatlah malang baginya, namun dapat diuruskan dan kami meneruskan perjalanan.

Selepas itu, mendekati ke Batu Bara di kiri kanan jalan sudah kelihatan rumah-rumah masyarakat orang Islam. Sesekali kelihatan masjid-masjid yang cantik-cantik juga. Corak lanskap juga sudah kelihatan seperti mendekati Kuala. Alhamdulillah kami selamat sampai di Kampung Pengkalan Cempedak Pagu Rawan, disambut oleh wakil tempatah cik Halimah Sakdiah dan masyarakat tempatan. 

Kami dibawa ke rumah Halimah, rumah dua tingkat, di tingkat bawah rumah dan tingkat atasnya sekolah agama dan tahfiz. Kami disediakan jamuan tengah hari. Lauknya segala macam makanan laut, udang tumis cili, shellout sotong, siput, kteam rebus dan ikan siakap panggang yang segar-segar. Banyak juga kuih muih yang disajikan, semuanya sama dengan kuih muih yang kita ada di kedah. Antaranya kueh karas, kueh lapis, bengkang, bubur dan bubur lambuk, cuma bubur lambuknya sedikit pedas, Hari ini masyarakat tempatan buat kenduri menyambut kedatangan  kami. Sungguh ramai. Selepas makan dan solat diadakan pula acara sambutan untuk rombongan kami di satu arena, khas berkemah tak jauh dari rumah Halimah.

Acara sambutan dihadiri ramai penduduk dan diserikan lagi dengan kehadiran Pak Camat dan Ketua POLSEK. Dimulakan dengan silat oleh kanak-kanak sekolah dasar. Mereka kelihatan lincah dan yakin menggayakan silat sambutan. Kemudian diserikan lagi dengan berbalas pantun dan akhirnya digemuruhkan dengan acara tarian yang berwarna-warni lagi lemah gemalai.

Acara dimulakan dengan ucapan Pak Camat Medang Deras. Beliau mengucapkan syukur dan melahirkan rasa gembira atas kesudian kami bertandang ke tempatnya, dan berharap kerjasama akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Pihak PSMCK diwakili Pengurusinya Dr Ibrahim memberi ucapan balas mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian merai, menyambut, membantu dan melibatkan diri sama-sama dalam menjayakan kajian. Acara dimeriahkan lagi dengan upacara pemberian cenderamata kepada yang terlibat sebagai tanda terima kasih dari kami. 

Kemudian team Dr Ibrahim telah bergerak ke lapangan untuk mencari makam-makam. Ada yang naik kereta, bersama Pak Dian dan Ibu Halimah. Ada yang bermotorsikal kerana jalan ke makam agak sukar dan sempit. Dan ada satu makam mereka terpaksa naik bot kerana tiada jalan dan terletak di tepi kuala sungai. 

Sementara kami yang tinggal mengadakan open-forum untuk mendapatkan maklumat sejarah dan  budaya serta hubungan masyarakat melayu Pagu Rawan dengan Kedah. Moderatornya Tuan Mokhtar bersama  Dr Kasri dan Dr Mohd Ali cuba mencungkilkan perkara tersebut dengan mengemukakan pelbagai soalan untuk merungkaikan persoalan. Team penyelidik pula mencatat mana-mana yang perlu seta merakamkan foto untuk dokumentasi kajian kami. 

Lebih kurang jam 5 petang majlis selesai, penduduk bersurai dan kami pun meninggalkan majlis semasa azan asar sedang berkumandang. Kami bergerak perlahan, di celah-celah jemuran ikan kering di sepanjang jalan untuk keluar ke jalan besar menuju ke Batu Bara. Kami sempat berjumpa Team A yang masih belum selesai tugas. Mereka akan ke satu lagi makam yang terpaksa menggunakan bot. Kami meninggalkan team A menuju ke Batu Bara terlebih dahulu.

Dalam ven semua menyepi, barangkali terlampau letih dan mengantuk sebab perjalanan kami bermula sejak  jam 3.30 pagi lagi, bermula di Raia Hotel di Pulau Pinang untuk kami dapat terbang jam 7.00 pagi ke Medan. Dari Pagu Rawan jalan sangat sibuk petang itu. Kononnya lebuhraya ini laluan ke semua bandar besar, jadi banyaklah lori dan pelbagai kenderaan keci besar  berpusu-pusu ke destinasi masing-masing. Akhirnya kami sampai di Singapore City Hotel Batu Bara, setelah 2 jam di perjalanan, ketika azan maghrib sedang berkumandang. 

Selepas makan malam kami berhimpun di lobi. Dr Ibrahim membuat rumusan dapatan kajian yang di temui di situs makam yang telah dikunjungi. Laporang lanjut akan disediakan oleh team yang bertugas. InsyaAllah, mudah-mudahan ia bakal menjadi ilmu yang bakal membawa manfaat kepada bangsa dan agama..

NIKMAT MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

 PART 1

Spine Operation
Hospital UKM KL
Dato Dr Hisham Spine Surgent

25 September 2023 check-in di Wad 4  HUKM - History taking by MO, Ujian darah, X-ray spine, x-ray dada, sesi bersamaa fisio therapist, meeting the Dotcors when they come to my ward - Pakar Spine, Pakar Anesthetis dll, Tekanan darah agak tinggi 190/150, diarah makan ubat akhirnya alhamdulillah turun pada malamnya. 

Jam 12.00 malam bermulalah puasa untuk persediaan operasi esoknya. Ya Allah tiada daya upaya aku untuk berbuat kebaikan melainkan dengan keizinanMu, dan tiada daya upaya aku untuk berbuat keburukan melainkan dengan keizinanMu jua, Sesungguhnya kepada Mu aku berserah dan memohon ampun dan kepadaMu aku bertaubat, terimalah taubatku ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

26 September 2023 - lawatan Doktor bermula seawal 6.00 pagi, kemudian team kedua, dan team ketiga pula. Jam 10.00 pagi diarah mandi dengan antiseptik. 11. 00 pagi diberikan baju serba putih sekali dengan serkup kepala. Jam 12.00 th disorong dengan kerusi roda ke OT. Papa dan Along sedia menunggu mengiringi ke OT. 

Sebak pula terasa, tambah lagi melihat muka-muka orang yang dikasihi. Anak yang dibelai sejak kecil,  sekarang sudah dewasa dan boleh membantu untuk operasi  spine yang bakal dijalankan. Di sebelahnya Papa, suami yang amat dicintai dunia akhirat.Tenang saja dia seperti setiap masa bersamaku di mana pun jua. Dia memang dalam apa keadaan sekali pun akan tenang setenan-tenangnya, berbanding aku yang selalu kelam kabut. Maaf sudah dipohon, doakan semoga operasi ini berjaya dan dipermudahkan segalanya. Di atas katil di luar bilik bedah, aku memandang papa sepuas-puasnya, cuba senyum tapi tak taulah bagaimana rupa senyuman ku kali ini. Andai takdir ini kali terakhir aku memandang wajahnya aku sudah redha. Semoga kami dipertemukan di Syurga insyAllah. Dia telah menjadi suami yang terbaik, papa yang terbaik untuk anak-anak kami dan dia anugerah Allah padaKu dan famili. Selamat tinggal sayang semoga berjumpa lagi jika pembedahan ini berjaya, namun jika tidak pun,   semoga kita jumpa kembali di sana insyaAllah.

Dalam OT Along dengan tersenyum memandang ku, memegang tangangn ku erat, aku pun senyum tapi hampir menitiskan air mata sebak melihatnya, barangkali kerana terasa manja bila ada orang rapat bersama kita di saat-saat yang dirasakan genting.

"Mak cik kita dah sedia istighfar ya dan selawat banyak-banyak kita dah nak mula, insyaAllah semua akan ok nanti."

Bismillahi tawakkal tu Alallah, Robbiyassir wala tuassir.....

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

"Mama dah selesai dah buka mata.............."

"Betoi ka ni? Ka mimpi?

"Betoi angkat tangan sikit"

Aku nampak papa, aku nampak along, aku juga nampak alang, alhamdulillahhhhh sudah selesai, syukur ya Allahhhh, operation dah selesai dan aku juga selamat tanpa masalah apa-apa, alhamdulillahhhhh, Engkau maha pengasih ya allah, Engkau maha maha penyayang dan maha banyak kurniaanMu. Syukur alhamdulillah. 

Papa suruh aku solat Jamak zohor dan azar menghormati waktu sebab aku masuk OT jam 12.00 tengah hari. Alhamdulillah aku solat di katil hospital.


PART 2

Selesai solat, antara sedar dengan tidak aku dengar nurse cakap hujung-hujung telinga.

'Mak cik kalau nak apa-apa picit loceng, kami datang bantu. Wad ni prosedurnya tak boleh tunggu, sebab kami ada untuk bantu dan apa-apa yang perlu kami akan uruskan.'

Aku nampak Dokter datang berbalam-balam berada di hujung katil 'Mak cik sakit tak?'
'Sakitlah doktor........'
'Berapa skor  1 sampai 10'
'7 doktor'
' Ok bagi injection lah'
Lepas tu aku tidur lagi, sempat mengucapkan bye bye kepada papa along dan alang saja, lepas tu dah tak ingat apa-apa lagi.

Tiba-tiba terjaga tak tau jam pukul berapa, aku picit loceng.
'Nurse mak cik nak ke toilet boleh tak?' Aku nampak jam di dinding  wad pukul 11 malam, suasana sunyi semua pesakit sedang tidur nyenyak, Doktor dan nurse asyik dengan tugas. seseorang datang hampir ke katil.
'Mak cik kita pakaikan pampers mudah sikit, nak?'
'Boleh tak kalau nak pi toilet?''
'Boleh kalau mak cik rasa kuat,  boleh jalan?'

Nurse bawa tongkat beroda setinggi berdiri, aku menapak ke toilet. Aku kuatkan semangat untuk berjalan, sebelah kaki yang kanan terasa lembik sikit. Aku heret dan cuba terus berjalan. Memang betul mereka tolong hingga selesai menunaikan hajat. Tak sempat nak merasa malu segalanya selesa.
 
'Bagus mak cik dah buang semua alhamdulillah'. Mereka semua tepuk tangan, aku tak kisah sebab masih terasa sakit yang kuat. Berada semula di atas katil perut teras menyanyi  sebab dah lebih 24 jam puasa.

'Mak cik lapar, boleh tak tolong ambil roti ka biskut ka dalam loker?' Selesai makan biskut yang dibekalkan Ali dan Hajar, perut terasa lega alhamdulillah, aku  terus tertidur. Langsung tak sedar apa-apa lagi.


PART 3

27 September 2023
Jam 5 pagi terjaga dari tidur, terasa nak ke tandas lagi. Nurse bawakan tongkat roda untuk berjalan. Perlahan-lahan aku menapak dengan susah payahnya. Kaki kanan masih terasa berat dan terasa lembut lutut dan lemah.Ku gagahi juga, akhirnya sampai ke toilet dan dibantu, sehingga selesai hajat. Selesai semuanya terus  bergerak ke katil, dibantu untuk  duduk supaya kurang rasa sakit. Alhamdulillah syukur ya Allah, tiada kata yang dapat diucapkan lagi, melainkan berkali-kali menyebut alhamdulillah. Engkau maha pengasih lagi maha penyayang lagi yang maha menentukan seglanya ya Allah.

'Nurse, nak mandi boleh dak? Oh tak boleh mak cik sebab luka tak boleh kena air lagi.'
'Kalau nak,  KJ (Ketua Juruirawat) lapkan dengan air panas.' 
'Nak, nak, terima kasih banyak-banyak.'
'Tak apa mak cik, kami jaga mak Dr Dan macam mak kami juga, dont wori.'

Oh alangkah segarnya selepas semua badan dilapkan, terasa sihat walaupun agak terasa sakit di tempat luka operation. Nurse bantu ambil wudhuk dan tayammum, lepas tu aku dapat solat subuh. Berderai-derai air mata tak dapat ditahankan lagi. Nikmat mana lagi yang kami dustakan ya Allah. Ya Allah terlalu banyak nikmatMu, berbanding ujian-ujian yang Engkau berikan ya Allah. Tak terhitung nikmatMu namun kami masih kurang bersyukur, itulah manusia namanya selalu saja lupa.

Selesai solat nurse tolong baringkan supaya terasa lebih selesa. Tak lama datang pembantu bawakan sarapan pagi, semangkok bubur nasi panas berlaukkan ayam. Perut yang kosong dengan badan yang terasa agak keletihan kesan ubat bius, maka semangkok bubur habis licin. KJ bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Aku terus baring lagi mengumpul tenaga dan menahan sakit yang masih kuat terasa. 

Lepas itu,Doktor dan nurse  buat round, entah berapa round, banyak roundlah. Dua tiga kumpulan, semua tanya banyak soalan. Macam-macam soalan tak terlarat nak jawab sebab masih terasa sakit, dan masih agak lali terasa nak tidur ja. 

'Mak cik bangun kita duduk,' 
Sudah. Fisio therapis datang. Dia nak ajar buat fisio lah tu. Tak ada alasan kena bangun duduk jugalah. 'Mak cik saya nak ajar cara bangun, cara duduk dan cara nak tidur dengan betul supaya cepat baik ya.' 

Dia ajar satu-satu, kemuadian dia minta buat seperti diajar. Bangun tidur dan tidur. Duduk berjuntai kaki di katil dulu, kemudian berdiri tegak, duduk atas kerusi dan bangun dari kerusi, berkali-kali. Naik letih juga, tapi buat juga dah orang nak bantu, kita bantu diri sendiri supaya cepat sembuh insyaAllah. Lepas tu diajak keliling-keliling wad 4, jalan perlahan-perlahan, nampak semua orang happy senyum dan bagi semangat, alhamdulillah, tapi tersangatlah letih dan sakit pun masih terasa yang amat sangat. 'Ok mak cik rehat dulu sat lagi kita sambung, Dato nak buat round ni, tengok dia kata apa'

'Assalamualaikummm selamat pagi mak cik. Apa khabarrr? Dah makan ke Mak cik? Ok bangun duduk boleh dak? 
Tanpa banyak soal aku bangun duduk di katil berjuntai kaki supaya perjalanan darah lancar dan tidak pening bila berdiri. Dato Hisham  melawat.  Bos nombor satu dan pakar yang nombor 1 untuk operation spine di Malaysia. Itu kata bang long, semua orang tahu. Dia telah rawat Zamani Penyanyi Kumpulan Slam yang telah bongkok, dengan izin Allah dah boleh berjalan.  
'Mak cik boleh jalan? Turun jalan nak tengok.' 

Aku turun katil perlahan-perlahan, berdiri tegak sekejap biar stable, kemudian jalan ke depan beberapa langkah.
'Jalan sampai mana Doktor? Jalanlah bagi jauh sikit nak tengok ok ka.'
Aku tergelak tengok Dato beri arahan cara berseloroh, yang lain tak berani gelak sebab Dato memang terkenal garang. 
'Oh nampak kuat dah ni, kita bagi balik tengah hari ni, Ok prepare set fisio untuk balik buat di rumah setiap hari. Prepare discharge note, discharge tengah hari ni.'  

'La cepatnya balik Doktor, boleh ka, takut mak cik'
'Betullah, nak takut apa Dan ada, dia boleh tengok-tengok kan dah pandai dah ni.'
'Ajarkan fisio yang lengkap dan buat discharge note, boleh  discharge petang nanti.Bagi follow-up date dalam 2 minggu lagi jumpa balik.'

'Dotok saya nak fisio di Aloq Setaq.'
'Boleh boleh, nanti buat referral letter ke Alor Setar.'
'Terima kasih Dokter, terima kasih banyak-banyak.'
'Ok no problem see you two weeks time.'

Dato meninggalkan katil. Semua orang nampak akur dengan arahan Dato' Hisham, siapa pun tak berani beraksi apa-apa. Selepas Dato' berlalu Fisio Therapist memberikan gambar pergerakan-pergerakan yang perlu dibuat setiap hari, secara berperingkat. Dia mulakan dengan menunjukkan pergerakan dari yang mudah-mudah kepada yang lebih berat. Dengan sabar dan tekun, satu-satu pergerakan diajarkan. Alhamdulillah selepas fisio aku terus baring berehat kerana rasa terlalu letih dan sakit di bahagian luka. Aku terlena along dan alang menguruskan semua urusan untuk keluar wad.

Jam 12 aku dikejutkan untuk makan tengah hari. Makan terasa sedap habis semua nasi dan lauk, licin. Lepas makan nurse bagi ubat tahan sakit lagi, kemudian terus baring dan berehat menahan sakit seadanya.

Petang selesai semua prosedur dan bayaran (RM 32,000.00 yang dibayar oleh kerajaan), aku keluar wad 4B HUKM, macam free of charge alhamdulillah.  Alang bawa balik ke rumah bang long. Banyak kereta di jalan maghrib baru sampai. Hajar dah sedia dinner alhamdulillah. Lepas solat makan ubat aku terus baring dan berehat

PART 4

28 Setember 2024 - 8 Oktober 2024
Alhamdulillah Hajar sediakan katil single depan TV di ruang tamu. Mudah pergerakan ke bilik air ke meja makan dan sembahyang. Rasa macam duduk di ward hospital kelas satu. Bermulah kehidupan dengan rutin yang baru perlu dilalui untuk bantu supaya cepat sembuh. Pertama mesti patuh perkara-perkara larangan yang tidak boleh dibuat; tarik - pulling, tolak - pushing, angkat - ligting and jatuh - falling. Mesti jaga diri daripada 4 perkara berikut.

Berikutnya perkara yang mesti dibuat, tidak boleh tidak. Setiap hari pagi selepas sarapan dan petang sebelum maghrib, mesti berjalan bermula dengan 10 minit, kemudian dah kuat naikkan ke 15 minit, tambah masa sikit-sikit sehinggalah menjadi setengah jam. Dalam masa 2 minggu mesti berjalan pagi dan petang sehingga kuat. Alhamdulillah papa dengan tekunnyan without fail bantu untuk berjalan pagi dan petang di taman di depan atau di belakang rumah,

Kemudian rehat sekejap, lepas itu buat fisio yang telah diajarkan step by step, buat sebanyak yang mungkin, fisio sambil tidur, dan sambil duduk. Memang perit buat fisoi ni tapi digagahkan juga. Kalau tak buat fisio ni rasa nak tidur saja, tak berdaya, letih dan tak bermaya. Lepas dua tiga hari badan terasa semakin segar dan bertenaga alhamdulillah. Jadi teringatlah nak masuk kelas online, bersama Ustaz Saad. Masuk kelas terasa lebih seronok sikit hati, tengok muka kawan-kawan diskrin alhamdulillah Allah berikan kekuatan. 

Benda-benda lain tak payah fikir langsung, makan Hajar grab kan kalau dia tak sempat nasak. Malam Ali temankan tidur untuk bagi tok seronok. Ambil air, ambil makan, tarik dan tolak kerusi makan semuanya dibantu Ali. Ali juga akan membuka dan menutup pintu kereta setiap kali keluar rumah. Selang sehari, Suri dan Sina datang temankan tok dan wan berjalan petang. Mereka main-main di taman dengan ayah dan ibu, seronok sikit wan pimpin tok jalan petang. Semoga  mereka semua jadi cucu-cucu yang soleh penyejuk mata hati kami semua nantinya insyaAllah.

Sekali sekala adik beradik dan sahabat handai datang berziarah - emak Hajar dan kaum keluarganya, Ani Zuri dan anak beranaknya, Syahirah dan suaminya, Dr Adnan dan Syamsinar, Dato Halim dan Datin bersama Kak Ida. Terasa terharu, terasa dihargai dan terasa terhibur dengan kedatangan semua, syukur alhamdulillah dan terima kasih ya Allah atas segalanya.

Seminggu berlalu luka semakin sembuh, sakit semakin kurang. Kami teringin nak makan masakan kampung, jadi papa masak gulai, masak sayur dan goreng ikan. tak payahlah Hajar kelam kabut  masak bila dia balik waktu petang atau pagi.  Kasihan tengok Hajar terkejar-kejar melayan kami untuk sedia makanan dan sebagainya.  Sesekali kami makan di luar berhimpun anak beranak - keluarga along, alang anak beranak dan Azfar. 

Sampai hari followup, pergi jumpa Doktor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, maka petang itu kami pun terbang balik ke Alor Setar. Ya Allah alangkah rindunya rumah sendiri, rindukan  Angah serta Adik bersama anak cucu di Alor Setar. Hannah, Naemah, Hawa, Amani, Iman dan Hayyan di asrama semuanya sudah berubah rupa. 

Alhamdulillah syukur ya Allah atas segalanya. Bukan main lagi Hannah dan adik-adiknya membuat surprise dengan kad ucapan welcome home tok dan wan. Terharu dengan tanda ingatan anak cucu yang dikasihi, semoga mereka menjadi cucu-cucu soleh nanti. Alhamdulillah aktiviti berjalan akan diterukan dan fisio akan dilaksanakan ikut jadual semoga akan sembuh secepatnya dengan sebaik-baiknya insyaAllah.








Friday, October 20, 2023

ISTANBUL, ABU DHABI TO KUALA LUMPUR

Day 11 - Day 12
5 Disember 2022 & 6 Disember

Kami turun sarapan pagi siap sedia membawa beg, bersedia untuk bertolak ke airpot untuk penerbangan pulang ke tanah air. Lama sudah meninggalkan rumah, terasa amatlah rindu, wajah emak mula terbayang. Kasihan dia tak tau bagaimana perasaannya sebab dia sudah tidak dapat lagi berbicara seperti dia masa lalu, masa dia masih sihat. Lintasan wajah emak terhenti sekejap bila Along, Hajar dan Ali juga turun awal, untuk bersarapan sebelum berangkat pulang. Lepas menikmati minuman pagi dan mengambil sedikit sarapan kami bertolah ke airport dengan ven yang telah ditempah awal-awal oleh Hajar. 

Bagasi kami semuanya tidak melebihi 30 kilo setiap seorang. Di ruang lobby telah ada penimbang siap-siap untuk tetamu hotel boleh menyemak jumlah timbangan masing-masing, supaya tidak terlebih timbangan, yang boleh menyusahkan, kerana terpaksa membayar lebihan bagasi. Bag kami semua dibawa pemandu ven dan kami terus bergerak, bila semua sudah menaiki ven. 

Bismillahi tawakkal tualallah.... dengan nama Allah yang maha pengasih kami memulakan penerbangan. Di airport tadi kami masih sempat membeli-belah lagi, haish itulah jika masih berkesempatan gunakan saja, kerana entah bila kami akan datang lagi. Menaiki pesawat, di sebelah kami seorang rakyat Palestin, tapi dia kelihatan letih dan mahu bersendiri, jadi kami buat hal masing-masing. Penerbangan ke Abu Dhabi lancar, makanan pun sedap, terasa sekejap saja kami sudah tiba ke destinasi. Itulah Etihad perkhidmatan yang mendapat pengiktirafan the Best Award.

Transit di Abu Dhabi kami solat Jamak Asar Zohor, ramai sungguh rakyat Malaysia yang bakal terbang bersama kami, dari pelbagai destinasi. Kami sempat minum-minum kerana masih ada masa berbaki. Termenung sejenak melihat sungguh ramai orang Malaysia keluar melancong. Ada yang baru balik dari negara Balkan, balik dari mengerjakan umrah, dan dari Turki seperti kami, juga dari Arab dan macam-macam. Dulu kalau melancong ramai orang luar yang terbang ke Malaysia dalam perjalanan pulang kami. Kini kelihatan orang Malaysia sudah berubah pandangan, banyak berjalan luas pandangan. Namun ramai yang menyebut rakyat sekarang banyak yang susah, tapi kalau begini keadaanynya tentulah juga ramai  rakyat yang senang. 

Sambil menunggu waktu solat kami sempat layan quransambil berehat-rehat. Kami solat jamak maghrib Isyak di atas kapal terbang. Dan akhir sekali solat subuh sebelum tiba di KLIA.

Day 12
6 Disember 2022 

Kami rasa sungguh seronok dan bersyukur apabila kami mendengar pengumuman kapal terbang akan mendarat sekejap lagi di KLIA Malaysia. Alhamdulillah sampai sudah ke tanah air sendiri. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, masih tetap mencintai negeri sendiri. 

Urusan bagasi dan Imigresen tidak lama sungguh lancar. Kemudian kami makan dulu di kafeteria, lapar dan rindukan masakan Malaysia sejak beberapa hari yang lalu. Sedapnya makan mee kari, roti canai dan nasi. Kata orang kenyang perut suka hati, jadi dengan hati yang lapang kami mencari teksi untuk terus pulang ke rumah. Kami ambil 2 grab sebab bagasi kami banyak 5 bag besar dan 5 hand luggage,  masing-masing membawa seorang satu beg. 

Sampai di rumah along kami berehat sebab kami akan terus balik ke Kedah esoknya, dan along dan Hajar pun akan terus kerja. Sabil berehat alang dan Syazli anak beranak sampai. Sina dan Suri seronok boleh main dengan tok wan dan tok. Tak mau bergerak bile diajak balik. Dipujuk-pujuk tok wan, akhirnya mengalah dan bersetuju bergerak pulang. Esoknya alang hantar kami ke airport dan kami terus balik ke rumah alhamdulillah.


ISTANBUL LAST DAY BLACK TULIP

Day 10 
4 Disember  2022

Pagi di Istanbul buat kali keduanya selepas beberapa hari meninggalkannya ke Bursa, Capadocia, Erceyes, Kussadasi dan Ephesus, kami santai-santai di coffee-house berdua-duaan  meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-40 tahun (3 Disember 1982). Alhamdulillah syukur dengan nikmatNya, bercuti kali ini amat bermakna kepada kami berlima. Kali terakhir kami bercuti dengan along (cuma bertiga) semasa kami ke Liverpool untuk meraikan hari Konvocation along di University of Liverpool.  Kami banyak mengahabiskan masa sekitar bandar tepi laut itu. Pergi ke Dock,  jalan-jalan ke tesco dan makan-makan sekitar Liverpool, pergi melawat pasar pagi di St Helen melihat barang-barang antik yang melambak-lambak, sempat juga ke London jalan-jalan di sana dan akhirnya terbang juga ke Amsterdam sebagai satu hadiah selepas along berjaya tamat belajar dengan susah payahnya. Semua itu terbayang dalam fikiran, tapi di pagi ini terasa amat bersyukur ya Allah, kerana dalam kesibukan masing-masing kami dapat juga meluangkan masa, bercuti bersama-sama seperti dulu-dulu. Nikmat mana lagi yang kami dustakan. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Sedang melayan kopi panas dan roti-roti yang sedap-sedap pelbagai rasa dan bentuk, pelbagai salad buah teen, dan buah-buahan segar yang lain, along tiga beranak pun turun join kami untuk sarapan. Papa ambil keputusan untuk rehat-rehat kat hotel sebab rasa tak sedap badan, macam nak demam, barangkali kerana tak cukup rehat, berjalan seharian setiap hari dah seminggu. Coffe-house di Tulip Hotel ruangnya tidaklah besar, rasa macam ruang tamu rumah kita yang terpisah-pisah. namun muat ramai juga tetamu yang bersarapan pagi itu. macam-macam pelancong yang tinggal di situ. Ada satu lagi keluarga melayu yang sambil makan tersenyum dan menyapa kami. Mereka pun datang ke Turki buat trip sendiri seperti kami. Ramai juga orang Arab dan ada juga orang Inggeris mereka nampak bersarapan dengan cukup berselera, maklumlah di luar musim luruh sangatlah terasa sejuk di Turki ini.

Lepas sarapan kami meninggalkan papa berehat, kami berjalan-jalan ke Spice Bazaar hinggalah ke selat Bhosperus. Kiri kanan jalan macam-macam kedai jual baju, jual cenderamata, jual beg, jual makanan seperti roti, piza, kebab dan mcam-macam lagi termasuklah buah-buahan. Memang banyak street food di sepanjang jalan, nampak sedap dan menyelerakan, nanti dalam perjalanan balik akan kami beli untuk dirasa.

Kami masuk ke sebuah butik jubah yang menarik perhatian kami, harganya pun berpatutan. Dapatlah juga kami buat cenderamata untuk dibawa balik kerana ssesuai fesyen dan harganya. Hajar pun beli untuk cendermata kepada mak, anti dan sepupunya sorang sepasang, sebab dah terjumpa yang berkenan di mata. 

Dah hampir tengah hari kami berjalan balik. Sempat beli makan ala kadarnya untuk makan tengah hari dan makan malam sekali, sebab terasa malas nak turun lagi kalau papa rasa tak sihat. Petang kami berehat dan bersiap-siap bag. Along tiga beranak, turun lagi ke kedai membeli apa yang masih teringat dan teringin. 

Malam along tiga beranak pergi makan di kedai steak, kami dah tak larat cuma turun berjalan-jalan menikmati suasana malam di new town Istanbul sekitar hotel. Ramai pelawat membeli belah, minum-minum kopi dan menikmati manisan yang terkenal di kedai-kedai berkonsep yang berwarna warni. Kami jalan-jalan cuci mata menikmati suasana dingin malam dan melihat-lihat keindahan bandar bari Istanbul yang bakal kami tinggalkan esok pagi. Dah penat jalan kami balik ke bilik untuk bersiap-siap beg sselepas itu berehat untuk bangun awal untuk peerjalan di hari terakhir di bumi Turki yang akan kami tinggalkan esok.  

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan perjalan kami sepanjag kembara di bumi anbiya itu. Subhanallah maha suci Allah.

KUSSADASI, KAISERY AIRPORT, ISTANBUL

 Day 9
3 Disember 2022

Seperti biasa kami bangun awal pagi itu. Lepas subuh dari kaca jendela, sempat lagi menikmati suasana indah waktu pagi di Kussadasi yang akan ditinggalkan sebentar lagi. Bandar pelacongan tepi laut yang indah terasa nyaman sejuk hingga ke tulang sendi.  Kelihatan berbalam-balam kapal-kapal berlabuh, berbagai-bagai saiznya, besar kecil dan juga sederhana. Laut kelihatan biru bagaikan lukisan segar di kanvas. Hujan renyai-renyai menyebabkan kami tak dapat menikmati Kussadasi di luar hotel yang sederhana itu. 

Kami terus ke coffee-house menikmati kopi panas, roti dan omelet. Segar terasa selepas minum secawan kopi yang berkelun-kelun asapnya, menghangatkan suasana. Along, Ali  dan Hajar masih di kedai mencari barang-barang yang dirasakan tak sempat dibeli kelmarin. Mereka orang muda masih kuat untuk membawa barang cenderamata dan sebagainya, kerana kudrat masih kuat dan ruang masih banyak kilo yang dibolehkan. Tak lama selepas itu, mereka pun bersama kami meneruskan kebersamaan menikmati sarapan di hari akhir berada di Kussadasi. Bila time makan Ali dan along memang enjoy betul. Seronok tengok depa makan. Selesai makan kami terus checkout dan memulalakan perjalanan ke Kaiseri Airport.

Dalam hujan renyai dan suasana dingin pagi, kami meninggalkan bandar indah yang entah bila akan kami singgah lagi. Pemandangan indah di kiri kanan jalan kami nikmati buat kali terakhir di sini. Suasana musim luruh di Turki terasa sejuk. Pokok-pokoknya gondol tiada berdaun, cuma kelihatan ranting-rantingnya saja. Keadaan ini terkadang dirakamkan di kanvas kelihatan cantik dan anggun, kami rakamkan di kamera untuk dibuat kenangan semasa pulang. Kami akan berada enam jam dalam perjalanan ke Kaiseri Airport. Perjalanan sejauh ini seperti jaraknya dari Alor Setar Ke Kuala Lumpur kalau tiada kesesakan. Perjalanan amat selesa, lebuh rayanya luas merentasi kawasan bukit bukau yang tandus tiada berumput. Tak lama lagi dalam bulan disember ini salji akan turun di kawasan pergunungan tandus itu. Nanti warna kelabu akan bertukar dengan warna putih bila salji musim sejuk turun.

Berada di separuh jalan kami singgah di R&R, beli makanan untuk makan tengah hari solat dan terus gerak mengejar masa untuk menyerahkan kereta  sewa sebelum jam 6.00 petang seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah semuanya lancar dan kami tiba dengan selamatnya di airport, serahkan kereta dan naik airport transfer ke Istanbul. Sampai di airport hujan, jadi kami berlari-lari ke tandas dan ke parking dan ke tempat menunggu ven dalam hujan renyai-renyai itu. 

Alhamdulillah bila dah naik ven kami terus dapat berehat seketika sebelum tiba di Istanbul semula. Rupanya trafik masuk ke bandaraya Istanbul sangat lambat, trafik jam memang tak boleh runding, tak pasti sama dengan KL atau lebih teruk kerana aku terlelap keletihan dalam perjalanan itu. Kami tiba di Hotel Black Tulip yang telah ditempah lebih awal dalam pukul 8.00 malam. Alhamdulillah syukur ya Allah segalanya Engkau takdirkan yang baik-baik saja, tiada yang bermasalah. Subhanallahn wa syukrulillah. 

Kalau sebelum ke Bursa kami tinggal di kawasan berhampiran dengan Grand Bazar, tapi Hotel Black Tulip terletak di kawasan yang lebih moden seperti pekan baru. Kami terpaksa berjalan hambpir 100 meter dari hotel sebab jalan ke hotel sesak dengan pelancong yang menjamu mata dan membeli belah di kedai-kedai sekitar hotel. Selepas selesai semua urusan checkin kami buat keputusan untuk pergi makan malam di Restoran Global Ikhwan Istanbul. Lama juga kami berjalan hampir setengah jam. Tapi berbaloi-baloi kerana kami dapat makan nasi masakan Malaysia yang sudah lama tidak dinikmati di Turkie. 

Kami sempat bertanya khabar pekerja yang memberikan kad perniagaan kepada kami semasa di Kaiseri airport sebelum ke Bursa. Rupanya bukan pekerja tapi di manager di restoran itu, tapi dia tak ada kami cuma menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kami di Kaiseri tenpoh hari. Sampai di hotel lebih kurang jam 11. malam. Ali berehat di bilik kami dan Along dan Hajar pergi ke Cavahir Sultan Ahmed Hotel untuk mengambil beg yang kami tinggalkan di sana sebelum ke Bursa. Hampir tengah malam baru mereka sampai balik dan dapat berehat setelah seharian di perjalanan. Alhamdulillah.

Saturday, September 16, 2023

LIVE MUZEUM OF EPHESES


Day 8
2 Disember 2022
Kussadasi Ephysses




Pagi di Kusadasi yang nyaman kami bangun awal sebab sudah tidur yang cukup malamnya. Papa dan mama terus ke roof-top coffee house untuk sarapan. Angin sepoi-sepoi bahasa dan hujan renyai-renyai menjadikan pagi yang indah dan nyaman itu, lebih dingin, sejuknya terasa hingga ke tulang. Berada di Elayda Hotel, di tepi laut yang membiru, bagaikan lukisan yang Allah hadiahkan kepada kita umatNya untuk menikmatinya dan bersyukur atas segala nikmat pemberianNya. 

Sambil menikmati kopi panas, sambil menikmati pemandangan indah di hadapan hotel yang menghadap ke kawasan perumahan yang padat. Rumah-rumah sungguh padat di lereng bukit berhadapan hotel, hanya kelihatan rumah-rumah seperti kotak-kotak kecil yang teratur dengan pelbagai warna yang yang mengunjur ke laut. Pemandangannya amat menakjubkan. Suasana begitu amat berbeza dengan tempat kita, Budaya manusia Allah ciptakan berbeza-beza agar kita dapat melihat kebesaranNya. Begitulah nikmat ciptaan Sang Pencipta untuk kita, syukur Alhamdulillah, semoga Allah meredhai kita, dan terus melimpahkan rahmatNya.

Sejuk-sejuk di pagi hari tak terasa dua cawan kopi telah dinikmati. Kami mencuba macam-macam jenis roti yang terhidang, beserta  perlbagai jenis salad.  Buah-buahnanya juga segar. Kami berlama-lama di coffee-house kerana menunggu Hajar dan along  tiga beranak, pergi shopping di pagi itu. Bila mereka datang kami sama-sama terus bersarapan. Seronoknya makan-makan lima bercucu, roti yang macam-macam jenis dan macam-macam rasa, salad yang banyak dan segar, ditambah pula buah-buahan yang banyak, tak termakan dek perut kami yang kecil. 

Sempat beli buku di Kedai Buku di depan pintu masuk Ephesus

Selesai makan kami terus bergerak ke Ephesus untuk perjalanan seterusnya. Sepanjang jalan kami nampak banyak kedai dan showr-oom carpet. Kami ada juga cita-cita nak singgah kalau dapat melihat-lihat karpet Turkie yang ramai orang gemar itu. Tapi barangkali dalam perjalanan balik kalau keadaan mengizinkan. 
Pintu masuk ke Grand Theatre Odeon

Sepanjang jalan Ali sangat exited kerana dia dah google tentang Ephesus sebelum ke Turkie lagi. Setibanya ke tapak runtuhan satu tamadun yang besar itu, kami berjumpa dengan seorang pemandu pelancong (local Ephesus Guide) yang memperkenalkan dirinya sebagai Farouk namanya. Dia menghampiri kami, menawarkan perkhidmatan untuk bersama kami menceritakan sejarah Ephesus itu. Perkhidmatan sepanjang lawatan masuk ke kawasan muzium itu atau dipanggil juga living muzeum atau muzium terbuka paling besar, masanya lebih kurang dalam tiga jam untuk dapat kita melihat hampir keseluruhan tempat itu ssecara sepintas lalu sahaja. Selepas tawar menawar kami bersetuju dengan bayaran sebanyak TL 600, yang memang terasa agak mahal, tapi kami mengharapkan suatu lawatan yang berinformasi dan bermakna sepanjang dua hingga tiga jam di situ. Ini adalah satu jumpaan ekskavasi arkeologi yang menakjubkan yang akan kami terokai. Ia lambang kebesaran Ilahi yang diperlihatkan Allah kepada manusia, agar manusia beingat-ingat bahawa kebesaran dan keagongan manusia itu fana adanya, tidak kekal semuanya, yang bermula akan berakhir dan ia akan menjadi pengajaran kepada orang yang berakal dan menjadikan iktibar, supaya kehidupan kita tidak tersasar daripada menjadi hamba Allah yang sementara cuma. 



Tersergam dan luas panggung terbuka ini


Selepas membeli tiket kami, tempat pertama dibawa berkunjung ialah Odeon The Grand Theatre. Panggung Terbesar itu kononnya  boleh memuatkan pengunjung seramai 24,000 orang. Tempat duduknya bertingkat-tingkat, dengan kelasnya yang tersendiri, mengunjur naik  ke kelas yang paling rendah di atas sekali, sebab kelas pertama di hadapan pentas, sudah tentulah lebih istimewa apabila menyaksikan persembahan apa pun. Sepintas lalu terlihat tempat duduk kelas atasan besar lebar dan warnanya pun lain, berbanding tempat duduk biasa. 

Dan menariknya sistem suara yang dikatakan terbaik, dapat dirasakan eco yang masih meningglkan gema. Terbayangkan dalam minda, sudah pasti semasa Cleopatra,dan Mark Anthony beraksi, gema suara yang baik menakjubkan semua pengunjung yang hadir waktu itu. Di bahagian Grand stand pula, masih ada bakat-bakat bilik-bilik solekan dan bilik-bilik rehat artis, di belakangnya. Allahu Robbi yang telah memberikan sedikit pengetahuan kepada manusia, sehingga terasa keagongan yang Allah pancarkan melalui ilmu yang diberikan. Subhanallah.

Seterusnya Farouk bercerita tentang sitem saliran yang maju dan lengkap pada waktu itu. Dan kami singgah sebentar di runtuhan Roman Baths atau Stream Bath of Scholastics. Ali nampak sungguh berminat dengan public toilet zaman dulu. Dia tak henti-henti gelak ketawa sepanjang penceritaan Farouk. Banyak juga soalan yang diajukan bila dia nak tahu lebih lanjut.  Lepas itu kami singgah sekejap dekat Fountain of Trajan. melihat-lihat bekas runtuhan air terjun yang terkenal itu.





Kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan yang dikatakan sebagai penempatan terbeasar di situ. Rumah-rumah  padat di lereng bukit sudah tidak dapat dilihat lagi, tapi ceritanya sudah dapat disampaikan,  sebab pihak berkuasa masih dalam proses ekskavasi dan kajia yang lebih menyeluruh. 

Kelihatan bangunan Liarary 2 tingkat
Kami berhenti di kawasan runtuhan Liabrary of Ephesus. Kononnya ia dibina oleh seorang anak sebagai mengingati dan menghargai pengorbanan kepada ibu bapanya yang dikasihi. Kebanyakan ruang bangunan telah runtuh cuma tinggal dinding bahagian belakangnya saja yang masih berdiri teguh untuk tontonan kita. Begitulah ditunjukkan kepada kita betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan sehingga sanggup  berhabis-habisan mendidikan perputakaan yang besar dan mestilah ia lengkap pada zamannya. 




















Akhir sekali kami dibawa melihat Temple of Artemis, yang dapat dilihat hanya sebatang tiang yang tingginya setinggi 4 tingkat bangunan. Daripada tiang itulah, dan runtuhan-runtuhan batu batan di sekelingnya telah dilukis dan dirangka semula bentuk binaan Temple. Daripada binaan semula dalam rangka lukisan dapat dilihat bentuk temple yang gah itu.






Kami terus pergi ke masjid Isa Bey untuk sembahyang solat jamak takkhir asar dan zohor. Umor lebih 100 tahun masih cantik kelihatan antik dan masih beroperasi. Tempat wudhuknya sangat klasik berbentuk bulat dan kelihatan sepeerti bulan sabit, dilengkapi dengan paip-paip untunk mengambil wudhuk. Airnya sungguh sejuk di musim luruh waktu petang yang sudah agak lewat itu. Kami sembahyang berjemaah tiga beranak kerana Ali menunggu Hajar di kereta di parkir yang agak jauh dan sunyi itu. Selepas solat sempat kami melihat-lihat ruang solat yang luas dan masih cantik. Carpetnya tebal dan kelihatan ceria warna merah jambu. Tiang besar di tengah-tengah masjid dan ruang kubah yang tinggi kelihatan gah melambangkan kemegahan zaman kegemilanga Islam yang tidak tergambarkan pada waktu itu. 




Selepas berkenalan dengan Imam dan AJK masjid, kami diberikan beberapa buah buku edaran percuma yang disediakan kepada pelancong-pelancong muslim dan bukan muslim. Mereka sedang menunggu waktu untuk solat maghrib. Mereka juga menghadiahkan terjemahan buku makna Al Quran dalam Bahasa Inggeris yang diminta oleh papa. Mereka soalsiasat siapa papa, dari mana datang dan untuk apa berhajatkan AlQuran terjemahanya dalam bahasa Inggeris, kerana selalunya mereka memberikannya kepada pengunjung-pengunjung  bukaln Islam sahaja untuk mengetahui isi kandungan AlQuran. Tapi akhirnya mereka menghadiahkan juga kepada papa dengan hati yang terbuka dan kelihatan gembira, apabila kami memuji dan  mengatakan baiknya usaha mereka menyebarkan syiar Islam kepada umat manusia.

Oleh kerana sudah agak lewat dan agak letih, kami terus perjalanan pulang ke Kussadasi. Selepas menyerahkan kunci kereta, untuk dibawa ke parkir, kami jalan-jalan di kawasan sekitar Elayda Hotel itu untuk mencari makan yang sesuai bagi malam itu. Kami cuba-cuba mencari nasi, akhirnya kami buat keputusan untuk makna di kedai makanan Cina Muslim. Kami order nasi, ikan tiga rasa, sayur dan ayam goreng. Malam ini mama dan papa belanja untuk meraikan hari jadi Hajar dan Ulang tahun perkahwinan mama dan papa ke-40  (3 Disember). Selesai makan sempat lagi kami meninjau-ninjau kedai-kedai yang masih dibuka. Kami menjamu mata tapi kurang berselera kerana terlalu letih dan kekenyangan. Di jalan cuma kelihatan beberapa orang lain berjalan-jalan  pantas dan ada juga pelanggan kedai membelek-belek barangan dalam kedai beserta kami. Barangkali pengunjung ke sini malamnya keletihan seperti kami, jadi malam di Kussadasi agak sunyi, kebanyakannya berehat menghilangkan keletiahan berjalan di siang harinya.

Ya Allah syukur Engkau sampaikan kami ke tempat ini, yang Engkau jadikan sangat indah untuk kami nikmati. Maha suci Engkau ya Allah nikmat mana lagi yang kami dustakan. Dalam keletihan selesai solat kami terus tetidur, Alhamdulillah, semoga usia kami dipanjangkan lagi untuk dapat meneruskan perjalanan dan keesokannya, insyaAllah aamiin.
 




Wednesday, September 6, 2023

Day 7 - KE BURSA DAN KUSADASI

Day 7 
1 Dis 2022
Bursa ke Kusadasi



Kami bangun awal pagi itu. Puas kami tidur.  Sebelumnya  kami tengok bola  live Piala Dunia di Qatar. Oleh kerana keletihan kami tertidur awal. Selepas bersiap-siap, kami meninggalkan Holtel Aloft lebih kurang jam 8.30 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Bursa. Kami terus ke Bursa Old  Town yang terkenal sebagai tempat shopping, syurga bagi wanita penggemar membeli belah.


Ramai sungguh orang di pagi  hari membeli belah di pasar basah. Bermacam-macam sayuran, buah-buahan dan makanan basah ada di situ. Banyak juga kedai jual kekacang dan manisan. Kami belilah ala kadarnya untuk dibuat souvinir kepada sanak saudara dan sahabat handai. 

Di bahagian hadapan pasar basah ada sebuah mesjid yang besar, cantik dan gah terssergam anatara pasar dan Bazar Koza Khan. Selepas meninjau-ninjau pasar basah waktu sudah tengah hari, jadi kami menikmati makan tengah hari, kebab wrap dan nasi berlauk daging kebab. Rasanya sedap juga makanan tengah hari itu. Dapatlah melapik perut untuk kami teruskan misi kami ke bazar Koza Khan.  Di Koza Khan banyak gerai jual bermacam-macam baju, selendang, sejadah, emas dan segala macam perhiasan. Seronoknya kami menjamu mata, dan melayan mata. Lama juga masa kami habiskan di bazar yang menjadi persinggahan orang-orang zaman dahulu di laluan emas ini. Tapi susah juga kami nak membeli belah kerana bahasa yang sukar difahami.





Jam 2.50 petang kami bergerak meneruskan perjalanan ke Kusadasi. Perjalanan akan memakan masa 6 jam. Jadi kami buat keputusan untuk solat jamak takkhir asar dalam perjalanan nanti. Jam 4.20 petang kami singgah di kawasan RnR. Kompleksnya besar dan cantik bagaikan berada di kompleks membeli belah dan musolla.  Cantik bilik solat luas dan selesa. Lepas solat kami makan piza kosong, kurang sedap di mulut tapi ala kadarnya dapatlah melapik perut buat meneruskan musafir kami yang masih jauh. Selain kedai pizza, ada beberapa restoran lain, ada gerai-gerai menjual cenderamata dan ada kedai seperti supermarket. Sempat juga kami menjamu mata selepas mengalas perut dengan piza, untuk terus menuju destinasi kami Kusadasi, sebuah bandar peranginan di tepi pantai

Melelaui lebuh raya antara Bursa dan Kusadasi amatlah selesa, kereta tak banyak tapi jalannya luas, pemandangannya juga cantik. Kami melalui beberapa pekan kecil di sepanjang jalan yang jauh itu. Kami rasa bertuah dapat melihat dan menikmati pemandangan matahari terbenam di lebuh raya yang luas terbentan itu. Semakin hampir sampai ke Kusadasi kami sudah dapat melihat laut yang membiru. Alangkah nikmatnya mata yang Allah berikan untuk kita dapat menikmati keindahan suasana dan kecantikan bumi ciptaan Allah dalam musafir kami yang Allah aturkan. Subhanallah, maha suci. alhamdulillah syukur padaMu ya Allah.

Lebih kurang jam 10 malam kami selamat sampai ke Kusadasi dan checkin di Hotel Aliya alhamdulillah. Kami uruskan untuk masuk ke bilik dulu dan kereta diuruskan oleh staff hotel kerana parkirnya susah buat kami yang tidak biasa. Selesai semuanya kami keluar jalan-jalan di kawasan depan hotel untuk makan malam kerana sudah lewat. Tak banyak pilihan makanan selain pizza jadi malam itu kami makan piza lagi. Syukur seadanya, alhamdulillah.

Malam itu kami tidur dalam keletihan kerana perjalanan yang panjang dan lama seharian dari pagi ke malam. Nikmat mana lagi yang kami dustakan ya Allah sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha penyayang. Redhalah ke atas kami ya Allah, kami pohon redhaMu ya Allah.
perjalanan ke Kusadasi, yang agak jauhn juga. 

Tuesday, February 7, 2023

6 SUN RISE DI CAPPADOCIA


Day 6 
30 Nov 2023
Hot Balloon Capadocia

Tepat jam 6.40 pagi   Mustaffa sudah menjemput dengan vannya. Pagi ini kami akan menikmati pemandangan indah, melihat keindahan matahari terbit dengan penerbangan belon panas yang amat terkenal di negara Turkey ini. Sekejap dalam perjalanan kami tiba di tempat permulaan belon panas akan terbang. 

Waktu itu kelihatan banyak belon besar perbagai warna. Boleh dikatakan semua belon sudah ada penumpangnya, dan kesemuanya sedang mula mamanaskan enjin untuk dapat terbang mengapung ke udara. Bunyi gas yang dibakar berdesing kuat, dan cahaya api menerangi pagi yang masih gelap samar-samar. Suasana sejuk  pagi itu, dihiasai warna warni belon gergasi, cahaya dari api belong dan kesibukan pengusaha belon dengan sangat tekun memenuhi permintaan pelanggan masing-masing. Mengambil masa yang singkat, sebelum suasana pagi menjadi cerah, dalam kegelapan pagi lagi, kesemua belon panas sudah berada di udara. Ini memang dirancang rapi oleh pengusaha supaya pengunjung akan dapat menikmati suasana sunrise yang cantik semasa berada di atas belon.

Hari semakin cerah, kami pun selepas semua belon terbang, terus bergegas te tempat tinjau. Di situlah nanti belon-belon besar akan mendarat menurunkan penumpangnya. Jadi berpusu-pusulah kenderaan kami menuju ke situ untuk merasai suasana pagi yang sangat indah, yang sangat ingin dinikmati oleh kebanyakan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Turkey. Untuk masuk ke tempat tinjau itu, kereta dan penumpang yang tidak naik belon, dikenakan bayaran parking. Sementara bagi kereta yang datang memgambil penumpang yang mendarat dari naik  naik belon mereka tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Ramai pelancong yang bersama kami turut hadir untuk menyaksikan suasana matahari terbit di pagi yang dingin itu. Pagi itu cuaca kurang cerah, agak berkabus, jadi matahari seakan-akan malas bersinar, cahayanya kurang terang diselaputi awan nan biru. Namun keindahan alam ciptaan Tuhan itu tidak terbatas. Masih dapat dirasakan suasana pagi yang tidak kurang cantiknya, alhamdulillah. Ramai juga pasangan pengantin yang datang seawal pagi itu untuk membuat photo shoot. 

Suasana sungguh meriah dan ia amat menjadi momen yang bakal menjadi kenagan sampai bila-bila. Sesi melihat belon pagi itu sungguh meriah. Pakej untuk menikmati suasana seindah itu, semuanya dengan harga TL 1750. Alhamdulillah denga rezeki yang Allah titipkan, untuk kami.  Maha suci Engkau ya Allah yang menjadikan dunia seindah ini untuk dinikmati dan disyukuri nikmat Mu yang melimpah ruah ini.

Selepas itu kami balik ke Celebis Cave House untuk sarapan. Hidangan yang tersedia roti telut omelet, sayur segar,tomato, timun salad dan kentang. Pelbagai jenis sos, cheese dan jem, menyerikan hidangan menambahsedapnya sarapan kami di kedinginan pagi di rooftop Chelibi Cave House. Pagi yang sedingin itu dihangatkan pula dengan kopi panas yang berkelun-kelun asapnya. Alhamdulillah sungguh menyelerakan, syukur masih ada selera dapat menikmati rezekiMu ya Rahmna ya Rahim ya Zaljala liwalikrom. Tholib yang melayan kami untuk sarapan senyum puas melihat kami menikmati hidangan yang dia sediakan. Sebelum turun ke lobi dia menghantar kami dengan lambaiaan dan senyuman. Sempat juga di minta kami beri komen dalam Trip.com. Kami terus bersiap-siap untuk ke airport bagi meneruskan perjalanan ke Bursa.

Tepat jam 10.45 pagi ven untuk ke airport sudah membunyikan honnya. Dia tidak boleh lama menunggu kami kerana jalan di situ sempit, tidak boleh berselisih dua kenderaan. Dengan pantas kami semua berada dalam ven. Rupanya ven ini terus ke hotel lain lagi untuk mengambil penumpang sehingga penuh 16 orang. Penumpang terakhir buat hal pula, kami terpaksa menunggu sehingga setengah jam. Semua peumpang lain sudah resah gelisah kerana bimbang  ketinggalan kapal terbang. Dalam diam tak henti-henti aku beristighfar mohon Allah permudahkan segala urusan kami, pohon dilancarkan perjalanan ke airport, pohon kami selamat sampai dan sempat masuk ke pesawat, ya Allah tolonglah kami. Alhamdulillah kami tiba di airpot tepat jam 1 th. dan sempat chechin dengan lancar dan mudah. Alhamdulillah, syukur ya Allah.  Nikmat mana lagi yang kami dustakan.

Kami menaiki pesawat domestik dari Cappadocia ke Kaisery Airport di Bursa. Sekejap saja perjalanan satu jam di awan bitu itu. Kami solat jamak zohor asar di Kaisery. Lepas tu kami terus dinner. Papa makan sandwic starbusck, Mama, Along  Hajar dan Ali  makan burger  Mc Donalds. Sungguh berselera kami makan sebab perut semuanya sudah berkeroncong, kerana ndah lewat petang.

Kemudian Hajar dan Along menguruskan kereta untuk disewa bagi perjalanan seterusnya. Lama juga kami menunggu sehingga selesai dan dapat mengambil kereta yang telah ditempah sejak  awal lagi. Dalam hujan renyai-renyai kami berjalan ke tempat parkir kereta untuk mengambil kereta. Angin yang bertiup kencang petang senja itu terasa sangat sejuk. Kami lajukan langkah melawan kesejukan senja .

Dalam hujan renyai-renyai kami mula gerak dari Kaisery Airport menuju ke Bursa. Alhamdulillah kami tiba di Aloft Hotel Bursa lebih kurang jam 8.30 malam waktu Turkie. Semuanya sudah sangat letih dalam perjalan sepetang itu. Jadi untuksupper malam kami room service pizza. Apa lagi makan panas-panas sungguh menyelerakan. Alhamdulillah dapatlah kami tidur nyenyak malam itu. Keesokan hari kami akan bergerak awal ke Bursa insy Allah.