Friday, March 29, 2013

TENTANG IMAN


Tazkirah Pagi Jumaat
29 mac 2013
Oleh Us Mat Isa Shaari

Daripada Saidina Umar, pada suatu hari Rasulullah  berada  bersama sahabat, tiba-tiba datang seorang tetamu yg tak dikenali oleh sesiapa, duduk di hadapan Nabi saw, dan bertanya  tentang  iman, islam, dan ihsan. Setelah selesai, tetamu itu menghilangkan diri. Rasulullah  bertanya sahabat, mereka kenal atau tidak siapa orang yang datang sebentar tadi. Sahabat menjawab Allah dan Rasul sj yg kenal. Rasulullah menceritakan, itulah malaikat yg merupakan dirinya sbg manusia, dtg mengajar kamu tentang iman.

Iman yg ada dalam diri kita  terbahagi 3
1. Iman Rasul     - iman yang tidak pernah  berkurang dan selalu bertambah
2  Iman malaikat - iman tidak bertambah tidak berkurang
3  Iman manusia -  kadang-kadang  boleh bertambah dan  kadang-kadang  boleh berkurang, ikut situasi dan
                             masa

Nabi saw pernah bersabda, kita boleh memperbaharui iman, iaitu dengan  memperbanyakkan zikir, Abu Hurairah pernah berzikir setiap hari tidak  kurang daripada 12 ribu kali. Nabi saw pernah berkata, yang diriwayatkan oleh Aaishah,  "dalam diri kita manusia ada 360 sendi, jadi sebaik-baiknya zikir kita kpd allah jgn kurang drp 360 kali, untuk menyamai jumlah sendi yg ada dlm tubuh badan kita. Rasul mengarahkan kita setiap waktu kita lepas sembahyang, elok zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x , allahuakbar 34x, jadi  jumlah zikir 500 kali sehari, sudah melebihi."

Banyak ayat Alquran yang menyebut tentang iman. Eloklah kita menelitinya supaya dapat menambahkan iman kita. berhubung dengan iman, contohnya Surah  AlAnfal, "Sesungguhnya org yg beriman itu sentiasa mengingati Allah..."  Jadi banaykakan membaca  ayat-ayat Allah maka akan  bertambahlah  iman kita.

Hadith Nabi saw  juga pernah menyebut yang   bermaksud, "Iman itu 70 cabang, dan cabang  yg paling tinggi ialah menyebut lailahaillallah, dan yg paling rendah ialah menjauhi kemungkara, dan malu itu satu daripada cbg iman. sementara Mukmin yang paling baik imannya, ialah orang yang baik petangainya.

Untuk diriku dan semua yang terbaca marilah kita memanfaatkan saranan Nabi Mohamad saw Kekasih Allah.


Tuesday, March 26, 2013

MAHKAMAH RABBUL JALIL


TAZKIRAH PAGI, 26 MAC 2013
OLEH US ABD GHANI AWANG SEMAN

HADITH KETUJUH - MAHKAMAH QADHI RABBUL JALIL
Pengajaran ayat;
  1. Semua orang akan dihadapkan kepada Allah swt pada hari qiamat nanti, seorang demi seorang dan tidak ada seorang pun yang sanggup menolong orang lain pada waktu itu,  walaupun anak isteri yang dikasihi di dunia ini.
  2. Di akhirat nanti kita menjadi sebatang kara, sebatang tubuh yang kerdil, yang akan berdiri tegak di hadapan Allah, Qadhi Rabbul Jalil yang maha mengetahui segala perbuatan dan rahsia hambaNya, mampukah kita mengangkat muka kita, yang berlumuran dengan dosa di hadapan mahkamah Tuhan nanti?
  3. Dalam ketakutan menunggu untuk dihisab itu, bila kita menoleh ke kanan ternampak amalan kebaikan, dan bila menoleh ke kiri ternampak perbuatan maksiat, dan bila mengangkat kepala ternampak di hadapan, kemarakan api neraka, yang terbentang sejauh mata memandang dan syurga masih jauh di sebalik api yang menyala.
  4. Dalam ketakutan itu, kita belum pasti apakah kita  akan mendapat kejayaan untuk sampai ke syurga sana, atau kita akan terjatuh di tengah perjalanan titian siratal mustaqim ke jurang api neraka jahannam.
  5. Oleh itu dari sekarang marilah kita tentukan arah perjalanan kita menyeberangi ke negeri syurga. Buatlah bekalan, dengan melakukan kebaikan sebanyak mungkin, sedikit demi sedikit, akhirnya menjadi bukit, kerana di akhirat sana, kita sangat berhajat kepada pahala kebaikan yang dilakukan sendiri di dunia.
HADITH KELAPAN  - BERENANG DI LAUTAN PELUH
Pengajaran Ayat;
  1. Suasana hari qiamat di Padang Mahsyar, adalah tersangat panas, ketika orang ramai dibangkitkan dari kubur dan berkumpul untuk dihisab dan diperhitungkan.
  2. Keadaan orang ramai pada masa itu, berbeza-beza mengikut keadaan amal perbuatan masing-masing di dunia dan hitungan perbuatannya yang baik atau yang buruk. Oleh kerana terlalu panas, ada yang berpeluh hingga ke tumit, atau sampai ke lutut, atau sampai ke pinggang, atau sampai ke telinga, hingga terpaksa berenang dalam lautan peluh.
  3. Walau bagaimanapun ada tujuh golongan yang dinaungi Allah di bawah naungan ArasyNya yang mulia, iaitu, pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadat, lelaki yang hatinya terpaut dengan mesjid, lelaki yang digoda berzina tapi dapat menahan diri,orang yang menyembunyikan sedekahnya,dan oran yang mencucurkan air mata semata-mata kerana takut kepada Allah. 
  4. Marilah kita semua, sahabat handai, adik kakak, anak-anak tercinta, dan semua yang ter baca ruangan ini, berusaha dengan bersungguh, mudah-mudahan kita termasuk di kalangan golongan yang bertuah ini insyaa Allah.

     

KERJA ITU IBADAT


TAZKIRAH PAGI, 25 MAC 13
OLEH PN NORLELA MOHD SAHAD

Kerja dikategorikan sebagai ibadah, boleh diertikan sebagai membuat sesuatu tugas atau tanggung jawab yang diamanahkan, untuk mencari pendapatan di samping mendapat keredhaan Allah. Apabila seseorang itu bekerja semata-mata kerana Allah,  ia akan  mendapat keredhaan Allah, seperti yang terdapat dalam Surah AtTaubah ayat 105,
 "Katakanlah (Wahai Mohamad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasulnya serta orang yang beriman, akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." 

Manusia sebenarnya bekerja untuk memenuhi tuntutan dan keperluan hidup di dunia yang sementara ini seperti berikut;

1. Memenuhi keperluan diri
Rasulullah saw bersabda, " Jika pergi seseorang daripada kamu pada tengah hari untuk mengambil kayu bakar di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta, maka yang demikian  adalah lebi baik daripada meminta-minta kepada orang lain, sama ada diberi atau tidak, kerana tangan yang di atas, adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, ....."

2.  Memenuhi keperluan keluarga
Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada mukmin yang bekerja...."

3. Memenuhi keperluan masyarakat
Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang pekerjaan. Untuk itu kemahiran individu dalam pelbagai jenis pekerjaan, yang dilaksanakan dengan ikhlas, dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah, seperti firman Allah yang bermaksud, "bertanyalah kepada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui......"

4. Membantu memakmurkan bumi Allah
 Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan  dan kaitan yang rapat dengan unsur kehidupan manusi di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.

Oleh itu marilah kita mengamalkan amalan kebiasaan, supaya kita dapat melaksanakan pekerjaan kita sebagai ibadah, untuk memenuhi keperluan dan kebaikan dunia dan pada masa yang sama, dihadiahkan ganjaran di akhirat pula. Marilah kita laksanakan amalan-amalan berikut;
1. Melangkahlah keluar ke tempat kerja dengan lafaz bismilla. dan berazam untuk mendapat keredhaan Allah
2.Bekerjalah  dengan amanah, adil dan bertanggung jawab
3. Laksanakan kerja dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
4. Berdisiplin dan menghasilkan kerja yang berkualiti dan berprestasi tinggi
5. Carilah kerja, dan sentiasa menjadi orang yang proaktif
6. Elakkan diri daripada sebarang kemungkaran di tempat kerja

Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula berdoa keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh. Mudah-mudahan dengan cara itu rezeki yang diterima penuh keberkatan dan dapat menghindarkan diri kita dan keluarga kita daripada sebarang musibah, insyaa Allah....


Saturday, March 23, 2013

SIAPAKAH KITA


Tazkirah pagi
24 Mac 2013
Oleh Pn Noor Asyikin Yusof

3 golongan manusia dalam pekerjaan

1. Manusia yang suka bekerja
Golongan ini suka mencari kerja, mereka tidak perlu disuruh melaksanakan sebarang kerja, atau diarah untuk buat sebarang kerja. Mereka tidak pernah mencuri tulang atau membuang masa semasa mereka bekerja.  Golongan ini akan sentiasa seronok dan bersemangat untuk bekerja. Mereka akan mendapat balasan baik drp Allah di dunia mahupun di akhirat.

2. Manusia yang perlu  disuruh untuk bekerja
Golongan ini pada setiap masa tidak berdaya maju atau tiada initiatif untuk melaksanakan tugas. Mereka perlu sentiasa disuruh, diarah dan ditunjuk setiap kali melaksanakan tugas. Sebarang tunjuk ajar yang diberi tidak difahami dan tidak amalkan pada masa yang lain. Jadi pada setiap masa mereka terpaksa disuruh. Mereka ini ibarat hidup segan matu tak mahu, yang sentiasa menyusahkan orang lain dan tidak membawa kecemerlangan kerana membuat kerja-kerja rutin sahaja.

3. Suka tengok orang buat kerja
Golongan memang ini memang tidak suka bekerja, tidak bekerja bersungguh-sungguh walau disuruh melakukan kerja. Mereka lebih suka bekerja seadanya saja, dan seronok melihat orang lain bekerja, dan kadang-kadang mentertawakan orang-orang yang bekerja bersungguh-sungguh. Mereka boleh melemahkan semangat kerja orang lain, dan kadang-kadang menjadi virus di tempat kerja. Golongan ini barangkali selalu mengatakan tidak larat dan tidak sihat, maka 50 peratus daripada tenaga dalaman mereka sudah hilang. Mereka bertenaga dan bergembira melihat orang lain bekerja saja.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Kita tergolong dalam golongan yang mana satu.  Kalau kita bersetuju bahawa kerja itu ibadat,  golongan manakah  kita, yang membolehkan kita berlumba-lumba, mendapatkan pahala yang sebanyak mungkin, sepanjang masa kita bekerja.

Di samping itu, marilah kita bersyukur, setiap hari yg dilalui memang sangat berharga. Hari ini kita masih  hidup dan dapat meneruskan kehidupan dan dapat berada di tempat kerja seperti biasa. Begitu juga hargailah orang-orang yang berada di sekeliling kita, gembirakan hati mereka. Jadilah pekerja yang baik dan cemerlang, jadilah sahabat yang menyenangkan semua orang. Dengan  itu kita dapat menambah pahala dan mendapat redha Allah yang maha esa, dalam kehidupan bekerja dan kehidupan di alam semesta.

Friday, March 22, 2013

MARI BERSABAR....



Sambungan Mari Berhijrah .......
Nabi Mohamad saw pernah bersabda, untuk kita boleh berhijrah, terutamanya bagi meninggalkan kemaksiatan, kita perlu bersabar, terutamanya bersabar untuk berbuat ketaatan kepada Allah, dan bersabar untuk mengelak diri daripada melakukan maksiat yang dilarang Allah. Nabi juga berpesan, ketahuilah  bahawa maksiat boleh berlaku disebabkan dua perkara; kita kurang sabar atas apa yang kita suka, dan kita tidak sabar  menghadapi perkara-perkara yang dilarang.

Nabi saw pernah bersabda lagi, sabar itu seperti harta karun daripada harta-harta qarun dalam syurga, jadi antara petua untuk kita dapat bersabar ialah seperti berikut; marilah kita sama-sama usahakan, supaya kita dapat mengamalkan sifat sabar, kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

  1. Kita mesti tahu dan sedar tabiat kehidupan dunia, yang dikatakan dunia itu sebenarnya segala kehidupan yang dijalani, penuh dengan segala susah payah, atau serba susah. Allah jadikan kehidupan susah payah, supaya manusia dapat bersabar Jadi segala kesusahan mestilah ditempuhi dengan sabar, dan Allah menjanjikan sebaik-baik balasan atas segala kesabaran manusia ciptaanNya.
  2. Apa yg ada di tangan kamu semuanya hak Allah subhanahuwataala. Kita dilahirkan, keluar dr perut emak, tidak ada apa-apa, yg ada hutang kita kepada  Allah, kerana menganugerahkan kita sebuah kehidupan, sehinggalah kita mati pun,  kita adalah milik Allah. Jadi kalau Allah ambil apa pun daripada kita, kita patut bersabar kerana itu bukan hak kita, sebaliknya hak Allah semata-mata.Sesungguhnya kita milik Allah dan kita akan kembali kepadaNya.
  3. Apa yg ada dr kamu, semuanya nikmat dari Allah, jadi semasa menerima nikmat, dan hilang nikmat sekalipun, sepatutnya kita bersabar. Nabi saw pernah bersabda kepada Abu Talhah, apabila beliau kehilangan anak yang kembali ke rahmatullah dengan sabar, "barakahlah kamu, dan Allah akan ganti dengan anak yang lain lagi, kerana sabar semasa kehilangan nikmat"
  4. Minta tolonglah dengan Allah supaya kita menjadi orang yang sentiasa sabar pada setiap masa, dan pada semua keadaan, walau bagaimanapun jua.
  5. Berimanlah dan terimalah dgn qadha dan qadar Allah, nescaya kita akan sabar menerima ketentuan yang ditaqdirkan.

Tuesday, March 12, 2013

BERHIJRAHLAH KITA ....



SHARAHAN US WAHID
Pengajaran ayat, 
Surah Annahlu ayat 41
 
2 Jenis hijrah
1.  Hijrah tinggal tempat tinggal
2.  Hijrah tinggal maksiat dan dosa dan semua yg Allah larang


Makna hijrah lebih luas
  1. Tinggalkan tempat sedia ada, untuk tempat yang lebih baik, lebih memberi manfaat dan penuh dengan kelapangan dan kesejahteraa
  2.  Tinggalkan benda yang kurang memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat
  3. Tinggalkan orang  seperti sahabat handai yang melalaikan dan kurang membantu ke arah penambahan dan pemantapan iman
  4. Tinggalkan fikiran yang tak elok, fikiran yang ingin bersenang-senang, sentiasa melalaikan, sentiasa ragu-ragu dan penuh dengan syak wasangka dan hal-hal yang negatif, dan kurang mengingat Allah yang maha pengasih dan penyayang
  5. Tinggal akhlak yang tak elok, perangai yang tidak berlandaskan agama, kefahaman yang ikut hati dan perasaan, yang selalunya hanya berfikir untuk kebaikan diri sendiri, dan mementingkan diri sendiri, kerana terleka bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi.

Al Abbas berkata "Siapa yg bhijrah hanya k Allah, Allah akn bg dunia hasanah, tp apa yg Allah simpan pd hr kiamat lebih besar lagi, kl kita tahu hebatnya hijrah kepada kebaikan kehidupan di dunia dan kehidupan akhirat, kita semua ak bhijrah, dan mereka yang berhijrah itulah, mereka yg sabar dan bertawakkal"

Kalau  kita  tak  berhijrah  malulah  kepada penyu kerana penyu berhijrah 2000 km. Burung-burung terbang berbelas ribu kilometer,  jadi yg penting hati perlu sedar tentang  kepentinga hijrah, kl berhijrah kr Allah, sikit perbuatan hijrah pun akan dapat  pahala  daripada Allah. Imam syafie pernah bersyair, bukanlah jenis org yg ada  akal kalau  duduk di situ sj  tiada membuat apa-apa  perubahan.  Manusia  mesti  pergi ke sana sini unt mencari yg lebih baik bagi mendapat keredhaan Allah.

Ku persembahkan sedikit ilmu ini untuk dikongsi bersama, mudah-mudahan sahabat handai, kaum keluarga  dan  anak-anakku yang tercinta  akan  mendapat sedikit manfaat  kerana  walau  dalam kesibukan, masih ada ilmu dan nasihat dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dari jauh yang dapat menyuburkan jiwa, insyaa Allah.....






Wednesday, March 6, 2013

INDAHNYA ALQURAN...


Tafsir Surah Al-Israk ayat 9
Oleh Us Wahid
6 mac 2013

Mari kita kongsi pengajaran daripada tafsir ayat di atas untuk renungan bersama supaya dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kita saban hari, dalam rangka menuju ke jalan akhirat.

Imam AlQurtubi berkata, AlQuran kalau dibaca  betul-betul akan akan beri petunjuk jalan yang  paling lurus kepada manusia,  Quran akan bawa manusia kepada jalan yang lurus, akan bawa berita gembira bg orang yang soleh, dan Allah akan beri balasan sebaik-baiknya iaitu syurga kepada yang mengamalkannya.

Abdullah Ibn Abbas pernah berkata, belajar AlQuran, bukanlah mudah, dan dapat dibuat dalam masa yang singkat, jadi perlu tekun sabar mengaji dengan sungguh; Seperti seorang anak muridnya, pernah mengaji Quran  sampai habis 30 juzuk,  setiap habis satu ayat ditanya tafsirnya, sehingglah 3 kali diulang, belajar Quran dengannya, yang makan masa bertahun-tahun. Tetapi hasilnya seperti kata Sheh Ibn Asyuk,  sesiapa yang hendak selamat daripada jatuh seperti bani Israil,  bacalah Quran,  fahamilah Quran dan ikutilah ajaran Quran.

Imam Suyuti, pula memberitahu, Quran memberi petunjuk kpd kita, tentang pelbagai jenis sakit atau masalah dan Quran juga beritahu bagaimana  ubatnya, contohnya zaman Nabi Ibrahim  sakit apa, ubatnya apa. Allah tunjuk jln yg betul, contohnya arak dan zina haram, kita mesti pegang betul-betul.

Nabi saw. bersabda,  jangan baca Quran dalam 3 hari saja,  baca dan fahaminya akan menjadikn kita lebih baik, sesungguhnya ini Quran,  satu hujungnya di tgn Allah, satu hujung lagi di tangan  kita,  jd tolong pegang kuat-kuat,  dengan cara buat apa yang Tuhan  suruh, tinggal apa Tuhan  larang, selama-lamanya kamu akan selamat.

Nabi bersabda diriwayatkan oleh Tarmizi, kitab Allah AlQuran, di dalamnya ada cerita, ada  berita, pada zaman nabi-nabi dan cerita-cerita masa depan,  contohnya tentang kiamat. Org cerdik akan belajar  sejarah, dan hindari diri daripada ikut kesilapan yang telah dilakukan. Kemudian pelajari tentang masa depan dan buat persediaan untuk menghadapi masa depan yang kekal abadi, iaitu mati.

Quran  adalah hakim, contohnya untuk kesalahan bunuh, kesalahan zina, Quran  ini kata-kata pemutus, td salah dan, td blh main-main,  td blh syak wasangka, setiap huruf ada makna. Membaca Quran,  dgnnya kita td akan terpesong dgn hawa nafsu. Sebab itu orang alim tidak akan kenyang dgn Quran dan tak pernah jemu dengan membacanya. Siapa yg tinggal Quran,  Allah akn hancurkan. Jika sebaliknya jika semua hal ikut Quran, faham yang dibaca, at mudahnya ikut nabi, Sesungguhnya Allah memuliakannya, Allah  akan angkat darjatnya. Sebaliknya sesiapa  tinggal Quran, Allah akan hina dia.

Imam AlBaihaqi berkata, hati-hati kita akan berkarat, jika nak hati bersinar, banyaklah ingat mati, dan banyaklah baca Quran, Allah akan  buka hijab-hijabnya.

Nabi berkata, Quran itu  tali Allah, dia cahaya yg jelas, penyembuh yg bmanfaat, pemberi perlindungan, dan membantu dan menjayakan. Sesiapa yg ikut Quran jika ada kejadian yg silap,  Quran akan tolong. Allah akan beri hidayah. Sebenarnya hidayah Allah ada empat yang boleh dilihat.
1. Hidayah percuma Tak payah cari Allah bg  free
Surah Taha 50, "Allah bagi hidayah setiap apa yang Tuhan cipta," - manusia dan juga makhluk lain kucing, kerbau atau lembu. Contohnya tahu bila nak makan, tidur dll lagi keperluan asas manusia.
2.Hidayah  yg menunjukkan dan menjelaskan, kebesaran AlQuran dan Hadis Nabi Mohamad, seperti dinyatakan dalam surah Almaidah, "Allah bg hidayah siapa baca Quran. Dalam surah Syura 52, Allah bg pertunjuk, tidak  ada kebaikan bg mana-mana hamba melainkan, mendapat pertunjuk drp Nabi dan Quran.
3. Hidayah taufik, pertolongan, satu benda yg betul,
Hidayah ini permulaannya  oleh hamba, tapi  akhinya disempurnakan oleh Allah, kita kena mula, usaha, cari barulah Allah bagi, seperti tersebut dalam surah AlAnfal 23,  kalau Allah tahu ada kebaikan Allah bg lagi kebaikan kepada hambanya yang telah melakukan sebarang kebaikan.
4. Hidayah untuk menuju ke jalan syurga Allah,
Orang yang istiqamah, akan mendapat taufik dan hidayah, contonya Allah beri hidayah untuk melepasi titian sirat al mustaqim.

Kebesaran Quran diakui juga oleh orang bukan Islam walaupun mereka tidak beramal dengan Quran. Begitulah hebat dan indahnya AlQuran kitab Allah yang maha agong ini.  Alwalid Ibn Mughirah,pernah berkata,  "Quran hebat, aku br blk dr rumah Mohamad, aku dengar  satu kalam dari AlQuran, aku rasa bukan dari kalam manusia, tapi ayat cukup sedap didengar dan cukup mempesonakan. Ayt di ats hebat, di bwh hebat, td ada ayat yang lebih  hebat drp ayat Quran"

Untuk semua yang kukasihi, sahabat handai, kaum keluarga, kenalan baru dan lama, tidak lupa anak menantu tercinta, kutitipkan sedikit santapan rohani buat penyeri kehidupan di dunia dan akhirat nanti. Jika kita mengharapkan hidayah, bacalah Quran, fahamilah ia dan amalkan Quran dan suruhan Nabi Mohamad saw, mudah-mudahan kehidupan dunia dan kehidupan di akhiratsana, akan sentiasa mendapat pertunjuk dan perlindungan Allah insyaa Allah.


KASIH SAYANG ALLAH JUA...


Berikut dikongsikan pengajaran daripada
Buku Al Hikam oleh Syh Abu Ibnu Ataillah,
untuk dimanfaatkan bagi keberkatan hidup kita di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ini menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua, insyaa Allah. 

Pengajaran 1
3B untuk  berfikiran positif:
Bahasa mulut, yang sentiasa mengeluarkan perkataan yang manis, baik, dan memberi manfaat kerana
                     sentiasa positif
Bahasa tubuh, yang sentiasa menyenangkan orang lain dengan senyuman, mempermudah, dan membantu
                     kerana sentiasa positif dan bersangka baik
Buang sifat negatif  - manusia memang  dicipta dgn keadaan selalu berada dalam keluh kesah, jadi
                     sentiasalah mengingati Allah agar jiwa menjadi tenang dan dapat melihat yang baik-baik sahaja
                     kerana bersangka baik akan qadha dan qadar Allah. Sesungguhnya ketentuan Allah tidak
                     boleh diubah, tetapi kita boleh ubah tindakan kita ke arah yang positif

Pengajaran 2
Bukti kekuasaan Allah
Orang-orang yg berjuang menegakkan kebenaran di jalan Allah, banyak dugaan yang akan dihadapi. Para nabi banyak menghadapi  ujian yang besar-besar, contohnya Nabi  Yusuf, Noh, Musa, dan Nabi Mohamad saw sentiasa diuji, tetapi mereka ada ketahanan menghadapi dugaaan dengan bertaqwa kepada Allah dan hanya berserah semata-mata kepada Allah. Terbukti Allah amat berkuasa memberikan dugaan kepada hambaNya, dan Allah juga berkuasa meleraikan masalah dan memberikan ganjaran kepada orang yang sabar keranaNya.

Siapa yg berusaha, mencari jalan, apa yg difikirkan, apa usaha yang dibuat semuanya datang dari Allah, tp manusia mesti berikhtiar, mencari jalan menghadapi sebarang musibah yg  ditaqdirkan Allah semuanya, semuanya seperti firman Allah "la khaulawa quwwataillah billa hil aliyil azim", dan amat bodohlah  sesiapa yg melakukan apa2 saja tindakan dan perbuatan yg tidak disukai ALlah, kerana tiada satu perkara atau satu saat pun yg berlaku, melainkan atas kehendak Allah semata-mata. Sesuatu itu bukan berlaku secara kebetulan, tetapi semua yang terjadi kepada kita hanya "by order" atau dengan izin dan kehendak Allah semata-mata. Setiap hari Allah melakukan kehendaknya, hidup, mati, hina, dll. jadi  kita sebagai hamba eloklah  berserah diri kita hidup dan mati, dengan rela hati kepadaNya jua de3ngan melakukan kebaikan dan kebajikan sesama manusia di dunia ini.

Jadi jika kita menunda amal kebaikan, itu suatu tanda kebodohan kita, kerana Nabi bersabda sia-sai kita manusia berlengah- lengah melakukan amal kebajikan, sementara sihat, dan lapang, sepatutnya kita berlumba-lumba  berusaha melakukan kebaikan, jgn ditangguh-tangguh. Allah firman  "amat rugi kamu utamakan dunia, sdgkan akhirat lebih baik, jangan tunda perkara yg baik di dunia kr tunda perkara baik,  belum tentu kita sempat at tidak kita nak buat kebaikan kl kita  bertanggu-tangguh. Sedangkan semua kita tahu dunia ini ladang untuk menyediakan bekalan menuju akhirat yang dijanjikan Allah penuh dengan kenikmatan bagi orang-orang beriman.

Saturday, March 2, 2013

EMPAT SOALAN BOCOR


KULIAH SUBUH
OLEH USTAZ AZLI  INSANIAH
PADA 22.1.13

Hadith Nabi saw. daripada Abi Barzah menceritakan,
" Empat soalan yang akan disoal kpd setiap manusia di akhirat nanti, dan  tidak akan  berganjak kaki anak Adam di hadapan  Allah,  melainkan setelah selesai ditanya tentang empat perkara berikut;

SOALAN 1. Allah tanya umur - kepada  apakah ia dihabiskan, sebagai bekal kamu mengadap Allah?
Allah berfirman, Berbekallah kamu dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa, iaitu buat apa yg Tuhan suruh, jauhi larangan allah, takut dgn rezeki, amalkan  Quran, dan bersedia menghadapi saat mati.
Nabi saw. bersabda, brg siapa tiada amal,  jgn harap keturunan kita memberi manfaat kpd kita setelah kita tiada, melainkan semuanya amal kita semata-mata untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat sana.

SOALAN 2. Allah tanya ilmu, tahu sembahyang dan akukan atau tidak?.  Ada ilmu yg bmanfaat, amal atau tidak? Orang  yg ada ilmu tp td bamal dgn ilmu akan diazab oleh Allah, dan sebaliknya yang ada ilmu, dan ajarkan  kpd org lain, Nabi  berkata Allah berfirman, siapa yg sibuk dgn Quran dan mengajarkannya, Aku beri kpdnya kurniaan yg terbaik.

SOALAN 3.  Allah tanya tentang harta, dari mana kamu ambil, dan ke mana kamu belanja harta tsebut?
Nabi saw minta, pd Allah,  hidupkan aku dlm keadaan miskin, matikan aku dlm miskin, himpunkan dan hidupkan aku di akhirat nanti dgn org miskin. Aishah tanya kenapa? "Nabi menjawab, org miskin jika redha, masuk syurga lebih awal  40 thn daripada orang kaya, kr org kaya harta banyak akan disoal satu persatu di hadapan Allah"
Sahabat tanya kpd Nabi, tak kan ambil sikit harta orang pun masuk neraka, Nabi kata ya, wp kayu sugi.
Sahabat tanya lagi,  siapa yg dikatakan muflis, Nabi kata muflis di klgn umat aku, dia bawa balik pahala sembahyang, puasa, zakat, tp dlm ms yg sama mulut tak jaga, menuduh org lain, makan harta org lain, aurat tak tutup, lalu diambil pahalanya diberi kpd org yg dizalimi, tak cukup pahala, diambil dosa orang pula diberi kpdnya. Dosa kita dgn org akan menyusahkan kita, mesti selesai dosa kita, jika mengumpat, mesti minta ampun dengan org yg diumpat baru selesai, Allah tak boleh tolong.

SOALAN 4. Allah akn tanya tentang semua anggota, tubuh badan. Kaki pergi mana? Pergi mesjid tak, singgah majlis ilmu tak, atau  tidak pernah singgah di taman syurga, majlis ilmu?  Tangan yang diberi buat apa? Buat kebajikan tak? Mulut baca quran, zikir, cari ilmu at tidak?

Iktibarnya; Jika kita boleh menjawab semua empat soalan itu, barulah nanti kaki kita boleh bergerak di hadapan Allah, untuk menerima balasan baik kita yang kita usahakan di ladang dunia ini insyaa Allah. Mudah-mudahan semua ini menambah semangat kita untuk terus beramal memperbanyakkan bekalan.