Monday, January 31, 2022

KENANGAN TAHUN BARU 2021 DAN 2022

Tahun 2021 sangat mencabar bagi semua orang. Dimulai dengan wabak covid 19, diikuti pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 fasa 2, dan seterusnya darurat kesihatan pula. Semua itu menjadikan tahun 2020 dan 2021 sangat terbatas pergerakan dan aktiviti semua orang di seluruh Malaysia.

Yang paling perit ialah anak-anak di kejauhan tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu ayah. Tinggallah masing-masing di tempat sendiri  menguruskan urusan seharian, kerana tidak dibenarkan merentas kawasan dan merentas negeri. 

Namun dalam zaman kemajuan teknologi ini, semua itu dapat dikendalikan dengan lebih baik. Kalau rindu anak yang lama tak balik boleh telefon, dan boleh juga video call. Tapi taklah sama dengan berjumpa bersemuka.

Aktiviti-aktiviti lain juga begitu tidak boleh dilaksanakan kenduri kahwin, mesyuarat, seminar atau apa-apa pun keramaian. Jadi duduklah kami terperuk di rumah dengan aktiviti-aktiviti yang sangat terhad. Papa banyak telibat dengan webinar , selebihnya dia banyak menghabiskan masa membaca buku. Banyak masa dihabiskan untuk meneliti hal-hal tentang Pulau Pinang kerana Menteri Besar Kedah mencanangkan Kedah dipajak Pulau Pinang dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Kedah. Apa lagi meletuplah isu ini dalam media-media pelbagainya. Papa pun pulun baca topik ini kerana ramai yang bertanyakan isu ini.

Begitulah terjadinya di awal tahun 2022. Entahlah itu saja takdirnya yang tidak dapat lagi diceritakan apa-apa lagi.