Saturday, December 25, 2010

SUDAH SAMPAI MASANYA


Yang hidup tiba masanya akan dijemput pulang. Terasa bagai mimpi abah sudah tiada lagi. Segalanya sangat pantas. Pukul tiga petang dimasukkan ke wad ICU, dia diserang stroke buat kali kedua. Sungguh memilukan, dengan tiba-tiba kakinya tidak dapat bergerak lagi. Bantuan kecemasan yang diberikan membantu pernafasannya cuma. Doktor kata berlaku internal bleeding yang banyak.

'Kita confirm dengan MRI. We're very sorry, we can only give medication just to maintain the situation'. Aku sangat sedih. Aku sangat sedar abah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Aku sedar abah akan dijemput pergi mengadapap Yang Maha Esa. Sedihnya... sedihnya... dia akan meninggalkan aku. Aku akan kehilangan seorang insan yang sangat istimewa dan seorang insan yang sangat bemakna dalam hidupku. Tiada lagi abah yang dengan sabar membesarkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan. Aku mesti sabar dan redha. Seperti abah dia memang selalu sabar dalam apa keadaan pun. Dia memang sangat sabar dan tidak suka kelam kabut. Jadi di saat-saat terakhirnya aku mestilah juga menahan sabar, sabar dan redha.

Tidak dapat kutahan air mata, tidak dapat kutahan perasaan hiba. Tapi air mata, tidak berdaya mengubah apa-apa. Masa yang sangat berharga itu kami habiskan di sisinya. Kami tahu bila-bila saja masanya akan tiba. Demikianlah ketentuan Tuhan sampai jua akhirnya. Aku sangat tidak berdaya. Hilanglah seorang insan yang sangat kukasihi. Tiada lagi tempat bermanja, tiada lagi insan yang dipanggil abah, tiada lagi, tiada lagi...... tak tertahan hibanya hati, sayunya hati. Maha suci Tuhan yang maha pengasih lagi maha mengetahui..... sesungguhnya dia telah pergi meninggalkan kami ( 7. 12. 2010 / 1 Muharram 1434 : jam 8.10 malam).

Ya Allah ampunilah segala dosanya dan semoga rohnya dicucuri rahmatMu, amin Ya Allah

Wednesday, December 15, 2010

AMSTERDAM HISTORICAL MUSEUM


Tiba di Stesen Trem Dam Squqre
 Pagi itu kami naik tram ke Dam Square, untuk kali keduanya. Niat di hati nak tambah souvinir, jadi selepas shopping, kami berlegar-legar di Dam Square - satu kawasan lapang yang luas, tempat lepak-lepak di tengah-tengah kota Amsterdam. Mudah juga pakai one day ticket untuk berjalan keliling kota. Hari itu tujuan kami hanya untuk ke Historical Museum. Sedang menunggu tram, kami habiskan masa di Dam Square, tengok pertunjukan acrobat. Pertunjukan memang banyak di Amsterdam ini. Boleh dikatakan sepanjang jalan ada saja pertunjukan life yang berbagai-bagai - nyanyian solo, nyanyian berkumpulan, silap mata, akrobat, dan macam-macam lagi yang pelik-pelik dan menarik perhatian pelancong.

Pertunjukan akrobat yang menarik perhatian kami pagi itu, memang hebat - one man show yang menunjukkan kepakaran dalam pelbagai aktiviti - juggling and unicycling. Mula-mula dia meletakkan peralatan - tali sebagai border untuk penonton, basikal satu roda, battern berbentuk seperti botol boling dan parang panjang. Suspen juga, jadi kami buat keputusan untuk terus menikmati pertunjukan yang dijangkakan menarik itu. Mula-mula beberapa botol-botol boling seperti jamong zaman dahulu kala, dinyalakan apinya. Selepas itu sudah pastilah dia membuat aksi juggling botol-botol api itu, dan memang sangat menarik perhatian ramai. Dia memang nampak professional. Kemudian dia juggle botol api sambil naik unicycle. Akhir sekali dia juggle parang panjang - aduh takut, takut tersilap langkah, mesti berlaku kemalangan, rupanya tidak. Pertunjukan habis semua penonton memberikan tepukan gemuruh kerana kagum dengan bakat yang ditunjukkan. Ramai-ramai kami menghulurkan derma kerana menghiburkan kami. Lumayan juga menjadi penghibur jalanan.

Pintu Masuk HM
Selesai pertujukan kami naik trem ke Historical Museum, dengan bayaran ER20 seorang, kami meninjau-ninjau ke ruang pameran. Mula-mula kami disajikan dengan tayangan filem tentang sejarah Amsterdam sebuah bandar pelabuhan terkenal, sehinggalah menjadi sebuah bandar pelacongan yang indah dan unik. Selepas itu, papa terus ke ruang pameran yang dihajatinya, East India Company dan pelayaran mereka ke Asia Tenggara. Ruang pameran di tingkat tiga itu, memang menakjubkan pencinta sejarah. Tapi bagi kita yang terasa dijajah, memang sangat rasa terhina. Orang Barat memang pandai mengambil kesempatan. Segalanya memang diceritakan dengan menampilkan kehebatan mereka. Tapi tidak dapat dinafikan kalau tidak mereka yang menuliskan semua itu, kita tidak dapat melihat kebenaran apa pun, walaupun sejarah kita sendiri. Sebab itulah sejarah kita penuh dengan pandangan orang barat, kerana mereka yang menulis sejarah kita.



Sebahagian daripada bahan pameran di HM
Melihat pameran di HM menjadikan aku sedar, bahawa kita perlu serius menulis sejarah kita ikut kaca mata dan perspektif kita. Semoga impian ini menjadi kenyataan, dan kerajaan atau NGO perlu mempamerkan keadaan yang melambangkan perasaan kita, bukan perasaan orang yang berkepentingan seperti penjajah.

Monday, December 13, 2010

ALONG KONVO


Berjalan ke Dewan Besar
Masih segar dalam ingatan, Bang Long mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya (2004), di MRSM Langkawi. Alhamdulillah....Kami amat bersyukur.  Dengan pencapain itu,  dia mendapat tawaran mengikuti Kursus Pre-Medic di UIA. Tapi  dia memilih untuk masuk Kolej Mara Banting, mengikuti Kursus Internatioanl Barcalaureate (IB). Kursus ini anjuran MARA untuk pelajar-pelajar yang akan dihantar ke luar negara, dan kursus persediaan itu memakan masa dua tahun. Sekejap saja masa dua tahun berlalu. Kemudian bulan September 2005, Bang Long fly ke University of Liverpool.

 Didatangi kawan-kawan Malaysia dll
Sempat bergambar sebelum majlis  
Dewan bersejarah

Di Hadapan City Campus Uni Liverpool
Ibu mana yang tidak gembira dengan takdir yang telah dilalui itu. Syukur alhamdulillah. Tapi jauh di sudut hati terasa sayu melepaskan anak yang masih muda belia ke negeri orang seorang diri. Semasa tiket flight diedarkan di KLIA, dan taklimat diberikan kepada sekumpulan pelajar yang akan berlepas itu, terasa sebak tidak tertahan. Waktu itu juga telah diedarkan chek wang sara hidup pemberian MARA  berjumlah  lebih kurang RM 14 ribu, sebagai bekalan awal sara hidup. Dalam hati tak putus-putus dipanjatkan doa, supaya Bang Long selamat dalam perjalanan dan selamat kehidupannya di perantauan. Tambahan pula untuk ke Liverpool dia seorang saja yang bakal mendaftar di situ. Tak terucapkan kebimbangan, dan kerisauan. Cuma Allah saja yang tahu. Hanya kepada Allah ku sandarkan harapan dan doa: supaya Bang Long selamat pergi, selamat belajar, dipermudahkan segala urusan, mendapat pimpinan dan hidayah, diberi pertunjuk jalan yang benar,  dan mudah-mudahan selamat pulang dengan kejayaan, in syaa Allah.

Tahniah Anakanda... syukur adanya..
Selepas itu, masa pun terus berlalu, pejam celek Bang Long pun tamatlah pengajiannya selama 6 tahun. Syukur alhamdulillah dia berjaya mendapat ijazah yang diimpikannya. Kami pun dengan rasa syukur fly ke Liverpool untuk majlis Convocation meraikan kejayaan anakanda kami menerima segulung ijazah. Allah izinkan dia mendapat ijazah dan menjadi Doktor selepas enam tahun bertungkus-lumus di University of Liverpool yang bersejarah itu.

 Untuk memudahkan perjalanan dan urusan Majlis Konvo, kami belikan tiket pulang ke tanah air sendiri, yang kemudiannya akan dituntut bayaranya dari MARA. Rupanya keputusan itu tepat. Semasa Bang Long sedang bersedia untuk hadir Konvo mereka bersedih kerana seorang rakannya tidak sempat hadir konvo kerana tiket penerbangan ke Malaysia dibelikan oleh MARA pada hari Konvo itu. Kami amat bersyukur. Sedikit kenduri kesyukuran dibuat untuk meraikan Bang Long dan rakan-rakannya yang berjaya menamatkan pengajian. Rakan lain dari Malaysia ,Singapura dan Brunei yang rapat dengannya kami jemput juga. Syukur alhamdulillah kami dapat berkumpul dalam majlis tahlil ringkas yang papa sendiri jadi khalifah.


Esoknya awal pagi kami berjalan kaki ke Dewan Besar untuk hadir majlis yang amat bermakna dan sungguh meriah. Kelihatan graduan lain beserta ibu bapa dan dan kaum keluarga yang rapat juga ramai-ramai berjalan menuju destinasi yang sama: ambil jubah di Student's Affairs Department, ambil photo selepas dipakaikan jubah, kemudian ke dewan untuk upacara konvo itu. Di sepanjang jalan ramai rakan taulan turut mengambil kesempatan meraikan dan mengucapkan tahniah, bersalaman dan berpelukan kerana meraka sedar mereka akan ditinggalkan kawan yang sudah tamat pengajian dan diraikan sebagai graduan.


Dalam suasana redup pagi itu, terasa kedinginan angin musim panas yang bertiup lembut; nyaman dan mengasyikkan, gembira dan syahdu dalam kusyukuran, meriah dan mengharukan. Ada juga berbalam-balam rasa sayu bagi yang akan meninggalkan tempat bersejarah itu menuju ke tanah air masing-masing termasuklah Bang Long jua. Pendek kata pelbagai perasaan bercampur baur menyelubungi perasaan semua yang hadir.

Inilah ijazahnya....
Berpayung  hujan rahmat adanya...
Tamatlah sudah penantian semua graduan untuk meraih kejayaan. Tamatlah sudah penantian semua ibu bapa dan kaum keluarga menanti kepulangan dengan penuh kesabaran. Tamatlah sudah perjuangan pahit manis menuntut pelajaran di perantauan. Selepas ini bermulalah perjuangn baru dalam bidang pekerjaan. Akan bermulalah episod menjadi Doktor di Hospital Kerajaan. Telah banyak yang diberikan maka sudah sampailah masa membayar balik dengan keringat untuk negara yang telah menajakan pengajian. Begitulah tercatatnya satu sejarah dalam hidup Bang Long, berjuang menuntut ilmu di perantauan: City Campus University of Liverpool, sehingga meraih ijazah yang menghadiahkan gelaran Doktor dalam bidang Perubatan.

Sebagai hadiah kejayaan Bang Long Kami terbang ke Amsterdam sebelum malis Konvonya.

Menjamu selera tengah harinya
 ALONG KONVO 2:

Menggayakan suit dengan housemate Vivak Hansrani

Sebagai hadiah kejayaan Bang Long kami terbang ke Amsterdam sebelum majlis Convo. Balik dari Amsterdam along sibuk siap untuk hari konvonya. Mula sekali pergi ambil suit yang telah ditempah khas, style Beatle yang menjadi kebanggan orang Liverpool. Kemudian beli kasut baru dan lastly trim rambutnya yang gondrong. Sehari sebelum dia pergi Uni uruskan hal jubah, dan lain-lain yang berkaitan. Malamnya, dia sibuk iron baju yang akan digayakan keesokannya. Mama tolong sikit-sikit melicinkan baju yang telah diiron. Dia sangat suka. Jelas kelihatan di matanya rasa lega teramat sangat kerana sudah tamat belajar. Bukan itu saja, tapi kini dia sudah berjaya mencapai cita-citanya sejak kecil sehingga remaja. Kini dia sudah dewasa, dan dia sudah bergelar doktor seperti papa juga. Syukur alhamdulillah.......


Siap dipakaikan jubah dan topi

Sedang menunggu untuk mengambil tempat........

Besoknya seawal jam 7.30 pagi, kami sudah menyusuri jalan ke universiti. Dengan cuaca dingin, dan suasana yang agak suram, kami mengharungi pagi yang cukup indah itu. Keindahan bukan hanya kerana pagi yang dingin itu, tapi kerana indahnya perasaan kami sekeluarga berkongsi kebahagiaan yang tidak terungkapkan dengan kata-kata. Indahnya perasaan bila dapat bersama berkongsi dan meraikan kejayaan. Sudah amat lama kami menantikan saat ini. Sudah terlalu lama dibayangkan saat-saat bersama meraikan kejayaan, hasil penat lelah yang sudah terlalu lama. Sudah terlalu sarat kami mendoakan supaya Tuhan anugerahkan kami kejayaan. Syukurlah sampai juga masanya......

Sedang menunggu Zul sahabat karib untuk ke Dewan Phil Harmonic

 Selepas ini along akan kembali ke rumah. Enam tahun merantau men cari ilmu sangat lama ku rasakan. Enam tahun tidak bersama, banyak dan sarat perasaan suka duka yang ditanggung bersama. Selamat kembali ke rumah sayang, semoga nanti kita akan lebih bahagia bersama. Semua kaum keluarga menanti dengan penuh gembira, semua kaum keluarga sangat merasakan ketiadaan yang sangat lama......

Zul turut meraikan..........

Turut gembira, kaunselor yang baik budi........






Wednesday, December 1, 2010

CANAL BUS TOUR (1) - KAPAL VOC


Awal pagi lagi kami sudah berada di terminal untuk canal bus tour sekitar Asmsterdam.




Selepas membeli one-day ticket, k
ami boleh naik bot, dan turun di mana-mana stesen yang kami pilih untuk melihat-lihat. Destinasi pertama kami, untuk melihat Maritime Museum di dock yard. Papa sangat teruja untuk melihat kapal VOC itu, yang telah ke Asia Tenggara dulu, dan menjajajah kita. Sampai di stesen kami turun, berjalan dalam cuaca mendung , sejuk dan nyaman. Angin bertiup dengan sungguh kencang tanda hari nak hujan. Lebih kurang 10 minit berjalan kami sampai di tepi kapal VOC, yang mempunyai sejarah yang tersendiri, bernama Amsterdam. Papa beli 2 ticket saja, sebab mama tak mau ikut naik kapal.




Selepas papa dan along naik kapal, mama melihat-lihat di sekitar kedai souvenir. Kedai itu s ebenarnya menjual barangan cenderamata yang pelbagai untuk Pusat Sains Nemo. Banyaklah permainan-permainan yang berasaskan prinsip sains dan mencabar minda yang sangat menarik. Pengunjung semuanya sangat seronok membeli untuk anak-anak kerana permainannya memang amat sesuai dengan kanak-kanak pun. Emak bapa pun memang sangat suka membeli dengan harapan anak-anak akan dapat dibentuk minda dan pemikiran, sehingga mereka pun akan menjadi anak yang pandai seperti saintis yang hebat dan terkenal.

Lama juga di kedai souvenir, setelah sudah meninjau-ninjau apa yang patut, aku berehat-rehat di Coffee shoppe, menikmati aroma kopi dan juga kesegaran kopi panas di dock yard. Ramai sungguh orang menjamu selera, makan tengah hari bersama keluarga di situ. Barangkali selepas puas berjalan-jalan di kapal VOC atau di Nemo Science Centre, sudah tentulah mereka lapar, tambah lagi jam sudah lebih pukul 12 tengah hari. Bau spaghetti orang di sebelah meja, memang sangat menjadikan aku lapar, tapi restoran ini tidak halal, jadi minum kopi dengan sandwic yang dibawa dari hotel, telah dapat mententeramkan perut yang sudah mula menyanyi lagu sedih, sementara menunggu-nunggu papa dan along menikmati dan merasai suasana pelayaran orang-orang Benggali Putih Belanda menjajah Nusantara. Papa dan along pun makan yang sama bila mereka selesai melihat kapal Belanda itu. Lepas itu kami berjalan balik ke stesen canal bas, tak jauh dari situ, untuk ke destinasi kedua.