Monday, December 13, 2010

ALONG KONVO


Berjalan ke Dewan Besar
Masih segar dalam ingatan, Bang Long mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya (2004), di MRSM Langkawi. Alhamdulillah....Kami amat bersyukur.  Dengan pencapain itu,  dia mendapat tawaran mengikuti Kursus Pre-Medic di UIA. Tapi  dia memilih untuk masuk Kolej Mara Banting, mengikuti Kursus Internatioanl Barcalaureate (IB). Kursus ini anjuran MARA untuk pelajar-pelajar yang akan dihantar ke luar negara, dan kursus persediaan itu memakan masa dua tahun. Sekejap saja masa dua tahun berlalu. Kemudian bulan September 2005, Bang Long fly ke University of Liverpool.

 Didatangi kawan-kawan Malaysia dll
Sempat bergambar sebelum majlis  
Dewan bersejarah

Di Hadapan City Campus Uni Liverpool
Ibu mana yang tidak gembira dengan takdir yang telah dilalui itu. Syukur alhamdulillah. Tapi jauh di sudut hati terasa sayu melepaskan anak yang masih muda belia ke negeri orang seorang diri. Semasa tiket flight diedarkan di KLIA, dan taklimat diberikan kepada sekumpulan pelajar yang akan berlepas itu, terasa sebak tidak tertahan. Waktu itu juga telah diedarkan chek wang sara hidup pemberian MARA  berjumlah  lebih kurang RM 14 ribu, sebagai bekalan awal sara hidup. Dalam hati tak putus-putus dipanjatkan doa, supaya Bang Long selamat dalam perjalanan dan selamat kehidupannya di perantauan. Tambahan pula untuk ke Liverpool dia seorang saja yang bakal mendaftar di situ. Tak terucapkan kebimbangan, dan kerisauan. Cuma Allah saja yang tahu. Hanya kepada Allah ku sandarkan harapan dan doa: supaya Bang Long selamat pergi, selamat belajar, dipermudahkan segala urusan, mendapat pimpinan dan hidayah, diberi pertunjuk jalan yang benar,  dan mudah-mudahan selamat pulang dengan kejayaan, in syaa Allah.

Tahniah Anakanda... syukur adanya..
Selepas itu, masa pun terus berlalu, pejam celek Bang Long pun tamatlah pengajiannya selama 6 tahun. Syukur alhamdulillah dia berjaya mendapat ijazah yang diimpikannya. Kami pun dengan rasa syukur fly ke Liverpool untuk majlis Convocation meraikan kejayaan anakanda kami menerima segulung ijazah. Allah izinkan dia mendapat ijazah dan menjadi Doktor selepas enam tahun bertungkus-lumus di University of Liverpool yang bersejarah itu.

 Untuk memudahkan perjalanan dan urusan Majlis Konvo, kami belikan tiket pulang ke tanah air sendiri, yang kemudiannya akan dituntut bayaranya dari MARA. Rupanya keputusan itu tepat. Semasa Bang Long sedang bersedia untuk hadir Konvo mereka bersedih kerana seorang rakannya tidak sempat hadir konvo kerana tiket penerbangan ke Malaysia dibelikan oleh MARA pada hari Konvo itu. Kami amat bersyukur. Sedikit kenduri kesyukuran dibuat untuk meraikan Bang Long dan rakan-rakannya yang berjaya menamatkan pengajian. Rakan lain dari Malaysia ,Singapura dan Brunei yang rapat dengannya kami jemput juga. Syukur alhamdulillah kami dapat berkumpul dalam majlis tahlil ringkas yang papa sendiri jadi khalifah.


Esoknya awal pagi kami berjalan kaki ke Dewan Besar untuk hadir majlis yang amat bermakna dan sungguh meriah. Kelihatan graduan lain beserta ibu bapa dan dan kaum keluarga yang rapat juga ramai-ramai berjalan menuju destinasi yang sama: ambil jubah di Student's Affairs Department, ambil photo selepas dipakaikan jubah, kemudian ke dewan untuk upacara konvo itu. Di sepanjang jalan ramai rakan taulan turut mengambil kesempatan meraikan dan mengucapkan tahniah, bersalaman dan berpelukan kerana meraka sedar mereka akan ditinggalkan kawan yang sudah tamat pengajian dan diraikan sebagai graduan.


Dalam suasana redup pagi itu, terasa kedinginan angin musim panas yang bertiup lembut; nyaman dan mengasyikkan, gembira dan syahdu dalam kusyukuran, meriah dan mengharukan. Ada juga berbalam-balam rasa sayu bagi yang akan meninggalkan tempat bersejarah itu menuju ke tanah air masing-masing termasuklah Bang Long jua. Pendek kata pelbagai perasaan bercampur baur menyelubungi perasaan semua yang hadir.

Inilah ijazahnya....
Berpayung  hujan rahmat adanya...
Tamatlah sudah penantian semua graduan untuk meraih kejayaan. Tamatlah sudah penantian semua ibu bapa dan kaum keluarga menanti kepulangan dengan penuh kesabaran. Tamatlah sudah perjuangan pahit manis menuntut pelajaran di perantauan. Selepas ini bermulalah perjuangn baru dalam bidang pekerjaan. Akan bermulalah episod menjadi Doktor di Hospital Kerajaan. Telah banyak yang diberikan maka sudah sampailah masa membayar balik dengan keringat untuk negara yang telah menajakan pengajian. Begitulah tercatatnya satu sejarah dalam hidup Bang Long, berjuang menuntut ilmu di perantauan: City Campus University of Liverpool, sehingga meraih ijazah yang menghadiahkan gelaran Doktor dalam bidang Perubatan.

Sebagai hadiah kejayaan Bang Long Kami terbang ke Amsterdam sebelum malis Konvonya.

Menjamu selera tengah harinya
 ALONG KONVO 2:

Menggayakan suit dengan housemate Vivak Hansrani

Sebagai hadiah kejayaan Bang Long kami terbang ke Amsterdam sebelum majlis Convo. Balik dari Amsterdam along sibuk siap untuk hari konvonya. Mula sekali pergi ambil suit yang telah ditempah khas, style Beatle yang menjadi kebanggan orang Liverpool. Kemudian beli kasut baru dan lastly trim rambutnya yang gondrong. Sehari sebelum dia pergi Uni uruskan hal jubah, dan lain-lain yang berkaitan. Malamnya, dia sibuk iron baju yang akan digayakan keesokannya. Mama tolong sikit-sikit melicinkan baju yang telah diiron. Dia sangat suka. Jelas kelihatan di matanya rasa lega teramat sangat kerana sudah tamat belajar. Bukan itu saja, tapi kini dia sudah berjaya mencapai cita-citanya sejak kecil sehingga remaja. Kini dia sudah dewasa, dan dia sudah bergelar doktor seperti papa juga. Syukur alhamdulillah.......


Siap dipakaikan jubah dan topi

Sedang menunggu untuk mengambil tempat........

Besoknya seawal jam 7.30 pagi, kami sudah menyusuri jalan ke universiti. Dengan cuaca dingin, dan suasana yang agak suram, kami mengharungi pagi yang cukup indah itu. Keindahan bukan hanya kerana pagi yang dingin itu, tapi kerana indahnya perasaan kami sekeluarga berkongsi kebahagiaan yang tidak terungkapkan dengan kata-kata. Indahnya perasaan bila dapat bersama berkongsi dan meraikan kejayaan. Sudah amat lama kami menantikan saat ini. Sudah terlalu lama dibayangkan saat-saat bersama meraikan kejayaan, hasil penat lelah yang sudah terlalu lama. Sudah terlalu sarat kami mendoakan supaya Tuhan anugerahkan kami kejayaan. Syukurlah sampai juga masanya......

Sedang menunggu Zul sahabat karib untuk ke Dewan Phil Harmonic

 Selepas ini along akan kembali ke rumah. Enam tahun merantau men cari ilmu sangat lama ku rasakan. Enam tahun tidak bersama, banyak dan sarat perasaan suka duka yang ditanggung bersama. Selamat kembali ke rumah sayang, semoga nanti kita akan lebih bahagia bersama. Semua kaum keluarga menanti dengan penuh gembira, semua kaum keluarga sangat merasakan ketiadaan yang sangat lama......

Zul turut meraikan..........

Turut gembira, kaunselor yang baik budi........






No comments:

Post a Comment