Wednesday, December 15, 2010

AMSTERDAM HISTORICAL MUSEUM


Tiba di Stesen Trem Dam Squqre
 Pagi itu kami naik tram ke Dam Square, untuk kali keduanya. Niat di hati nak tambah souvinir, jadi selepas shopping, kami berlegar-legar di Dam Square - satu kawasan lapang yang luas, tempat lepak-lepak di tengah-tengah kota Amsterdam. Mudah juga pakai one day ticket untuk berjalan keliling kota. Hari itu tujuan kami hanya untuk ke Historical Museum. Sedang menunggu tram, kami habiskan masa di Dam Square, tengok pertunjukan acrobat. Pertunjukan memang banyak di Amsterdam ini. Boleh dikatakan sepanjang jalan ada saja pertunjukan life yang berbagai-bagai - nyanyian solo, nyanyian berkumpulan, silap mata, akrobat, dan macam-macam lagi yang pelik-pelik dan menarik perhatian pelancong.

Pertunjukan akrobat yang menarik perhatian kami pagi itu, memang hebat - one man show yang menunjukkan kepakaran dalam pelbagai aktiviti - juggling and unicycling. Mula-mula dia meletakkan peralatan - tali sebagai border untuk penonton, basikal satu roda, battern berbentuk seperti botol boling dan parang panjang. Suspen juga, jadi kami buat keputusan untuk terus menikmati pertunjukan yang dijangkakan menarik itu. Mula-mula beberapa botol-botol boling seperti jamong zaman dahulu kala, dinyalakan apinya. Selepas itu sudah pastilah dia membuat aksi juggling botol-botol api itu, dan memang sangat menarik perhatian ramai. Dia memang nampak professional. Kemudian dia juggle botol api sambil naik unicycle. Akhir sekali dia juggle parang panjang - aduh takut, takut tersilap langkah, mesti berlaku kemalangan, rupanya tidak. Pertunjukan habis semua penonton memberikan tepukan gemuruh kerana kagum dengan bakat yang ditunjukkan. Ramai-ramai kami menghulurkan derma kerana menghiburkan kami. Lumayan juga menjadi penghibur jalanan.

Pintu Masuk HM
Selesai pertujukan kami naik trem ke Historical Museum, dengan bayaran ER20 seorang, kami meninjau-ninjau ke ruang pameran. Mula-mula kami disajikan dengan tayangan filem tentang sejarah Amsterdam sebuah bandar pelabuhan terkenal, sehinggalah menjadi sebuah bandar pelacongan yang indah dan unik. Selepas itu, papa terus ke ruang pameran yang dihajatinya, East India Company dan pelayaran mereka ke Asia Tenggara. Ruang pameran di tingkat tiga itu, memang menakjubkan pencinta sejarah. Tapi bagi kita yang terasa dijajah, memang sangat rasa terhina. Orang Barat memang pandai mengambil kesempatan. Segalanya memang diceritakan dengan menampilkan kehebatan mereka. Tapi tidak dapat dinafikan kalau tidak mereka yang menuliskan semua itu, kita tidak dapat melihat kebenaran apa pun, walaupun sejarah kita sendiri. Sebab itulah sejarah kita penuh dengan pandangan orang barat, kerana mereka yang menulis sejarah kita.



Sebahagian daripada bahan pameran di HM
Melihat pameran di HM menjadikan aku sedar, bahawa kita perlu serius menulis sejarah kita ikut kaca mata dan perspektif kita. Semoga impian ini menjadi kenyataan, dan kerajaan atau NGO perlu mempamerkan keadaan yang melambangkan perasaan kita, bukan perasaan orang yang berkepentingan seperti penjajah.

No comments:

Post a Comment