Sunday, March 26, 2017

ANUGERAH ALLAH ADANYA


Sudah hampir setahun emak terlantar di katilnya, sejak 24 April 2016 lagi. Sejak itu selepas dua minggu dia keluar dari hospital, emak menjalani fisioterapi, dan juga mengikut program mengurut. Semuanya dibuat untuk menjadikan  usaha dan ikhtiar kami, di samping mengambil ubat-ubatan yang perlu. Selainnya jagaan harian dibuat sendiri; cucian dan pakai lampin, makan minum dan lain-lainnya, serba serbi dibuat seadanya dan sebaik yang mampu untuk menjaganya. Bermula dari sejak itu emak terlantar di katilnya dan memerlukan jagaan. Oleh kerana akulah satu-satunya anak perempuan maka dia tinggal bersamaku dibawah jagaanku. Alhamdulillah syukur kepada Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang, suamiku dengan senang hati merelakan aku menjaganya. 

Mengadun pesakit diserang stroke, memerlukan kesabaran, dan memerlukan ketabahan. Dia yang sakit esosinya kurang stabil. Tindakannya juga kurang menentu, sekejap elok sekejap meragam, sekejap murung dan sekejap meracau. Jadi kita yang menjaganya perlu tenang, dan perlu stabil, jika tidak akan stress jadinya.

Alhamdulillah syukur adanya jua, sebab ada juga yang sanggup membantu dalam saat-saat yang sangat memerlukan. Tuhan lapangkan kakak Asriyah, Kak Cik Nurul dan Mak Su Junaidah, dapat menghulurkan bantuan masa dan tenaga, jika keadaan memerlukan aku keluar kawasan untuk urusan yang sangat perlu. Sesekali aku minta pertolongan adik Johari, tapi aku rasa isterinya tidak selesa untuk menguruskan kencing berak emak, sebab akhirnya dia tidak datang-datang lagi menjenguk emak bila diperlukan.

Oleh sebab terasa keseorangan dan sangat-sangat memerlukan bantuan, setiap hari  dipohonkan pertolongan Allah. Setiap hari diminta belas kasihan Allah kepada hambaNya yang tidak berdaya dan tidak lagi berupaya mengurus kehidupan ini sendiri.
"Ya Allah Engkau yang telah menetapkan takdir ini kepadaku. Aku sangat yakin ada kebaikannya kepadaku. Aku sangat yakin inilah yang terbaik untuk ku. Janganlah Engkau biarkan aku seorang diri menghadapi masalah ini. Bantulah aku Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku. Jadikan aku sabar, jadikan aku ikhlas dan jadikan aku redha atas segala pemberianMu ini, dan redhalah ke atas ku Ya Allah. Ya Allah aku sangat-sangat memerlukan bantuanMu. Bantulah aku, berilah aku seorang pembantu yang baik. Berilah aku seorang pembantu untuk dapat membantu menjaga emak ku, agar dia sempurna dalam sakitnya. Tolonglah aku ya Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui"

Begitulah, takdir Allah tiada siapa yang tahu melainkan Ia jua.  Tanggal 10 mac, kami mendapat seorang pembantu, Atilah yang akan membantu menguruskan emak. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah, Engkau hantarkan aku seorang yang dapat memberikan pertolongan dalam menjaga seorang yang amat aku kasihi. Semoga dapatlah aku berbakti kepada emak dengan sempurna, di samping dapat juga aku menjalani kehidupan ku seperti biasa, insyaAllah. Syukur Ya Allah atas anugerah yang ditakdirkan ini.

Wednesday, March 1, 2017

HAPPY BIRTHDAY BELUKAR LODGES


Berkumpul untuk kenduri selamat pembukaan rasmi
Tanggal 1 mac genaplah usia setahun Belukar Lodges (BL). Syukur alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah yang telah mengaturkan BL menjadi realiti keluarga kami. Mengadakan sesuatu memang mudah. Menguruskan sesuatu tidak semudah yang dibayangkan. Begitulah yang ditakdirkan. BL bermula dengan seorang tetamu anak Kampung Bayas, yang memilih untuk menginap di situ kerana urusan balik kampung dan hadir kenduri kahwin.  Dengan serba kekurangan kami mulakan juga membuka tempahan kepada pengunjung. Masa itu aircond dan tv pun masih belum dipasang. Lanskap pun masih baru disusun atur. Pendek kata semuanya masih di peringkat asas saja. Pengunjung pertama kami bagi tau "tak boleh sewa kat orang lagi, tak sesuai, kerana sangat kurang faciliti. Tapi kami terus bertekad perniagaan perlu diteruskan dengan apa cara sekalipun. 

Antara pelanggan awal Belukar Lodges (BL)


Kami mulakan dengan mengambil kira pandangan pengunjung untuk memperbaiki perkhidmatan. Jadi menyahut cabaran itu, kami ubahsuai katil queen, yang kononnya kurang mesra pelanggan, kerana agak tinggi.  Seterusnya kami pasangkan alat penghawa dingin  dan kami lengkapkan dengan tv. Kemudian kami beri tawaran harga murah semalam cuma Rm 100 sahaja. Kami juga indahkan lanskap dengan pokok-pokok bunga dan pokok hiasan.

Alhamdulillah, pada musim cuti sekolah itu kami lihat pertambahan pengunjung yang amat menggalakkan. Allah telah menghantar rezeki kepada kami, lebih kurang 30 malam pegunjung-pengunjung mengisi bilik-bilik kami yang enam buah itu. Sekarang genaplah setahun umurnya BL. BL juga telah diterima untuk online booking melalui Booking.com, Airbnb dan Traveloka. Semua ini amat membantu menyemarakkan jumlah pengunjung ke BL. Di samping itu banyak juga pengunjung menggunakan laman sosial FB. Semu itu takdir yang Allah tetapkan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan BL. Alhamdulillah.BL telah berkembang kepada  sebelas bilik yang bakal kami buka kepada pengunjung pada 20 Mac 2017 nanti sempena LIMA Langkawi. BL juga telah dilengkapi dengan pejabatnya sendiri dan tempat parkir kereta untuk kemudahan pelanggan.

Harapan kami BL akan terus maju menjadi legasi keluarga yang dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat insyaaAllah. 

Sebahagian pelanggan BL di hadapan pejabat baru

UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA



Bukan senang nak jadi baik, bukan susah nak jadi jahat." :/ 
BANYAKKAN BERDOA KEPADA ALLAH DIA MAHA PENYAYANG
BERSERAHLAH HANYA KEPADANYA DALAM APA JUA YANG KITA LAKUKAN
KITA HANYA MAMPU BERUSAHA DIA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

You know you are getting attached to the dunia when;

1. You don't plan your time around solat (praying) time.
2. A whole day or two passes and you don't open your Quran because you are too ‘busy’.
3. You care so much about what people say about you.
4. All you care about is how to accumulate more and more wealth.
5. You argue unnecessarily when you are told something you are used to doing is haram.
6. You keep on delaying good deeds - I’ll do it tomorrow, or the next, etc.
7. A new gadget comes out and you’re already thinking what you’re going to sell to obtain it.
8. The lives of celebrities interests you.
9. The lifestyle of the rich impresses you.
10. You want to be the centre of attention.
11. You compete with each other for worldly matters/things.
12. Your thirst for power and glory cannot be quenched.
13. You fall into depression each time you don't get what you want.
14. Minor sins don't really mean anything to you.
15. You aren't able to stop the haram immediately and keep on procrastinating and delaying taubah.
16. You aren't ready to displease people to please Allah.
17. You care a lot about what's in vogue (you want to belong).
18. You plan far far ahead into the future.
19. Seeking for Islamic knowledge comes secondary (that's if it ever comes) after pursuing your future career.
20. Your friends aren't the type that remind you of Allah.
21. You regard people as successful according to their status in this world.
22. A whole day passes without you thinking of death.
23. You can afford to waste so much of your time doing things that wont benefit you in the hereafter.
24. Doing acts of ibadah becomes very difficult for you.
25. You can't seem to be able to change your extravagant lifestyle despite knowing Allah dislikes the extravagant.
26. You love visiting the lands of the kuffar.
27. You are told about the dangers of consuming riba yet you argue that this is the only way you can survive. You add that if you find a better halal in come you’ll change.
28. You want to live life to the fullest.
29. You care so much about your physical appearance.
30. You believe the end of time is still far far away.
31. You see things happening to others and you don't stop to think it could happen to you too.
32. You bury the dead yet you don't learn anything from it.
33. You want to ‘make ends meet’ by all means.
34. You are always in a haste to finish your prayer and continue with what your doing.
35. You don’t think that today could be your last day.
36. You are solely comforted by luxury (not by the remembrance of Allah).
37. You don’t ask Allah for paradise the way you ask for your dunia.
#islamistheway
/copypaste