Sunday, November 1, 2020

NIKMAT SYURGA - USTAZAH ZAI

 

 FB LIVE USTAZAH ZAI : Daripada Buku Angan-Angan Ke Firdaus

Tujuan hidup kita cuma ada 2 sahaja iaitu syurga atau neraka, kita mesti tentukan di dunia ini juga. Kita perlu berusaha kuat untuk mendapatkan syurga dan menghindari neraka. Pilihan di tangan kita dengan izin Allah. Syurga itu benar, Allah banyak menggambarkanbahawa  di syurga itu banyak nikmat yang  Allah sediakan, antara kenikmatan syurga adalah seperti berikut.

Sahabat bertanya dari apakah dibuat syurga itu? Drp Abu Hurairah, Nabi  bersabda,  syurga  dibuat dari air. Satu  bata dari emas, 1 bata dari perak, lantainya dari kasturi yang semerbak harum, tanak  dr zakfaran,  kerilkilnya mtuiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang  tidak  akan merasa susah, kekal tidak mati, pakaiannya tidak lapuk, tidak berubah mukanya, tidak akan tua sampai bila-bila.

 

Nabi  terus bersabda, dalam syurga ada satu pohon  besar rimbun  dan rendang luas naunganya, sehingga di bawahnya bila seorang yang berjalan dengan kenderaanya, di bawah naungan itu  sehingga 100  tahun berjalan tidak habis,  dan tidak putus naungannya.

 

Nabi berfirman lagi syurga itu seluas langit dan bumi, kesenangannya tidak  pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, tidak pernah terlintas dalam hati, yakni perasaan manusia dan tempat pecut di dalam syurga  lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Apa nikmat yang orang lain dapat di dunia pecut untuk dapat di syurga, doakan apa yang diinginkan. 

 

Ibn Abbas berkata sesungguhnya dalam syurga ada bidadari yang dijadikan daripada empat macam jenis wangian disyurga  iaitu misk, anbar,  kaafur, dan zakfaran. Sedang tanahnya syurga itu  dicampur dengan air hidup dan setelah dijadikan ahli syurga itu,  maka semua bidadari akan jatuh cinta kepada ahli syurga, andai ia berludah air liur ke laut air laut tentu akan menjadi tawar airnya,  hilang masinnya.  Tercantum di lehernya, siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku mestilah ia, hendaklah ia taat kepada TuhanKu.  Maknanya hanya taatkan Allah.

 

Mujahid berkata, Bumi syurga dari perak, tanahnya dari misk, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang didahannya dari mutiara dan zabarjan sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan buahnya sambil berdiri, tidak sukar dengan duduk, tidak sukar sambil berbaring, dan kemudian dibacakan ayat agar dimudahkan dengan buah-buahan, sehingga semudah-mudahnya sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan yang berbaring. Maknanya mudahnya untuk makan, jika teringin sebarang jenis buah-buahan di syurga tak payah susah-susah. Buah datang ketika engkau berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, ia tidak berbiji buahnya dan tidak perlu di kopek. 

 

Abu Hurairah berkata demi Allah yang menurunkan kitab kepada Nabi Mohamad saw, sesungguhnya ahli syurga setiap saat bertambah elok cantik, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua tapi di syurga bertambah muda bertambah elok. Abu Lais meriwayatkandengang sanadnya dari Shuaib ra, berkata Rasulullah bersabda   apabila ahli surga itu masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan ‘Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu’, mereka berkata apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amalan kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatnya. Demi Allah yang jiwaku  ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat  zat Allah. Penghuni neraka terus sesal dan amat cemburu melihat nikmat ahli syurga.

 

No comments:

Post a Comment