Tuesday, November 24, 2020

JURNAL KEDAH DARI SEGI SEJARAH (KDSS) dan CETERA

 

SENARAI JURNAL KEDAH  DARI SEGI SEJARAH (KDSS) dan CETERA

TAHUN

JILID

BIL

TAJUK JURNAL

BENTUK

SEMPENA/

CATATAN

8/1965

1

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Stensilan

Terbitan/ siaran pertama Keluaran Khas Pulau Langkawi 1

6/1966

2

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Stensilan

 

5/1967

2

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Stensilan

Rm 1.20

bukan ahli

??

-

-

Kedah Di Zaman Silam

Stensilan 

Zaman Sultan Sulaiman Shah Ke-2 oleh Ibrahim bin Ismail

6/1968

3

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Buku

Rm 1.50

bukan Ahli

4/1970

4

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Buku

Rm 1.50 

bukan ahli 

8/1971

5

1

Kedah Dari Segi Sejarah (terbitan khas)

Buku

 Pulau Langkawi Keluaran khas Pulau Langkawi 2

12/1972

6

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Buku

Rm 1.50

bukan Ahli

7/1976

7

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Buku

Rm 2.00

bukan Ahli

4/1979

8

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Buku

 

7/1976

7

1

Kedah Dari Segi Sejarah

Buku

Rm 2.00

bukan Ahli

1/1980 -

-

Jurnal PSMCK (terbitan khas)

 Lembah Bujang Entrepot Terbilang

Buku

Sempena Perayaan Ulangtahun ke-50 Keputeraan DYMM Sultan Kedah & Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang

11/1981 9


Jurnal PSMCk Lindungan Bulan (terbitan khas) Buku

Sempena Konvensyen Sejarah Kedah28 Nov – 2 Dis 1981

7/1983

10

1
Kedah Dari Segi Sejarah Buku
12/1987

11

1

Kedah Dari Segi Sejarah Buku

 


2012

13

1

Kedah Dari Segi Sejarah BUKU

 

  JILID 13*
1995

 12

1
Cetera
BUKU

 BIL 1

 2006

2017

 13

1

Bil 3

Cetera

Cetera

 BUKU

BUKU

 BIL 2

BIL  3*

 

Masyarakat negeri Kedah amat bertuah kerana terdapat banyak penulisan sejaran Kedah silam dapat dibaca sekarang. Hal ini terjadi kerana Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) didapati telah banyak menghasilkan penulisan berbentuk buletin, jurnal dan buku. Penulisan berbentuk sejarah dalam Buletin Lindungan Bulan, Jurnal Kedah dari Segi Sejarah (KDSS), Jurnal CETERA dan buku-buku, telah memberikan sumbangan menyimpan khazanah sejarah silam negeri Kedah untuk tatapan masyarakat kini. Kita amat berterima kasih kepada PSMCK kerana atas initiatif Ahli Jawatan Kuasa, banyak bahan sejarah tercacat dan terakam untuk dinikmati masyarakat kini.

Sehubungan itu kita dapat lihat PSMCK telah menerbitkan  Jurnal Kedah Dari Segi Sejarah (KDSS) seawal tahun 1965 lagi. Terdapat satu keluaran jurnal KDSS   berjudul Kedah Di Zaman Silam. Namun entah kenapa Kedah Di Zaman Silam tidak diteruskan penerbitannya.

Jika diteliti bentuk penerbitan KDSS, untuk 4 keluaran terawal sehingga tahun 1967   ia diterbitkan dalam bentuk stensilan. Selepas itu dalam tahun 1968 PSMCK telah mengorak langkah lebih maju,  mengeluarkan Jurnal KDSS  dalam bentuk buku pula. Jurnal KDSS ini diterbitkan setahun sekali dengan menghimpun pelbagai artikel mengenai sejarah Kedah. Isinya lebih berbentuk separa ilmiah. Kesimpulannya  KDSS telah dikeluarkan sebanyak 15 kali, namun  terdapat 4 buah  Terbitan Khas iaitu 2 buah terbitan khas Pulau Langkawi, Jurnal sempena Perayaan Ulangtahun ke-50 Keputeraan DYMM Sultan Kedah & Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Jurnal  Sempena Konvensyen Sejarah Kedah  yang diadakan pada 28 Nov – 2 Dis 1981. Jadi untuk tidak mengelirukan, terbitan jurnal terkini KDSS, telah diterbitkan sebagai  bilangan 13 pada tahun 2012.  Kini dalam era tahun 2020 PSMCK akan menerbitkan Jurnal KDSS Bilangan 13, diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris pula, bertajuk Kedah in History. Buku ini diusahakan terjemahannya oleh PSMCK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan  Negeri  Kedah.  Semuanya dilaksanakan kerana menjunjung  titah perintah DYMM Tuanku Sultan Kedah untuk menambah bahan bacaan sejarah yang boleh diakses oleh semua orang dari seluruh dunia.  PSMCK amat bersyukur dan berterima kasih kerana buku ini ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Muzium Negeri Kedah. InsyaAllah Kedah In History akan diterbitkan awal Januari 2021.

Di samping itu, terdapat satu lagi Jurnal bertajuk CETERA. Cetakan  yang pertama dikeluarkan pada tahun 1995.  Cetakan keduanya pula ialah pada tahun 2006 iaitu sempena sambutan 50 tahun PSMCK. Jika diteliti isinya, CETERA ini persembahannya tentang sejarah lebih berbentuk ilmiah. Sehubungan itu PSMCK terus mengeluarkan buku Jurnal CETERA  Bilangan 3, yang telah memuatkan  banyak artikel untuk merakamkan pelbagai aspek  sejarah negeri Kedah pada tahun 2017. 

Bagi memeriahkan lagi bahan bacaan berunsur sejarah, PSMCK juga telah menerbitkan beberapa buah buku sejarah iaitu Kedah Dalam Warisan Sejarah dan Budaya Nusantara oleh Dato Wira Wan Shamsuddhin Wan Yusof, dan Kota Seputih Lindungan Bulan Sebagai Pusat Pemerintahan Kedah Darul Aman 1323-1626 oleh Dato Shaarani Haji Hassan dan Dr Ibrahim Bakar Langkawi. Selain itu buku At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi ditransliterasikan oleh Dr Ibrahim Bakar Langkawi. Sebuah lagi buku yang ditransliterasikan ke rumi ialah Peringatan Raja-Raja Kedah juga berjaya diterbitkan oleh PSMCK. Akhir sekali sebuah lagi buku tentang sejarah negeri Kedah Utara dan Perlis telah berjaya diterbitkan berjudul Rahsia Kota Palas.

Kita berharap semoga pada masa akan datang, PSMCK akan menerbitkan lebih banyak lagi buletin, jurnal dan buku  insyaAllah. Bersesuaian dengan perkembangan media elektronik PSMCK sedang berusaha ke arah mengeluarkan bahan penulisan sejarah Kedah dalam bentuk digital pula insyAllah. Semoga usaha ini akan memeriahkan lagi koleksi bahan tentang sejarah yang perlu dinikmati oleh masyarakat sekarang ini.


 

No comments:

Post a Comment