Monday, August 17, 2009

KONFLIK BUDAYA


Di sultanah Bahiyah kalau nak bagi orang marah suruh anak tukar sekolah. Cakaplah sebab apapun depa akan patah balik kata nanti tengok dulu. Atau yang lebih agresif akan marah balik kat kita. Atau yang lebih telus, terus bagi tau malu la kami, kena buang dari sekolah ni. Ramai orang kata nak anak pandai bagi sekolah elok. Sebab tu di Alor Setar ni ramai mak bapa tipu alamat masa daftar anak supaya anak boleh masuk Taman Uda, Taman Rakyat atau Asma. Sampai sekolah menengah mesti masuk Bahiyah atau Syed Omar.

Memang ada betulnya juga, kalau budaya sekolah elok, anak boleh belajar lebih elok. Tapi yang tak tahan, anak yang tak sama sosio ekonomi akan ada konflik budaya. Kalau anak dari keluarga yang biasa dengan buku, biasa dibimbing keluarga, danada konsentrasi dari segi budaya bekerja, maka boleh belajar dalam keadaan yang mencabar. Mereka faham apa yang cikgu ajar. Depa buat kerja rumah, depa lulus dengan baik dan tidak terlibat dengan unsur negatif. Jadilah mereka pelajar yang berjaya, yang tidak menimbulkan apa-apa masalah. Sebaliknya yang mengharapkan sekolah bagi anak jadi pandai, anak tidak buat kerja sekolah, anak tak datang sekolah, anak lap kelas dan sebagainya, sibuklah kami menguruskan mereka - suruh dok dalam kelas, suruh datang sekolah.suruh baca buku, suruh pas periksa dan macam-macam lagi.

Bila panggil mak bapa datang depa kata tak sempat, ada di luar kawasan dan macam-macam alasan lagi. Banyak masa terbuang tapi hasilnya tak seberapa. Kalaulah anak ini berada dalam kumpulan yang sama-sama lemah bolehlah mereka diberi pemulihan. tapi di sekolah yang semua pelajar sudah pandai, maka anak lemah yang diharapkan pandai oleh mak bapa, akan hanyut kerana budaya di sekolah tak sama dengan budaya di rumah.

No comments:

Post a Comment