Teh yang pernah disayangi sepenuh jiwa raga....... |
Mengenang anak bongsu masa kecil-kecil, banyak yang boleh dipelajari dan dikongsi bersama. Adik dilahirkan enam tahun lebih muda dari kakaknya. Jadi ada jurang generasi, antara adik dan alang. Selalunya alang akan bermain dan membuat apa saja bersama angah. Adik akan tersisih kerana pemikirannya tidak sama disebabkan umur yang jauh berbeza. Jadi, adik seolah-olah membawa diri, dia sendiri-sendiri, kalau tidak dengan mama. Dia selalu main seorang, dan buat kerja pun sorang-sorang, kalau mama sibuk.
Sudah remaja........ |
Boleh bantu mengasuh....... |
Selalu juga aku mengintai-intai adik. Adik bawa bukunya, duduk di belakang sambil menunggu aku masak atau mengemas-ngemas di dapur. Sesekali aku dengar adik berbual-bual. Rupanya adik berbual-bual dengan Tubi dan danChak. Tubi di sebelah kanan dan Chak di sebelah kiri. Sambil memberi arahan, tangannya membelai-belai kucing-kucing itu,
' Duduk elok-elok kakak nak baca buku ni.'
Dia membelek-belek bukunya yang masih belum dapat dibacanya lagi, sekadar melihat-lihat gambar saja. Dengan Chak dan Tubee, adik rasa sangat stabil perasaannya. Dia rasa ditemani, dan dia rasa sangat 'besar', kerana selalu membahasakan dirinya sebagai kakak, walaupun sebenarnya dia adik. Dengan ditemani kucing kesayanganya, adik tidak stress, adik tidak kesepian, dan adik tidak rasa tersisih. Dengan ditemani 'sahabatnya' itu, adik dapat berkembang menjadi seorang yang prihatin, seorang yang mudah berkomunikasi,
matang dan sangat berdikari.
Bersemangat waja....... |
Sekadar hiasan saja..... |
No comments:
Post a Comment