Wednesday, November 6, 2019

TOKOH GURU KEDAH 2019 - SUMBANGAN KOKURIKULUM



ANTARA SUMBANGAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM SEPANJANG BERADA DALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

 1. Pasukan Kadet Polis Sekolah SMK Sultanah Bahiyah


Pihak sekolah telah memberikan perhatian dengan membuat perancangan bagi memantapkan pasukan Kadet Polis. Pelbagai langkah dilaksanakna iaitu dengan membuat pemilihan set guru yang betul-betul berminat memimpin Pasukan Polis sekolah. Guru-guru terlibat dihantar berkursus bagi melengkapkan diri mereka tentang ilmu-ilmu kepolisian. Mereka sentiasa diberi ruang untuk kemudiannya membimbing pelajar-pelajar supaya siap siaga pada setiap masa, dengan merancang kem, kursus dan bengkel yang bersesuaian. Perkara penting yang difokuskan ialah disiplin diri dan semangat kerja berpasukan atau team-work yang mementingkan we-feeling atau semangat kekitaan yang kental dalam melaksanakan sebarang tugas dan cabaran. Pelajar juga dipupuk oleh guru-guru semangat sayangkan pasukan polis sekolah dan sanggup berkorban masa tenaga dan wang ringgit untuk kecemerlangan merka semua.

Di samping itu sekolah juga mendapatkan khidmat kepakaran dari Jurulatih Luar dan nasihat serta bimbingan dari Polis Diraja Malaysia, untuk memantapkan teknik dan kecekapan  dalam kawad kaki. Dengan ini pelajar sentiasa terdedah dengan teknik-teknik terkini yang membolehkan pasukan sekolah menjadi unggul dan disegani dari aspek kawad kaki. Jurulatih-juru latih ini bertanggung jawab menyediakan kerangka bagi menyediakan kekuatan minda dan juga kekuatan rohani, serta kekuatan fizikal demi menyediakan diri untuk mencapai kecemerlangan dalan pasukan polis seperti menembak, dan aktiviti-aktiviti lain semasa perkhemahan sama ada  di peringkat negeri atau kebangsaan. Fokus utama ialah aspek kawad kaki yang memerlukan disiplin, teknik dan kreativiti bagi menyerlahkan persembahan kawad pasukan kadet polis ini.

Tidak ketinggalan juga sekolah mempunyai hubungan baik dengan PIBG sekolah. Mereka memberikan perhatian yang tinggi kepada Pasukan Kadet Polis dengan memberikan peruntukan wang yang banyak untuk sebarang aktiviti yang diadakan. PIBG juga memberikan komitmen masa dan tenaga untuk memberikan semangat kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat dengan kadet polis. Yang manisnya PIBG sentiasa memberikan insentif kepada guru, pelajar dan juru latih luar sebagai menghargai komitmen mereka yang tinggi. Hal ini menjadikan guru-guru dan pelajar semakin bersemangat dalam menghasilkan kecemerlangan terutamanya dalam kawad kaki.

Di samping itu hubungan erat dengan komuniti luar, iaitu pihak Polis Kontingen Kota Setar dan ibu angkat Polis yang sangat berminat dengan pasukan kadet polis sekolah menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pasukan kadet polis. Melalui kerjasama dan hubungan baik inilah dapat dilaksanakan
pelbagai program seperti perkhemahan, kem jati diri, dan lain-lain lagi. Polis Kontingen Kota Setar telah membantu banyak perkara seperti kepakaran, khidmat nasihat, peralatan dan berbagai-bagai lagi sumbangan yang diperlukan oleh pasukan kadet polis sekolah hingga menjadi satu pasukan yang mantap kuat dan segak bergaya. Pasukan kadet sekolah sangat digeruni oleh pasukan kadet sekolah lain di daerah Kota Setar dan juga pasukan kadet polis di seluruh Negeri Kedah. Sebab itulah pasukan kadet polis SMKSB boleh dikatakan setiap tahun menjulang gelaran Juara kerana memenangi pertandingan kawad kaki di peringkat daerah dan negeri sebagai Johan daerah dan Johan Negeri sehingga pernah menjulang Johan Peringkat Kebangsaan.
  
Disebabkan kecemerlang itu maka sekolah  SMKSB telah dipilih sebagai sebuah sekolah mewakili negeri Kedah sebagai sekolah yang menjadi Finalis Pasukan Beruniform Cemerlang. Inilah  watak sekolah yang Berjaya dibina dengan kerjasama semua pihak dan mendapat sokongan dari PPD Kota Setar dan JPN Kedah. Aspek inilah yang menjadi Niche Area sehingga sekolah telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan SKK


2. Menubuhkan Pasukan Orkestra SMK Sultanah Bahiyah dan  
    Pasukan Angklong Asrama SMK  Sultanah Bahiyah

o   Melengkapkan guru untuk memimpin orchestra dan pasukan Angklong Asrama.

o   Bersama PIBG mencari, dan mengumpulkan dana untuk pembelian instrument penting dan perlu, serta pembelian uniform.

o   Menyediakan jurulatih professional untuk membimbing pelajar-pelajar belajar nota musik.

o   Mengatur program latihan kemahiran musik kepada pelajar – kemahiran membaca note dan kemahiran menggunakan instrument. Memilih guru terlatih mengajar kemahiran musik, sehingga pelajar mampu bermain alat musik.

o   Memberi  dan memupuk kesediaan mental dan percaya diri pelajar sehingga berupaya membuat persembahan di sekolah dan di pentas lain apabila mendapat jemputan.

o   Menyediakan bilik latihan pasukan angklong dan bilik latihan pasukan orchestra.



No comments:

Post a Comment