Tuesday, November 19, 2019

BERKONGSI 2019


Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah, usia masih dipanjangkan lagi. Masih sihat dan masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa lagi bersama keluarga yang kau pinjamkan ya Allah. Amat banyak sekali peristiwa yang dilalui sepanjang tahun ini. Semuanya mewarnai kehidupan singkat yang kau berikan untuk kami nikmati sebelum dijemput pulang mengadapMu. Ya Alah ya Rahman ya Zaljala liwalikram.

Majlis persandingan di Royal Kedah Club
Ingin ku turunkan di sini  sebahagian gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang tahun buat ingatan dan kenang-kenangan. Mudah-mudahan semuanya bakal memberi manfaat untuk anak cucu, kaum keluarga dan sahabat handai yang menyaksikan.

Majlis sambut menantu di TH Hotel 21.1.19 
Awal tahun 2019, diserikan dengan seluruh keluarga meraikan majlis pernikahan adik dengan pemuda pilihannya Mohd Asfar Yusof. Kami amat bersyukur 19.1.19 adik menamatkan zaman bujangnya. 20.1.19 kenduri yang meriah tapi sederhana diadakan untuk menyambut angota baru dalam keluarga kecil kami.

Sungguh amat bersyukur sebab selesailah sudah tanggung jawab kami kepada semua anak yang telah berjaya menyelesaikan tugas menuntut ilmu. Mereka sudah bekerja dan kini memulakan kehidupan berumahtangga seperti yang dituntut sunah Nabi yang kita kasihi.

Bulan-bulan berikutnya papa sangat sibuk dengan urusan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK). Mama turut memberi sumbangan di mana yang perlu. Bermula dengan penyediaan teks untuk sidang akhbar YB Asmirul kerana isu Tugu Jepun yang telah  dipolitikkan.

Kemudian sibuk pula menyediakan kata-kata Alu-Aluan Tuanku Sultan, YB Menteri Besar dan YB Asmirul, untuk buku prgram Majlis santapan Malam menjunjung kasih ke bawah duli Tuanku sebagai Penaung PSMCK pada 21 Jun 19. Diikuti pula dengan penyediaan Buletin Lindungan Bulan untuk mesyuarat agong PSMCK pada 30 Jun 19. Selepas itu hidup kami mula berubah bila papa dilantik sebagai Pengerusi PSMCK mnegantikan Dato Wira Wan Shamsuddin yang melepaskan jawatan kerana sudah kurang sihat.

Papa sudah mula terlibat macam-macam mesyuarat dan pelbagai aktiviti muzium kerana, Pengerusi PSMCK juga menjadi Ahli Lembaga Muzium  Negeri. Pernah juga dijemput untuk menggubal Dasar Kebudayaan Negara mewakili PSMCK.

Turut serta ceramah Kedah menerma Islam abad ke-12 di SP
Ceramah kemerdekaan di JNJK
Berikutan itu mulalah papa berceramah, dijemput pelbagai agensi, seperti Jabatan Zakat, Jabatan Warisan dan Arkeologi Kedah Tua, Galeria Perdana Langkawi, Muzium Kota Kuala Kedah, Perbadanan Perpustakaan negeri, Jemaah Nazir Negeri Kedah, dan Muzium Negeri Perlis. Sempena bulan kemerdekaan buat pertama kali papa ke udara bersiaran di Radio Alor Setar. Juga sama-sama menghayati kemerdekaan dengan ceramahnya di sekolah

10 Okt 19, Tuaku Sultan perkenan menerima mengadap Pengerusi PSMCK yang baru. Alhamdulillah nota mengadap dapat disiapan bersama AJK dibantu oleh Timbalan Pengerusi Tuan Shamsul Anuar. Lama juga sesi mengadap keran tuanku sungguh berminat dengan sejarah khususnya sejarah kesultan Kedah.
Barisan AJK yang kunjung mengadap
Menyampaikan taklimat progam yang bakal dilaksanakan

No comments:

Post a Comment