Wednesday, November 6, 2019

TOKOH GURU KEDAH 2019 -SUMBANGAN DALAM MASYARAKAT


BERIKUT DIKONGSIKAN ANTARTA SUMBANGAN  DAN PENGLIBATAN DALAM KOMUNITI SEPANJANG PERKHIDMATAN

1.       Sekolah Menjadi Sebagai Penanda Aras Dalam Bidang Kecemerlangan Akademik, Kecemerlanagan Asrama, dan kecemerlangan ko-kurikulum

Kecemerlangan Akademik:

Pengurusan sekolah

SMKSB banyak menerima lawatan penanda aras dari Pengurus sekolah sama ada Pengetua-Pengetua, Penolong Kanan atau Guru Kanan   seluruh Malaysia, terutamanya yang datang berkursus di Institut Aminudin Baki  (IAB)  Cawangan Utara.  Fokus  utama  lawatan mereka ialah perKongsian pintar tentang aspek pengurusan sekolah, program kecemerlangan akademik, kecemerlangan ko-kurikulum dan kecemerlangan asrama. Kedatangan mereka akan dipenuhi dengan acara taklimat atau Ceramah dan sola jawab dengan Pengetua, Pengurusan  sekolah dan guru-guru tentang bidang-bidang yang menjadi fokus utama lawatan. Kemudian akan diikuti  dengan lawatan ke lapangan iaitu ke bilik-bilik khas, perpustakaan atau asrama mengikut keperluan fokus lawatan mereka

Pengurusan Akademik

Di samping itu, banyak sekolah di daerah Kota Setar dan daerah-daerah lain di negeri Kedah dan ada juga sekolah-sekolah lain di luar Kedah yang telah  mengadakan program perkongsian pintar dengan SMK Sultanah Bahiyah untuk mendapat taklimat tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai kecemerlangan dalan bidang akademik sehingga pencapaian akademik dapat dikekalkan di tahap cemerlang dalam semua peperiksaan awan PMR, SPM, dan STPM. Bukan itu sahaja jumlah calon yang mencapai semua A dalam peperiksaan awam juga terus meningkat sehingga standing dan sebaris dengan pencapaian pelajar-pelajar  sekolah kluster, dan sekolah primier daerah dan negeri.  Oleh itu pihak sekolah lain mengadakan perkongsian pintar dengan membawa Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, guru-guru  dan pelajar-pelajar. Selalunya sekolah-sekolah yang mengadakan lawatan penanda Aras akan diberikan taklimat dan Ceramah tentang program-program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan. Selepas menyampaikan Ceramah tentang program kecemerlangan, akan diadakan pula sessi soal jawab, supaya pelawat akan dapat berkongsi pengalaman. Selepas itu akan diadakan lawatan untuk melihat atau merasai sendiri apa yang disampaikan di dalam ceramah dan soal jawab.

Kecemerlangan Pelajar

Ada juga lawatan penanda aras terdiri daripada pelajar-pelajar yang melawat sekolah dan tinggal selama sehari untuk turut belajar dalam kelas bersama pelajar-pelajar lain, terutamaya belajar dengan Guru Cemerlang Bahasa yang melahirkan ramai pelajar A seperti Bahas Melayu Tingkatan 5. Di samping itu jika pelajar sekolah kebangsaan mereka ingin mendapat motivasi dari pihak sekolah supaya mereka boleh berusaha meningkatkan kecemerlangan bagi melayakkan mereka masuk ke SMKSB. Untuk pelajar sekolah rendah selepas taklimat mereka akan mengadakan program mentor mentee dan pembimbing rakan sebaya bagi merangsang semangat belajar untuk lebih cemerlang.

Kecemerlangan Asrama

Sekiranya lawatan penanda aras bertujuan meninjau kecemerlangan asrama, setiap sekolah yang melawat  terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru, warden dan pelajar asrama.  Lawatan ini akan dipenuhi acara ceramah dan soal jawab dan perkongsian pintar bersama pelajar-pelajar asrama. Lawatan ke asrama akan memakan masa yang lebih lama, kerana kecemerlangan asrama memerlukan komitmen guru-guru, warden dan pelajar, jadi program di asrama akan melibatkan forum dan bengkel bersama pelajar-pelajar dari sekolah yang datang melawat.

Kecemerlangan Ko-kurikulum

Begitu juga jika lawatan penanda aras bertujuan melihat kecemerlangan ko-kurikulum, biasanya acara ceramah dan soal jawab akan diikuti oleh program bersama pelajar kadet polis yang terlibat kerana kadet polis adalah watak sekolah. Peserta-peserta lawatan juga lebih banyak terdiri daripada pelajar yang ingin melihat sendiri bagaimana penglibatan pelajar dapat merealisasikan kecemerlangan dalam ko-kurikulum sehingga kadet polis menjadi cemerlang di peringkat negeri Kedah sehingga ke peringkat kebangsaan.


2.        Japan Festival 2009 Alor Setar

-          Menerima tawaran Consulate-General Of Japan, Penang untuk menjadi pengajur bersama dan menyediakan venue untuk  Japan Festival Peringkat Utara, bagi nergeri-negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Festival in terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan sekolah-sekolah di negeri-negeri tersebut di atas, yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Jepun kepada pelajar mereka. Semua urusan surat jemputan diuruskan oleh Kedutaan Jepun di Pulau Pinang. Semua program dan peralatan juga di sediakan oleh Kedutaan.
-          Sekolah menguruskan aturcara majlis dan perasmian oleh PPD Kota Setar,  dan menyediakan guru-guru yang akan menguruskan Program yang diatur yang akan berlangsung sepanjang satu hari dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Acaranya ialah seperti berikut,  Tea Ceremony, Flower Arrangement and Workshop, Origamy Workshop, Kimono Demonstration, Japanese Language Class and Culture
-          Membentuk JK Guru dan pelajar bagi menyediakan peralatan bagi program tersebut di atas. Guru juga menyediakan pelajar seramai 400 orang untuk terlibat dalam aktiviti yang disediakan. 
-          Guru menyambut  tetamu jemputan dan Guru menjadi fasilitator program bagi peserta yang mengambil bahagian.
-          Menyediakan jamuan untuk VIP (PPD KS), anggota kedutaaan Jepun, dan JK guru-guru dan pelajar
-          Membuat pembersihan dan menyimpan barangan selepas program
Dianggarkan seramai 300 jemputan luar yang hadir menjayakan Festival tersebut dan pihak kedutaan sangat berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan itu.

No comments:

Post a Comment