Tuesday, November 5, 2019

TOKOH GURU DAERAH KOTA SETAR 2018 DAN NEGERI KEDAH 2019


Catatan di bawah dipetik daripada borang pencalonan Tokoh Guru Peringkat Daerah Kota Setar 2018 dan Negeri Kedah 2019. Semoga ia menjadi ingatan sebagai sebahagian daripada tugas yang pernah dilaksanakan sepanjang bertugas menjadi seorang guru.

SUMBANGAN PROFESSIONAL DALAM BIDANG KEGURUAN


Banyak terlibat dalam bidang akademik terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).

1    1. Mula menjalankan tugas sebagai Pemeriksa kertas soalan Bahasa Melayu Kertas 1 STPM (Esei), sejak tahun 1981, semasa Peperiksaan Higher School Certificate /STPM masih lagi di bawah kelolaan University of Cambridge dengan kerjasama Universiti Malaya. Selepas itu pada tahun 1892,  dilantik sebagai Ketua Kumpulan Pemeriksa Kawasan Tengah (Negeri Perak) bagi mata pelajaran Bahsa Melayu Kertas 1.

Selepas peperiksaan STPM dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada tahun 1983, telah dilantik pula sebagai Ketua Kumpulan Pemeriksa Kawasan Utara (Pulau Pinang, Kedah Perlis) bagi mata Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 (Esei) sehingga tahun 1993.

Ketua Kumpulan bertanggung jawab  mengelolakan 10 orang pemeriksa dalam kumpulan, iaitu guru pemeriksa  di  Kawasan Tengah (Perak) dan Kawasan Utara (Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis). Setiap Ketua Kumpulan bertanggung jawab kepada pemeriksaan skrip jawapan kepada lebih kurang 200 orang calon setiap orang pemeriksa. Ini bermakna lebih kurang 2000 skrip jawapan  calon  yang dipertanggungjawabkan untuk diperiksa, disemak dan diselaraskan dalam  setiap kumpulan.  Ketua Kumpulan menyelaraskan pemeriksaan yang dibuat oleh pemeriksa-pemeriksa di bawah seliaannya,  dengan membuat pemeriksaan semula dan membuat  penyelarasan markah, supaya selaras mengikut skema  pemarkahan yang telah ditetapkan oleh University of Cambridge dan  Majlis Peperisaan Malaysia.

2    2. Penggubal Soalan
Sehubungan itu, oleh kerana Majlis Peperiksaan Malaysia baru mengambil alih tugas peperiksaan STPM daripada Universiti Cambridge, maka MPM memerlukan himpunan soalan-soalan untuk dilengkapkan dalam Bank Soalan MPM. Maka  kemudiannya telah dilantik pula sebagai Penggubal Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 (Esei), dan Kertas 1 (soalan Aneka Pilihan).
Tanggungjawabnya ialah menyediakan soalan-soalan untuk simpanan bank soalan MPM, bagi kedua-dua kertas 1 dan 2. Selepas menyediakan soalan kemudian dilantik pula sebagai Pentaksir bagi soalan-soalan Kertas 1 dan Kertas 2, sebelum diterima untuk dimasukkan ke dalam stok soalan di bank soalan MPM.

3    3. Pentaksir Skema Jawapan
Selepas itu semua soalan yang telah diterima untuk simpan bank soalan MPM, maka akan digubal skema pemarkahan bagi soala-soalan terplih. Sema skema yang digubal oleh penggubal kemudiannya perlu dilakukan pentaksiran kepada skema jawapan.  Inilah yang dilakukan oleh jawatankuasa pentaksiran skema jawapan bagi memastikan skema jawapan boleh diterima pakai kesahannya dan skema tersebut boleh dijadikan panduan bagi membantu pemeriksa-pemeriksa dari seluruh negara semasa memeriksa skrip jawapan calon peperiksaan. 


1    4. Penggubal Silibus Baru Bahasa Melayu STPM
Dalam Tahun 1990 MPM telah melantik JK menggubal Silibus baru bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Jadi terlibat pula membincangkan item-item penting dalam silibus, sehingga membentuk dua komponen penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu 1 dan Bahasa MElayu 2. Panel membuat pilihan komponen dan topik yang akan dimasukkan dalam silibus. Panel memutuskan  Kertas 1 akan mengajarkan pengetahuan tentang sejarah dan system bahasa, yang akan disoal dalam bentuk soalan aneka pilihan iaitu ojektif. Manakala Kertas 2 pula akan menguji kebolehan mengarang pelajar dalan penulisan karangan. Kemudianya panael akan membincangkan bentuk-bentuk soalan bagi komponen dalam silibus dan menentukan jenis kertas soalan, iaitu Kertas 1 Aneka Pilihan dan Kertas 2 Esei. Kemudian terlibat pula dalam menentukan format peperiksaan esei yang mempunyai dua bahagian dan pecahan-pecahan itemnya.

Banyak terlibat dalan mengedalikan Penilaian Tahap Kecekapan PTK sebagai Pemeriksa, Penilai Pengucapan Awam dan Penggubal Item-Item ujian bagi PTK


2     5. Penilaian Tahap Kecekapan PTK
Terlibat dengan KPM Bahagian Kompetensi sejak mula dilaksanakan di Kementerian. Pada peringkat awal semasa PTK dilaksanakan dalam bentuk Peperiksaan, pernah dilantik menjadi Petugas/Pemeriksa Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan PTK-SSM kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Negeri Kedah (2003).  Kemudian dilantik sebagai Penilai Kursus PTK DG 44 (2005). Seterusnya menjadi Penilai  /Pemeriksa Pengucapan Awam (TK 3) DG 44,  PTK DG 48  TK 4 P&P dan P&T.

Selain itu dilantik juga sebagai Peggubal Item untuk diguna pakai dalam mengendalikan  Penilaian Tahap Kecekapan PTK, sejak mula dilaksanakan sehingga digantikan dengan mod baru. Sebelum dilaksanakan mod baru terlibat dalam penggubalan item-item mod baru. Item-item yang digubal menjadi panduan spesifikasi yang diguna pakai dalam urusan penilaian PTK Pegawai Pendidikan Siswazah dalamurusan  kenaikan pangkat dan mengukur prestasi.





No comments:

Post a Comment