Wednesday, November 6, 2019

TOKOH GURU KEDAH 2019 - AKTIVITI SELEPAS BERSARA


1    
        SELEPAS BERSARA MASIH GIAT AKTIF TERUTAMANYA DALAM PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN KEDAH DALAM BIDANG KAJI SELIDIK.

1      1.Biro Kaji selidik Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK)
1.1  Kajian ke Setul

Telah mengadakan Lawatan Kaji selidik ke Setul Thailand pada tahun 2014, untuk membuat kajian tentang keturunan Kesultanan negeri Setul, iaitu Tengku Bisnu. Lawatan ini ditaja, dan ahli kaji selidik seramai 20 orang telah melawat dan mengadakan Mesyuarat dan perbincangan dengan keluarga keturunan bangsawan dari kesultanan Negeri Setul iaitu jurai keturunan Tengku Bisnu. Ramai anggota keluarga keturunan bangsawan Setul hadir dalam sessi soal jawab yang telah diatur khusus untuk mengumpul dapatan fakta tentang keturunan mereka dan hubungan dengan kerabat diraja Kedah.  Kajian juga telah dibuat dengan mengunjungi makam Keluarga di Raja Setul. Dari kajian itu dapat dilakarkan kedudukan makam dan anggota keluarga yang telah dimakamkan di kawasan itu. Akhirnya melalui soal selidik bersama keluarga diraja dan lawatan ke makam, telah dapat dirangka satu salasilah keturunan Bangsawan Setul iaitu jurai keturunan Tegku Bisnu yang masih ada dan menetap di Setul  sehingga sekarang ini.

Kajian juga telah diluaskan kepada Keturunan Ku Din Ku Meh, iaitu Gabenor Setul yang telah memerintah Setul. Ahli kajiselidik telah melawat ke Makam Ku Din Ku Meh dan ahli keluarganya yang dimakamkan di suatu tanah perkuburan lain di Setul. Dari situ dapat dilakarkan kaum keluarga Ku Din sekadar mendapat maklumat daripada informan yang diaturkan untuk berdiskusi dengan team kaji selidik. Lawatan juga dibuat ke Muzeum Ku Din Ku Meh yang merupakan rumah kediaman Ku Din, kemudian dijadikan pejabat pentadbiran Negeri Setul semasa dia memerintah. Selepas tamat pemerintahannya rumah itu dijadikan sebagai Muzeum untuk menyimpan segala khazanah yang berkaitan dengan pemerintah Gabenor Setul itu.

Selain itu kajian juga diteruskan dengan menemui ahli keluarga Keturunan Abdullah Lang Putih yang merupakan seorang Menteri kabinet di Bangkok dan juga seorang penulis yang banyak menulis, yang terkenal dengan buku tulisannya Dua Badan Satu Jiwa. Kunjungan kami diraikan oleh cucu Abdullah iaitu Datin Noraini dan kaum keluarganya. Menurut Datin Noraini, ramai ahli keluarganya yang berjawatan dalam Negara Thailand, contohnya Imam Besar Majid Tongson di Bangkok adalah cicit Abdullah Putih dan merupakan orang yang rapat dengan Istana Bangkok. Selain itu, Dato Bandar Lengu juga adalah keturunan mereka. Datin Noraini telah mengaturkan kami pergi  ke Kampung asal tempat kelahiran Abdullah Lang Putih iaitu di Kampung Guar Setul Lengu, dan mengunjungi  makam Abdullah Lang Putih serta kaum keluarganya. Kunjungan kami ke situ telah disambut oleh Timbalan Datok Bandar Lengu Dato’ Aziz, Imam dan pegawai mesjid serta kaum keluarga Abdullah Lang Putih yang sungguh ramai dan majlis pertemuan itu sungguh meriah dan bermakna kerana kami dapat mengumpul banyak fakta semasa menikmati jamuan, untuk melengkapkan dapatan kajian kami. Selepas acara doa selamat kami menjamu makan kenduri yang dibuat khas untuk kami kumpulan kaji selidik dari PSMCK. Kemudian Timbalan Dato Bandar telah membawa kami melawat Muzeum Folklore di Lengu salah satu daerah di Setul.





1  2    Kajian Ke Bangkok mengesan Keturunan  Orang Melayu Kedah – Juru Bahasa – Luang Kucha
Itsahak, Tengku Abdul Rahman, dan Bunga Emas

Kaji selidik di Bangkok ialah mencari keturunan kaum keluarga seorang Melayu keturunan Kedah yang sangat penting memainkan peranan sebagai Juru Bahasa semasa keberangkatan DYMM Tunku Sultan Abdul Hamid melawat ke Bangkok membawa bunga emas kepada Raja Siam. Kami dapat mengesan Kampung Luang Kucha Itsahak dan rumahnya yang menjadi tempat persinggahan Tuanku Sultan selama beberapa bulan tinggal di Siam dalam rangka Lawatan baginda. Kami dapat membuat temubual dengan ahli keluarga keturunan Luang Kucha, dan dapat merangka salasilah jurai keturuan orang penting itu. Semua acara itu diaturkan rapid an di adakan di mesjid Luang Kucha yang sehingga kini masih beroperasi. Kami juga berpeluang menziarahi kubur di kawasan masjid untuk mencari kubur seorang pembesar Kedah yang meninggal di Bangkok dan dikebumikan di sana, tapi oleh kerana kesuntukan masa dan tarikh kematian yang sangat lama kami gagal menjejaki kuburan tersebut.

Kami juga dapat menjejaki keturunan orang-orang Melayu berasal dari Kedah yang menjadi tawanan semasa Perang Kedah Siam dahulu. Mereka ini tinggal di satu kawasan tidak jauh dari Bangkok dan masih mengamalkan budaya melayu Kedah. Dalam temubual mencari fakta didapati keturunan mereka telah menjadi buruh paksa mengorek sungai untuk perairan di situ, sehingga sungai itu dikenali sebagai “Sungai Air Mata”. Keturunan mereka berkembang di situ sehingga kawasan itu maju, mempunyai sebuah sekolah, dan sebuah mesjid iaitu Mesjid Kamalul Islam yang pengurusannya cemerlang sehingga menjadi satu kawasan tarikan pelancong. Kami juga menjejaki satu lagi kelompok masyarakat Melayu keturunan Kedah di satu perkampungan berhampiran Kota Bangkok, di situ terdapat Mesjid Nurul Mubin, dan di situ juga mempunyai sebuah sekolah untuk orang-orang Melayu di Bangkok.  Kami juga melawat Mesjid Harun di satu Kawasan perkampungan orang Melayu di tebing Sungai Chao Phraya yang juga merupakan kawasan penempatan orang-orang Melayu yang agak ramai. Selain itu kami juga melawat perkampungan orang Melayu di sekitar Mesjid Tongson, yang Imamnya adalah orang yang sentiasa mendapat jemputan untuk ke Grand Palace bagi mengajar agama kepada kerabat Diraja Thailand.

Kajian berfokus untuk menjejaki bunga emas yang pernah dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Raja Siam dahulu. Jadi team kami melawat Muzeum di Bangkok untuk melihat replika atau apa-apa sumber tentang bunga emas dari Kedah. Kami telah diterima melawat ke Grand Palace Bangkok dan dan dibawa melawat ke museum di Grand Palace dalam misi mencari bugan emas. Rupanya bunga emas dijangka  berada di Dewan Penghadapan Istana Grand Palace yang kami tidak mendapat kebenaran untuk melawatnya.

Selain itu kami menjekaki Sekolah Thebsirin iaitu sebuah sekolah menengah tempat Yang Amat Berhormat Tengku Abdul Rahman Putra dan adinda baginda Tengku Yusuf bersekolah.  Kami diberi taklimat oleh Pengarah Sekolah Kluster itu. Rupanya Tengku Abdul Rahman menjadi ikon sekolah itu, dan  kisah Tengku diabadikan dalam satu ruang khas  di Muzeum Sekolah itu. Sementara Tengku Yusuf merupakan seorang Pegawai Atasan Tentera Thai yang mendapat biasiswa Kerajaan Thailand dan melanjutkan pelajaran ke England kemudian balik bertugas dalam Angkatan Tentera Thailand. Tengku Yusuf telah mangkat dan dikebumikan di Bangkok di kawasan perkuburan Mahanak. Pihak kerajaan Malaysia telah memindahkan kubur ke Makam Langgar, tapi berpeluang melawat bekas kuburan Tengku Yusuf di Mahanak

Sila rujuk blog  refleksirmn.blogspot.my  untuk kisah lebih lanjut.


2.AFS Antarabudaya Malaysia Kedah Chapter
AFS ANTARABUDAYA MALAYSIA KEDAH CHAPTER: KRONOLOGI HOST FAMILY/ KELUARGA ANGKAT 
15 JULAI 2017: 
  • 9.30- 12.00 TH - TAKLIMAT AFS ANTARABUDAYA MALAYSIA KEDAH CHAPTER, KEPADA KELUARGA ANGKAT DI PEJABAT  KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN ALOR SETAR.
29 JULAI 2017: 
  • 1.40 TH -  SAMBUTAN KETIBAAN PELAJAR ANAK ANGKAT (5 ORANG)  DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM
  • 2.30 PTG - PENYERAHAN ANAK ANGKAT KEPADA KELUARGA ANGKAT DI PEJABAT KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN ALOR SETAR
  • 3.00 PTG - MAKAN TENGAH HARI, BERSURAI
1 0G0S 2017
  • 2.30 PTG - TAKLIMAT AFS KEPADA JPN KEDAH DAN SEKOLAH TERLIBAT
  • 3.30 PTG - PENYERAHAN PELAJAR KEPADA WAKIL SEKOLAH 
  • 3.45 PTG - Minum petang, dan bersurai
6 OGOS
  • 11.00 PG - TAKLIMAT SEKOLAH KEPADA PELAJAR DAN HOST FAMILY
  • 12.00 TH - PENYERAHAN PELAJAR KEPADA SEKOLAH
  • 12.30 TH - LAWATAN KE KELAS
Barangkali ramai orang kurang tahu tentang AFS. Meninjau sepintas lalu sejarah AFS, sebenarnya ia adalah singkatan daripada American Field Service. Pertubuhan sukarela ini ditubuhkan pada tahun 1914,  semasa Perang Dunia Pertama. Usaha ini dimulakan oleh beberapa orang pemandu ambulans, untuk membantu mangsa-mangsa semasa perang. Akhirnya selepas perang, AFS   berkembang  menjadi sebuah pertubuhan sukarela, yang memberi fokus pengembangan dan perkongsian budaya ke arah kesejahteraan masyarakat pelbagai bangsa di dunia. Malaysia turut menyertai AFS pada tahun 1958, dan pada tahun 1968, ia bertukar nama menjadi AFS Antarabudaya Malaysia (AFSABM).  Cawangan AFSABM setiap negeri pula dikenali sebagai Chapter, contohnya Kedah Chapter.
Sesuai dengan namanya, AFSABM giat melaksanakan aktiviti ke arah penyatuan budaya seperti yang tercatat dalam motonya "connecting lives, sharing cultures". Ini dilaksanakan melalui proram pertukaran pelajar antara negara-negara dari seluruh dunia sebagai peserta, yang kemudiannya ditempatkan bersama keluarga angkat, atau Host Family.  Pengalaman peserta hidup bersama keluarga angkat sudah pastilah berlandaskan kepada nilai-nilai dan norma yang baik kedua-dua pihak, seperti maruah diri, ketulusan, toleransi, sensitiviti, dan menghormati perbezaan. Lebih-lebih lagi jika host family beragama Islam, maka dengan cara hidup Islam yang murni, sudah tentulah  akan membawa kepada kesejahteraan pembelajaran cara hidup yang unggul di kalangan anak angkat.
Sebenarnya walaupun ada 3 program yang ditawarkan AFSABM iaitu Program Sekolah dan pembelajaran intensif satu tahun,  6 bulan dan 2 bulan, untuk pelajar berumur antara 15 hingga 18 tahun; Program Kemahiran selama 6 bulan ; dan Program Guru selama setahun, namun program sekolah  1 tahun ini lebih popular. 

Begitulah yang ditakdirkan di Kedah ini terdapat 5 keluarga angkat yang sudi menerima anak angkat tajaan AFSABM untuk program sekolah 1 tahun bermula Julai 2017 - JUN 2018 iaitu;
Dr Ibrahim/Rahinun- Giulia Ferrari (Itali) – ditempatkan di SMK Sultanah Bahiyah, Ting 4
En Zabidi                 - Chase (USA)
En Zainin/Zarina      - Emily (USA)
En Lazit/Emiliza       - Stefanie (USA)
Ghazali/Salina         - Arirang (Korea)

Dengan itu pada 29 Julai 2017 bermulalah satu kehidupan baru 5 keluarga angkat di negeri Kedah ini dengan menaja sepunuhnya tempat tinggal, makan minum, persekolahan,  pembelajaran Bahasa Melayu, dan perbelanjaan kehidupan anak-anak angkat yang akan menjalani kehidupan seperti keluarga selama satu tahun. Diharapkan dengan menjalani kehidupan bersama dalam satu keluarga, maka anak-anak angkat  tersebut akan mendapat satu persepsi baru dan perspektif baru tentang orang Melayu, tentang orang Malaysia dan tentang agama Islam. Diharapkan juga melalui dimensi pandangan yang baru itu akan membawa kepada kefahaman yang lebih sihat di kalangan masyarakat dunia sejagat in syaa Allah. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, berilah segala kebaikan kepada kami dan redhalah ke atas kami. Aamiin


Sila rujuk blog  refleksirmn.blogspot.my  untuk kisah lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment