Tuesday, February 26, 2013

YANG PERLU DISEGERAKAN DAN DIUSAHAKAN ....


DIPETIK DARIPADA KULIAH US WAHID,
UNTUK DIKONGSIKAN BUAT MENAMBAH KEBERKATAN
 DALAM KEHIDUPAN YANG MASIH BERSISA INI.

Hatim Al Asom, (gelaran org yg pekak tuli), menyebut bahawa Nabi saw pernah bersabda, "Kelam kabut itu adalah tidak lain, melainkan syaitan punya pekerjaaan,  kecuali lima perkara yang patut disegerakan:
1. Memberi jamuan kepada  tetamu yang jauh, yang datang sekali sekala
2. Mengahwinkan anak dara bila sampai masanya, jgn bg tunang lama2
3. Sempurnakan jenazah apabila sudah mati
4. Tunaikan hutang bila sampai masa
5. Bertaubat apabila melakukan dosa

Ahmad Ibn Hambal pernah bertanya kepada Hatim macam mana nak selesaikan supaya tiada  masalah dgn manusia, supaya tiada dosa antara kita dengan manusia lain, supaya kita sentiasa dijauhi daripada melakukan dosa sesama manusia, dan mendapat pahala dalam sebarang pekerjaan kita dengan manusia..
1. Kamu bagi kpd org harta benda kita
2. Selesaikan hak org jgn bg org selesaikan hak kita
3. Tanggung susah mereka, jgn bg org tanggung susah kita

Berjanjilah kpd kita sendiri tiga perkara
Bila buat perbuatan ingat Allah tengok
Bila bercakap ingatlah Allah dengar
Bila diam ingatlah Allah tahu yg di dalam hati

Semoga menjadi pedoman kita bersama, semoga dapat mencapai kesejahteraan, dan semoga dengan ingat mengingati akan menjadikan kehidupan kita semakin diberkati, insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment