Tuesday, February 19, 2013

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM KEDUA 19.2.13


Sungguh membanggakan.....
Tahniah kepada semua kerana berjaya mengadakan perhimpunan kokurikulum kali yang kedua tahun 2013. Kali ini perhimpunan dihost oleh Pasukan Kadet  Remaja Sekolah (KRS). Tema minggi ini ialah kokurikulum membantu kecemerlangan pencapaian kurikulum atau prestasi akademik pelajar, dalam peperiksaan awam, PMR, SPM dan STPM. 

Ramai pelajar tidak tahu aktiviti kokurikulum, dan apa saja yang dilaksanakan di sekolah berkaitan kokurikulum dan sukan memberi sumbangan markah 10 peratus. Walaupun kelihatan sedikit tapi  besar maknanya, dan menjadi pemangkin  untuk menonjolkan pelajar selepas mendapat keputusan SPM dan STPM.
Kemas, segak dan bergaya...
Sebenarnya markah 10 peratus boleh diperolehi dengan mudah, melalui hadir aktiviti, koko, sukan dan permainan. Markah juga diberikan jika pelajar memakai pakaian seragam setiap hari Selasa, melibatkan diri dalam pertandingan peringkat sekolah, membantu guru, membantu rakan sebaya, dan menjaga peribadi mulia pada setiap masa.

Hal ini bersesuaian dengan matlamat KPM, iaitu ingin menghasilkan insan yang beriman dalam membentuk bangsa setia dan bersatu padu, ke arah menyediakan sumber tenaga untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Jadi kepada semua pelajar, dan ibu bapa jika perkara ini difahami sudah tentu pelajar akan dapat memperolehi markah setinggi 10 peratus dengan mudah, sekali gus membantu kecemerlangan peperiksaan yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment