Monday, February 11, 2013

4 PERKARA DIRANCANG DALAM HIDUP


Sekadar berkongsi maklumat yang diberikan oleh seorang penceramah dari Radio IKIM. Rasanya elok juga disebut,  sebab kita selalu merancang kewangan mengikut cara kira. Yang ini boleh beri satu lagi alternatif, yang dapat melengkapkan kehidupan untuk kesejahteraan bukan saja di dunia tapi juga di akhir sana. Menurut penceramah, ia mencadangkan wang pendapatan bulanan kita dibelanjakan seperti cadangan di bawah:
30 peratus, digunakan untuk keperluan kehidupan anak beranak dalam rumah tangga
30 peratus, untuk membayar hutang piutang yang ada, yang memang diperlukan untuk kehidupan
30 peratus, jika dapat dihadkan untuk simpanan, sama ada pelaburan, insuran atau untuk bekalan kesihatan
     hari tua
10 peratus, eloklah tidak dilupakan untuk kebajikan kita dan keluarga; untuk 'hadiah' ibu bapa sebagai tanda
     kasih kita, kaum keluarga yang memerlukan bantuan, dan sedekah jariah buat bekalan, bila kita sudah
     tiada siapa-siapa.
Mudah-mudahan dengan perkongisan ini dapatlah memberi garis panduan untuk kita berbelanja, seadanya dengan memberi ganjaran semasa di dunia yang fana ini, dan yang sementara, di samping juga dapat beringat-ingat, menyediakan bekalan untuk dunia yang kekal abadi nanti, insyaa Allah.


No comments:

Post a Comment