Wednesday, February 27, 2013

IBU BAPA MENTOR CEMERLANG


OLEH:
Dr Haji Shuib Mustafa
Chairman SMZ Training and  Management
0174466277
Shuibmus@gmail.com

     Jenis ibu bapa
Mari kita selidiki jenis apakah kita supaya kita dapat memperbaiki diri. Dengan mengenali diri kita sebagai ibu bapa, sekurang-kurangnya anak-anak kita dapat dididik menjadi insan yang cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Lima jennis ibu bapa;
  1. Luar biasa, cemerlang
  2. Biasa-biasa
  3. 'Burn out'
  4. Hidup segan mati tau ma
  5. Mangkok hayun

Ciri ibu bapa mentor cemerlang
1. Berdoa kepada Allah, yang baik-baik,  beri contoh yang baik-baik, mempunyai pemikiran yang positif,
    dan sanggup berkorban untuk kebaikan
2. Berazam menerima cabaran kerana mendidik anak memang sangat mencabar, terutamanya dengan
    karenah anak-anak generasi y dan z
3. Cakap dengan baik, bersangka baik, berfikiran positif dan selalu gunakan ayat memujuk, dan berterus
     terang
4. Bagi kebebasan kepada anak tapi dalam lingkungan yg terkawal, dan ada batas-batas yang jelas dan sihat
5. Jadi demokratik jangan autokratik atau diktator, selalu memberi telinga untuk mendengar dan memberi
     peluang anak bercakap dan memberi buah fikiran dan pendapat
6. Beri kepercayaan kepada anak yg terkawal, terutamanya dari segi penggunaan ICT dll
7. Ada rasa hormat kepada anak, suami, dan isteri
8. Buat apa mula dengan bismillah
9. Timbul rasa sepunya dalam sebarang tindakan,
10. Ibu bapa mesti kreatif, dalam melaksanakan dan merencanakan kehidupan berkeluarga
11. Bincang hala tuju anak, supaya dapat bersama dalam proses mencapai cita-cita
12. Ada teropong ajaib, ada no telefon  Pengetua, PK HEM, Warden, Kaunselor, Guru Ting dan
      rakan-rakan terdekat

Amatlah baik kalau semua kita menjadi mentor cemerlang seperti disarankan di atas. Dalam dunia yang serba mencabar ini anak-anak kita sudah semakin sukar untuk mengenal budaya bangsa dan jati diri unggul kebanggaan kita. Anak-anak kita yang terlalu terdedah dengan dunia tanpa sempadan sudah kurang akrab hubungan mereka dengan kita yang ketinggalan dari segi teknologi. Maka mereka terpisah dari kita. Mereka meminggirkan diri daripada kita dan akhirnya kita bukan pilihan mereka. Mudah-mudahan dengan mendekati ciri-ciri mentor cemerlang akan mendekatkan kita dengan anak-anak yang sangat kita kasihi.............

No comments:

Post a Comment