Tuesday, February 26, 2013

PELAN TINDAKAN IBLIS


DIPETIK DARIPADA KULIAH US WAHID,
PENGAJARAN SURAH ANNAHLU AYAT 63

Imam AlQardawi meriwayatkan Nabi saw bersabda, syaitan menghasut kita dari depan supaya kita diselibungi perasaan syak tentang akhirat, ia menghasut dari belakang supaya kita sayang dunia dan lupa akhirat. Ia hasut dari arah atas, apabila kita melakukan kebaikan pun ia tetap kacau, apatah lagi apabila kita melakukan maksiat, ia akan terus mengukuhkan suapaya kita akan terus bergelumang dengan maksiat.

Pelan tindakan  iblis
1. Menghias benda tak elok nampak elok - azan bunyi, tidur la smlm letih mesyuarat, jadi kita boleh dengan
    senang hati terus tidur tidak bangun subuh
2. Menjadikan kita sentiasa jadi ragu-ragu tentang larangan Allah, rasuah tak apa, bukan ambil banyak, sikit
   saja, lagi pula kami susah, bolehlah tolong kami sikit
3. Bertangguh-tangguh membuat kebajikan, pergi haji tak perlu cepat muda lagi, sembahyang  nanti tua kami
    bangun tahajjud sekarang muda enjoy dulu
4. Meringankan benda yg keci konon dosa kecill, sebenarnya  tidak ada dosa kecil, semua dosa itu dosa,
   bezanya ikut ranking
5. Iblis suka bagi  kita marah, bila marah akan berlaku perpecahan, dan persengketaan yang menghalang
    kita  melakukan kebaikan
6. Janji dgn tipu daya memang menjadi amalan iblis, nak beri sedekah, susah la, kami pun gaji kecil, mana
    nak cukup

Bgm selamatkan diri drp gangguan syaitan
1. Baca quran banyak, umpama tempat perlindungan
2.Banyak sedekah,
    Fi sabilillah
    Buat amalan baik, boleh pelihara kita drp perkara buruk,
3. Banayk mengingati Allah, baca lailahaillah 100 x, lahaulawa 30x
4. Baca bismillah pd setiap perkara, Nai kata bila kt bismillah, syaitan jd kecil, spt lalat n lemah
5. Baca auzubilla...
6. Baca surah al baqarah, masuk rumah baru, baca bg habis satu juzuk, rumah jd luas, tenang, penuh
    keberkatan. Baca dua ayat akhir baqarah sblm tidur, syaitan td akan mendekati
7. Jgn biar anak tak balik sblm maghrib, tutup pintu, minuman dan bekas, tutup lampu, syaitan td boleh dok
   dalam minuman , makann yg ditutup, dan pintu Yg ditutup dengan baca bismillah. Nabi bersabda, bacalah
   doa Nabi Ibrahim kpd Ismail dan Ishak, "Aku minta lindung drp allah dgn kalimah yg sempurna drp syaitan
   jin dan manusia, berlindung drp racun, drp benda yg berpenyakit,"

Marilahlah sama-sama kita amalkan dan ambil peringatan supaya kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah dan dijauhi daripada gangguan syaitan yang dilaknati.

No comments:

Post a Comment