Wednesday, February 20, 2013

BEKALAN YANG MENGUNTUNGKAN




Tafsir AlQuran Surah: AnNahlu Ayat 96
Oleh Ustaz  Wahid, 20.2.2013
 

Intisari ayat:
Apa saja yang ada pada kamu wahai manusia, akan binasa, akan hilang, dan ingatlah wahai manusia, apa saja di akhirat nanti akan kekal dan Allah akan beri balasan kepada orang yang sabar dengan balasan yang terlebih baik
Menurut Imam Ibn kathir, Apa saja atas dunia, harta benda rumah tangga, semua yang kita milik, suami, isteri atau anak-anak, akan hilang, sama ada hilang kerana kita mati, atau  habis diambil oleh Allah, seperti hilang dan hangus dijilat api. Hanya apa yang  ada di sisi Allah sahaja, yang akan kekal dan orang yang sabar, Allah akan beri lebih hebat daripada apa yang telah kita buat, iaitu pahala dalam syurga yang  kekal abadi. Juga bagi orang yang menyempurnakan janjinya  dengan Allah,  barulah akan dibalas dengan balasan syurga yang terbaik.


Imam Ibn Hatim lama  mengaji, selama 33 tahun, dengan gurunya. Beliau memberitahu gurunya, "aku pelajari  lapan perkara dan menjadikannya amalan untuk diriku" dalam perjalanan menuju kehidupan yang kekal abadi nanti.

1. Setiap Manusia ada satu benda yang kita benar-benar sayang - tapi bila mati, benda itu, atau apa saja
    yang kita benar-benar sayang tidak akan ikut kita masuk ke kubur. Tapi aku ada benda yang aku amat
    sayang,  aku berusaha buat amalan yang baik, amalan-amalan itu semuanya boleh ikut ke dalam  
    kubur, bersama kita.
2. Allah berfirman, siapa takutkan Allah dan bertaqwa kepada Allah dengan melawan nafsu, tempat orang itu

    tidak lain melainkan di dalam syurga, jadi aku berusaha  bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu,
   bagi mendapat syurga Allah.
3. Manusia menjaga benda yang bernilai di dunia, jadi aku bersungguh-sungguh menjaga sembahyang,

    puasa,  dan ibadatku, dan  serahkan  pada Tuhan semua amalan aku itu.
4. Di dunia manusia bangga dengan harta, keturunan, sedangkan Nabi, tidak pernah sebut hal itu, Allah

    menyebut orang bertaqwa orang yang paling mulia di sisi Allah, aku berusaha mencari taqwa Allah
5. Manusia  tikam sama sendiri, kr hasad dengki, walhal Allah menyebut  Aku bahagi siap-siap kehidupan

    mereka di dunia, jadi aku bersungguh tinggalkan hasad dengki
6. Manusia berbunuh dan bermusuhan sesama manusia, sedangkan musuh sebenar ialah syaitan, jadi aku

    berusaha untuk melawan syaitan.
7. Manusia cari rezeki pulun sungguh2, sehingga lupa Allah, aku ingat Allah sungguh-sungguh
8. Manusia pada hari ini bertawakkal kepada  manusia , wang ringgit, kesihatan, bukan pada Allah. aku

    sedaya upaya bertawakkal kepada Allah

Kutitipkan pesanan ini untuk dikongsi semua sahabat handai, rakan taulan, saudara mara dan anak-anak yang kusayangi. Semoga kita memanfaatkanya sebagai bekalan apabila dijemput pulang nanti.

No comments:

Post a Comment