Tuesday, February 12, 2013

MERAYAKAN MAULIDURRASUL



DISAMPAIKAN OLEH
US WAHID 23 JANUARI 2013
Hadis riwayat Ibn Kathir,  Raja Muzaffar pernah sambut maulid Nabi secara  besar-besaran. Baginda menghidangkan  5 ribu ekor  burung, 10 ribu ekor ayam, 20 ribu tong susu, 30 ribu biji kueh. Beberapa ulama lain seperti Ibn  Jauzi , Imam Zahabi, Imam Ibn Hajar dan Imam Assakhoni juga berpendapat merayakan Maulid suatu yang baik, kerana membesarkan Nabi saw, kerana keistimewaan Nabi, dan kita rasa aman dan gembira dengan meraikannya. Menurut  Ibn Hajar kita wajib sambut Maulid atas nikmat yang cukup besar diberikan Allah Taala  kepada manusia. Kita disunatkan memberi makan sebagai tanda syukur atas nikmat Islam yang dibawa oleh Nabi Mohamad saw.

Contohi Rasullullah dalam kehidupan suami isteri
1. Ibn kathir pernah meriwayatkan, Nabi, semasa isteri baginda  Aishah  menaiki  unta,
    Nabi membiarkan  paha baginda  dipijak untuk memudahkan Aishah naik unta.
2. Aisha berkata dalam riwayatnya, Nabi saw melakukan banyak perkara-perkara yang
    sangat menyenangkan hatinya seperti Nabi pernah memerah susu kambing untuk diberi
    kepada Aishah sebagai minuman
3. Suatu hari aku minum, nabi minum dari gelas yang sama di tempat Aishah minum
4. Nabi  pernah tidur atas riba Aishah, sewaktu Aishah haid
5. Nabi keluar berjalan-jalan waktu malam dengan Aisha berdua-duaan sahaja
6. Nabi berkata kepada Aishah, aku tahu apa kamu suka, dan aku tahu apa kamu tak suka,
    Baginda  sangat kenal isteri dan sangat memahami sifat-sifat isteri.
7. Nabi tidak pernah pukul isteri, nabi pergi  duduk di mesjid kalau Baginda  marah
    kepada  isteri
8. Nabi pernah bersama sofiya, sofiya menangis nabi usap air matanya
9. Aisha dan nabi melawat Saudah sedang sakit, satu kaki diletak atas Aishah, satu kaki
     atas Saudah, nabi suka melawak
10. Aisha pernah berkata kalau  keluarga sakit nabi hembus denagn 3 qul
11. Nabi juga berkata, jangan lari dari isteri kamu, walaupun ada benda yang tidak kamu suka,
      tengoklah perkara  yang elok-elok dari isteri kamu

Oleh itu marilah kita sama-sama mencontohi Rasulullah saw. dalam kehidupan berumah tangga. Semoga dengan keharmonian dan kesefahaman suami isteri akan menjadikan rumah tangga harmonis dan bahagia, ke arah pembentukan masyarakat yang sejahtera dunia dan akhirat. 

No comments:

Post a Comment