Tuesday, February 12, 2013

JAUHI SIFAT TAKABBUR


Dipetik daripada siaran MUQADDIMAH TV 9,
Nabi Mohamad saw pernah bersabda, sesungguhnya neraka dan syurga pernah berdialog. Neraka dengan sombongnya menyatakan kepada syurga, "bahawa sesungguhnya aku diberi hak untuk mengutamakan orang-orang takabbur, orang-orang yang ego dan orang-orang yang tidak terima kebenaran."
Jadi bagaimanakah dapat kita lembutkan hati yang takabbur itu? Tidak lain Nabi menggalakkan dan menyuruh kita ziarah orang sakit,  dan ziarah orang mati, supaya dengan perlakuan itu mudah-mudahan akan lahirlah keinsafan di hati kita. Semoga dengan itu akan jadi lembutlah kati kita. Lembut hati bermakna dijauhilah kita dari sifat keji iaitu takabbur yang sangat tidak disenangi ole Allah swt.

Di samping itu kita juga oleh mengambil iktibar daripada kisah-kisah silam yang terdahulu, supaya dapat mengelakkan kita daripada bersikap takabur. Lihat saja kisah Firaun yang memiliki Mesir suatu ketika dahulu. Firaun sangat terkenal dengan sikap ego dan takabbur yang menjadi suatu sejarah untuk direnungi. Firaun memiliki kekayaan dan kekuasaan yang melimpah ruah, sehingga akhirnya tidak segan silu pula mengaku dirinya tuhan. Tetapi akhirnya dengan sungguh malang akibat takabburnya, Firaun mati dalam keaiban. kerana sifatnya yang takabur itu menjadikan dia hilang punca dan lupa diri, sehingga membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.

Persolannya kenapakah kita perlu ego, sombong dan takabbur? Sifat ini bukan saja membawa kepada kemusnahan diri sendiri tetapi juga yang lebih berbahaya, membawa kepada perpecahan umat. Sepatutunya kita mencontohi Rasullullah. Baginda tidak pernah ego, sombong maupun takabur. Kalaulah kita mencontohi Rasullullah, alangkah manis dan indahnya, sifat Rasul kesayangan kita. Rasullullah sepanjang hayatnya, sebagai pemimpin agong dan kekasih Allah, sentiasa dihiasi sifat unggul, dan sifat mulia: Baginda Rasullullah saw mendengar pandangan semua orang. Marilah kita fikir-fikirkan......

No comments:

Post a Comment