DAY 6 : 17 APRIL 2018: SELASA
SHKODER (ALBANIA) - KOTOR (MONTENEGORO) - DUBROVNIK (CROATIA)
Alhamdulillah lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami selamat tiba di Kotor Old Town. Kotor adalah sebuah bandar pelabuhan yang cantik, dan strategik. Lautnya yang membiru dibarisi bukit bukau yang tegap berdiri, dengan keunikan dan keunggulan batu batannya yang hitam tersendiri. Dahuluya bandar ini
merupakan sebuah penempatan yang selamat kedudukannya. Di hadapannya sebuah pelabuhan dan di belakangnya bukit bukau yang didirikan tembok untuk mengelak serangan musuh. Sekarang penempatan itu dijaga dan dipelihara sebagai satu bandar tradsi yang menjadi produk pelancongan yang unik. Kami disambut oleh pemandu pelancong di hadapan pintu masuk Kotor Old Town. Ramai juga pengunjung yang berpusu-pusu di pintu masuk ke bandar tradisi itu. Selepas diberikan tiket masuk, kami terus dibawa oleh pemandu Pelancong, menuju ke sebuah villa tiga tingkat yang diubahsuai menjadi restoran untuk makan tengah hari di sana.
Villa ini kelihatan sungguh eksklusif hiasan dalamannya. Langsirnya yang kelihatan mewah serta hiasan dindingnya pula penuh dengan lukisan-lukisan yang melakarkan keindahan pemandangan tempat-tempat di sekitar Kotor dengan keunikan laut dan bukit bukaunya. Ruang tamu yang luas menjadi
Sekarang ini semua rumah kediaman dipelihara dan dijadikan sebagai kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata, dan juga dijadikan restoran-restoran, dan coffee-house untuk pengunjung
menjamu selera dan membasahkan tekak atau menikmati minuman kopi yang terkenal di Balkan. Satu cerita menarik ialah tentang perigi yang disebut Well-Corner. Dahulunya ia merupakan suatu dataran tempat ramai wanita berkumpul, sambil mengambil air dan membasuh pakaian. Sambil itu di situlah mereka bergossip dan berkongsi cerita tentang pelbagai perkara yang menjadi berita semasa, ataupun berkongsi sebarang khabar yang terjadi ataupun khabar angin yang bertiup kencang dalam masyarakat semasa. Sungguh klasik dan nampaknya norma itu sungguh universal kerana ia ada dan menjadi amalan dalam banyak masyarakat tradisi atau moden di seluruh dunia dari dulu hingga sekarang.
Berikutnya perjalanan petang itu diteruskan sehingga ke sempadan. Di sana kami terpaksa turun bas untuk mengecop passport seorang demi seorang. Kami meninggalkan Montenegoro ke negara Croatia pula. Lebih kurang jam 5.05 petang dengan mudah dan selamatnya kami menuju ke destinasi seterusnya Dubrovnik. Sepanjang jalan ke Dubrovnik kami melalui jalan di tepi laut di sebelah kiri, dan di sebelah kanannya dipagari bukit bukau penuh dengan pokok-pokok pine hijau sejuk mata memandang. Pemandangan indah di tepi laut itu agak terbatas kerana cuaca mendung dan berkabus. Namun tidak dinafikan sungguh indah bumi ciptaan Tuhan yang sedang kami alami, maha suci Allah yang maha pengasih lagi maha mengetahui segala isi dunia ini. Engkaulah yang telah mentakdirkan kami sampai ke situ alhamdulillah syukur atas takdirMu itu.
Maha suci Allah yang menetukan, jam 6.30 petang kami selamat menjejakkan kaki ke Dubrovnik Croatia. Dalam masa yang singkat itu kami bergegas melawat Dobrovnik Castle dipimpin oleh pemandu pelancong tempatan Zelca. Masya Allah, Allah yang maha mengetahui, Allah yang maha besar pengetahuanNya
atas seluruh alam ini. Kami telah menyaksikan suatu ciptaan manusia yang Allah anugerahi sedikit sahaja ilmuNya. Kawasan penempatan yang dahulunya merupakan sebuah bandar dalam Kota Dobrovnik, dibina pada abad ke-7 semasa Dubrovnik berada di bawah Repuplik Raguza, dan kebanyakan penduduknya berbangsa Itali. Kemudiannya ia bertukar menjadi Croatia pada abad ke-19. Masya Allah cantik dan hebat ilmu yang Allah kurniakan kepada makhluk ciptaanNya. Kami dibawa melihat-lihat City Walls iaitu tembok besar yang mengelilingi kota Lama Dubrovnik sejauh 2 kilometer itu. Ia kelihatan sungguh agam dan teguh berdiri, tingginya 25 kaki manakala lebarnya pula 5 hingga 6 kaki tebal. Tembok ini membentengi penduduk-penduduk dalam kawasannya dari timur ke barat, mengunjur ke laut yang merupakan pelabuhan sejak berabad-abad lamanya.
No comments:
Post a Comment