Saturday, August 14, 2010

USOP & DEL'S ANNIVERSARY

Liverpool - 21 julai 2010

Lepas sembahyang subuh rehat dan tidur balik sebab baru pukul 5.00 pagi dan sangat sejuk sebab hujan sejak semalam. Nampaknya keadaan papa kurang menyenangkan kerana dia sangat sakit pinggang, almost tidak tertahan. Jadi dengan harapan rehat akan mengurangkan keadaan, maka kami tidur hingga jam 7 pagi.

Namun keadaan masih sama saja. Kami tunggu bang long balik dari rumah Zul sebab dia pi lepak dengan member-membernya sebelum balik ke Malaysia. Kami sarapan roti dengan scrambled eggs dan kacang dal pedas, memang sedap makan waktu pagi yang dingin ini, terutamanya bau aroma Nescafe yang sungguh menyegarkan.

Bila bang long balik papa buat keputusan untuk self-manage sakit pinggangnya instead of going to the hospital. Lepas makan ubat terasa sakit dah semakin kurang dan dia terus tidur berehat untuk mengurangkan kesakitannya. Lepas tu bang long pergi ke docks untuk tukar souvenir papa yang sedikit cacat, dan juga untuk beli 3 lagi souvenir untuk kawan baik papa.

Sementara papa berehat, dan bang long ke docks, mama masak gulai telur dan ikan sardin untuk lunch. Sejuk-sejuk begini memang terasa sangat lapar, jadi memang tak sabar menunggu untuk makan. Bang long balik saja kami terus makan tengah hari dengan lahapnya.

Selepas sembahyang zohor, sambil rehat-rehat, alang dan kak cik masuk chatting di fb. Hati terasa sangat sayu kerana pak lang yang sudah beberapa hari koma telah pulang ke rahmatullah. Innalillah… Sedihnya, lama juga sudah tidak berjumpa. Last jumpa masa kenduri angah – dalam kedhaifannya datang juga dia menjenguk cucu saudara baru. Yang sedih lagi emak tak sempat jumpa adiknya, nak tunggu kami balik, sebab susah nak pi hospital, dan susah nak tinggal abah. Apa nak buat takdir sudah begitu, takdir sudah menentukan kami tak berjumpa. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan di masukkan di kalangan orang-orang beriman.

Dalam masa yang sama kak cik bagi tau kuasa elektrik di rumah suka black out. Kak cik juga cerita adik rindu kerana dah lama ditinggalkan. Bukan dia saja yang rindu. Kami pun rindu tak terkata, tapi apa kan daya. Hati jadi makin tidak seonok berada di bumi Inggeris ini. Dengan macam-macam cerita mau saja aku terbang balik. Tapi urusan di sini pun masih belum selesai. Bang long punya barang-barang pun masih ada yang belum packing untuk shipping. Rumah pun masih banyak yang belum diselesaikan. Aduhai cepatnya masa berlalu bila banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi lambatnya masa berlalu jika kita menunggu dan mengharapkan sesuatu. Begitulah keadaannya di Liverpool pada hari ini.

Nasib baiklah pada malamnya Delima dan Yusuf kawan bang long ajak makan malam. Zul jemput jam 7.30 malam tepat dengan keretanya yang comel, bersama Syafiqah yang manja. Kami disambut mesra oleh Yusuf yang handsome dan Delima yang ayu, dengan sangat mesra. Terasa suasana kekeluargaan, dan keakraban sahabat di perantauan.

Suasana ruang tamu yang anggun, lagi romantis, menjadikan makan malam yang simple sangat bermakna, menjadikan saat yang dilalui sangat indah, harmonis dan nostalgic untuk bang long yang akan meninggalkan bumi Liverpool ini. Juga menjadikan sangat berkesan untuk seorang ibu turut merasakan segala kehidupan sendirian anaknya, dengan teman-teman, saat suka duka, pahit maung menjalani kehidupan tanpa ayah ibu untuk membantu.

Kami menjadikan makan malam itu sambutan anniversari perkahwinan Yusuf & Delima yang pertama. Menunya home-made yang special - roast chicken, salad, mash potatoes, dan kek black berries – sungguh western, dan sedap. Bangga sungguh seorang suri rumah yang serba sibuk, dapat menjamu kami dengan sungguh perfect. Terasa sungguh kemesraan dan keikhlasan, walaupun sekejap baru berjumpa. Syukurlah ada juga kawan menjadi sahabat ketika susah senang, ketika rindu dendam melanda teringat kaum keluarga. Syukurlah ada mereka menjadi keluarga bang long sepanjang 6 tahun merantau. Sangat terharu, dan terasa sangat terhutang budi. Semoga Allah sahajalah yang selayaknya membalas dengan segala kerahmatanNya. Oleh kerana Del nak exam kami cepat-cepat minta diri. Jam 8.30 malam kami balik dengan sungguh senang dan kenyang untuk sembahyang maghrib dan terus tidur selepas sembahyang Isya’ yang masuk pukul 11.00 malam.

Selamat ulang tahun perkahwinan usop dan Del. Semoga kalian berdua berbahagia hendaknya. Semoga menjadi pasangan paling akrab menjalani kehidupan bersama dalam kemanisan berumahtangga. Semoga sabarlah hendaknya kerana dalam mengharungi kenikmatan berkeluarga ada juga geloranya. Semoga cepat-cepatlah bertambah ahli keluarga yang manis dan comel. Selamat berbahagia kekal hingga ke akhir hayat. Amin

No comments:

Post a Comment