Wednesday, September 28, 2016

HARI KE-2 16 OGOS2016 (3)




1    Day 2:  LAWATAN KAJISELIDIK BANGKK - 16 0G0S 2016 (SELASA)


   3.  2.30 PETANG: DEBSIRIN SCHOOL
Sekolah  Menengah Tengku Adul Rahman Putra AlHaj 
dan  Tengku Yusof
 
Pintu masuk ke Pejabat Sekolah
 
Aktiviti Pelajar mendekati environmen

Mendengar Taklimat Pengarah Sekolah
Lebih kurang jam 2.30 petang kami tiba di perkarangan Debsirin School dengan logonya ‘WE ARE GENTLEMEN SO YOU ARE’, terpampang di pagar sekolah. Sekolah elit ini, sekolah lelaki, semua pelajarnya lelaki  lebih kurang 3000 orang, dalam dua sessi pagi dan petang. Kami diberi taklimat oleh Pengarahnya Mr Anand Sabai dalam Bahasa Thai, yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Guru Kanan Bahasa. Sekolah kluster ini telah berjaya mengeluarkan ramai pemimpin Negara Thai yang berjaya menjadi menteri dan juga memberi pendidikan kepada keluarga diraja Thai, termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Tengku juga menjadi salah seorang pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah. Menurut mereka Tunku menjadi ikon sekolah tersebut, dan ditunjukkan di Muzeum Sekolah dalam satu ruangan khas yang mempamerkan aktiviti dan kecemerlangan Tunku Abdul Rahman.. Di samping Tengku Abd Rahman, Tengku Yusof juga menghabiskan persekolah menengahnya di sekolah ini, tapi tidak tercatat dalam persembahan taklimat Pengarahnya, kerana mereka tidak memperoleh maklumat disebabkan Tengku Yusof meninggal semasa agak muda.

Ruangan mendokumentasikan Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh sekolah
Gambar Tengku Yusof dan King Chulalongkorn


Nampaknya sekolah ini memang menjadi satu kenangan kepada Tengku, kerana Tengku telah menghantar surat  secara peribadi kepada sekolah. Tengku menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan pendidikan sehingga beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia Malaysia. Banyak kenangan yang dilalui di Debsirin, termasuklah terkenangkan seorang rakannya Thaween. Kononnya mereka sungguh rapat dan setiap hari menaiki basikal bersama-sama di Bangkok. Kami dimaklumkan rumah Thaween terletak di Jalan Wirachat. Namun Pihak sekolah tidak ada maklumat tentang Tengku Yusof, yang kami tunjukkan iaitu gambar beliau bersama King Rama ke-Vll  seorang sahabat lamanya.

Bertukar cenderamata kepada Pengarah Debsirin School daripada PSMCK
Selepas minum petang, dan bertukar cenderamata, kami dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah. Ramai pelajar memenuhi padang-padang permainan. Mereka bermain mainan keseronokan mereka seperti bola sepak rugbi, dan, Dapat dirasakn sekolah ini  memang hidup hingga kepertang hari, bukan seuatu perkara mudah untuk dicapai. Kami mengambil kesempatan ini melawat Muzeum sekolah yang lengkap dan tersergam indah itu. Memang lengkap semua maklumat tercatat di situ dan museum juga sangat moden dan interaktif. Memang tidak dapat dinafikan sekolah cemerlang begini dapat membentuk jati diri, membentuk peribadi unggul dan kecemerlangan diri, dari pelbagai aspek kehidupan. Maka itulah yang dilahirkan pemimpin-pemimpin unggul yang ‘gentlemen’ seperti bekas Perdana Menteri kita Tengku Abdul Rahman. Selepas bertukar cenderamata dengan pengurusan Muzeum, kami memohon minta diri untuk pulang, kerana hari pun sudah lewat.
Cenderamata daripada PSMCK kepada Petugas Muzeum
Bergambar kenangan di hadapan Muzeum Debsirin School 

Kami terus pulang ke hotel kerana sudah sehari suntuk memenuhi aktiviti yang diaturkan. Malamnya kami berkumpul semula di lobi hotel jam 7.30 malam untuk keluar makan malam  di Restoran Farida Fatornee. Masakannya yang panas-panas, sungguh sedap dan menyelerakan dengan hidangan ala carte yang kami minta disediakan. Menunya biasa tomyam campur, ikan tiga rasa, sayur campur dan telur goreng. Semuanya mengadap hidangan tanpa sebarang komen kerana terlalu letih dan lapar kerana satu hari telah berlalu dengan sungguh padat. Walau bagaimanapun misi hari ini telah berjaya mencapai sasaran alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang telah mengaturkan perjalanan menjadi lancar dan mudah.


No comments:

Post a Comment