Wednesday, September 28, 2016

HARI KE-3 17 OGOS 2016 (2)



1    Day 3:  LAWATAN KAJISELIDIK BANGKOK - 17 0G0S 2016 (Rabu)



2. BANGKOK NATIONAL MUSEUM
Bangunan I Siwamokkhapiman Hall
     Lebih kurang pada jam 11.30 pagi,  kami dibawa melawat Bangkok National Muzeum tidak jauh dari Royale Palace. Di sini ramai sungguh pengunjungnya, rata-ratanya kanak-kanak sekolah. Muzeum Bangkok ini merupakan satu kompleks yang terdiri daripada 5 bangunan besar,  dan 9 bangunan kecil, terpisah-pisah mempamerkan artifek yang berbagai-bagai.

Berbincang sejarah Thailand  dengan Pengarah Muzeum Kedah di Hall 1
     Bahan pameran di bangunan 1, Siwamokkhaphiman Hall mempamerkan semua hal berkaitan sejarah Thailand sejak zaman awal pemerintahan hinggalah ke zaman moden ikut Raja yang memerintah.  Di Balai ini memang sangat ramai dan padat pengunjungnya yang terdiri daripada kebanyakannya pelajar sekolah. Didapati pihak sekolah menggalakkan pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar mengalami menghayati topik pembelajaran sejarah negara mereka, ke arah mewujudkan rasa cinta kepada tanah air.

     Bangunan 2, Buddhaisawan Chappal pula mempamerkan patung-patung yang terdiri daripada pelbagai patung-patung budha, jadi kami tidak lama di situ kerana tiada kaitan dengan orang Melayu dan budaya Melayu yang menjadi fokus kami. Sementara Bangunan 3 pula iaitu, Mahasurasinghanat  memaparkan lukisan sejarah dan ukiran-ukiran sebelum abad ke-13, seperti perihal abad sebelun masihi, Sriwijaya, Hindu dan Lopburi. Di sini terdapat replika bunga emas yang dihantar oleh Cheingmai kepada Maharaja Thailand yang dipamerkan untuk tatapan umum.
Replika bunga emas dari Cheingmai di Balai 3

    Seterusnya, Bangunan nombor 4, iaitu Praphat Phiphitthaphan, mempamerkan pelbagai jenis lukisan, ukiran, matawang,  dan sejarah yang berkaitan dengannya,  dari negeri-negeri di Thailand seperti Lanna, Sukhothai, Ayutthayya, dan Rattankosin.  

     Bangunan 5, Issara Winitchai and Phra Wiman the Prince Residential Complexs, senjata, mempamerkan artifek emas, royal regalia, seramik, alat music, senjata, pengangkutan (gajah), dan perkakasan sami. 
Usungan Maharaja di Balai 5
      
Senjata Melayu - pedang
      Bangunan 6 -14 adalah bilik pameran yang kecil-kecil seperti kelengkapan semasa kemangkatan, dan lain-lain lagi. Selepas bertukar-tukar cenderamata dengan petugas yang mengiringi kami, kami beredar meninggalkan muzeum.
   
    Oleh kerana sudah waktu makan, kami singgah di sebuah restoran halal di hadapan Kota di Muara Chao Phraya, tidak jauh dari Royal Palace, yang akan menjadi tujuan kami berikutnya. Untuk menu hari ini kami tiada pilihan selain menikmati nasi putih berlauk ayam goreng, dan nasi briyani ayam sebagai hidangan tengah hari. 

Bersama Pembantu Muzeum Thailand
Pertukaran cenderamata




No comments:

Post a Comment