Wednesday, September 28, 2016

HARI KE-3 17 OGOS 2016 (1)




1    Day 3:  LAWATAN KAJISELIDIK BANGKOK - 17 0G0S 2016 (Rabu)


                    1. KEMENTERIAN PERTAHANAN THAILAND
Menikmati hidangan pagi di Restoran Lokhande
Sambutan di hadapan Kementerian pertahanan
Pameran senjata di hadapan Kementerian Pertahanan
     Pagi ini kami semua menikmati sarapan Restoran Lokhande, sebelah masjid Chakrapong juga. Ada yang makan roti canai dengan kari ala Thai, ada yang makan nasi putih dan ada yang mencuba nasi beriyani. Selepas sarapan kami terus bertolak ke Kementerian Pertahanan Thailand di Bangkok. Tiba di sana dalam lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami disambut oleh beberapa orang pegawai atasan tentera Thai, yang telah sedia tercegat di pagar pintu hadapan pejabat Kementerian itu.


Selepas mendapatkan pengesahan dan memperoleh maklumat lanjut tentang rombongan, yang diberikan oleh Tuan Ramli dari FICT, kami dibawa meneliti  meriam-meriam yang dipamerkan di hadapan pejabat. Semua meriam disusun atur menghiasi lanskap dan taman  yang cantik dan kemas di kawasan yang luas, dan dijadikan sebagai laman muzeum yang mempamerkan senjata-senjata lama itu. Kami hanya berfokus kepada meriam dari Pattani, suatu senjata kebanggan orang Melayu. Didapati Cuma satu saja meriam Pattani yang disimpan dan dipamerkan di situ. Jadi kami mengambil peluang keemasan itu untuk meneliti, mencari maklumat dan  mengabadikan gambar-gambar sebagai bukti tentang kewujudan meriam Pattani di Laman Kementerian Pertahanan Bangkok, yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dikunjungi oleh orang ramai bagi melihatnya. Itulah satu-satunya lambang kemegahan orang Melayu di Siam dari negeri Pattani, semasa berperang mempertahankan tanah air mereka. Kini ia tinggal kenangan semata-mata, dan menjadi hiasan di Laman Kementerian Pertahanan sahaja.

Salah satu Meriam iaitu meriam dari Pattani yang dipamerkan

Bergambar kenangan sebelum taklimat
Bersama Tuan Ramli (FICT) dan Dato Wan Shamsuddin Pengerusi PSMCK
Selesai meneliti semua fakta tentang meriam Pattani di tempat pameran itu, kami diiring masuk  ke bilik mesyuarat di pejabat itu, untuk sessi soal jawab dan mendengar taklimat. Ketua pasukan kaji selidik Dr Kasri menggunakan medium Bahasa Inggeris yang kemudiannya diterjemahkan oleh seorang juru bahasa Thai, bagi kedua belah pihak Kedah dan Bangkok. Pihak Tentera Thai mengalu-alukan kedatangan rombongan kami. Mereka memohon maaf dan memaklumkan mereka tidak dapat menyediakan maklumat tentang hubungan politik silam kedua negara dan tidak bersedia dengan maklumat tentang senjata dari Pattani dan senjata Melayu yang lain, kerana tidak dimaklumkan lebih awal. 

Oleh itu pihak Bangkok lebih suka jika sessi dialog difokuskan kepada hubungan antara dua negara pada masa ini dan langkah mengeratkannya pada masa akan datang. Pihak Bangkok juga tidak dapat memberikan maklumat tentang Tengku Yusof kekanda Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama, yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Thai suatu masa dahulu. Walau bagaimanpun jika diberikan masa barangkali mereka boleh berkongsi maklumat yang diminta pada masa akan datang.

Sessi dailog dan taklimat

Walaupun tidak banyak maklumat yang kami dapati dari Kementerian Pertahanan Thailand, tapi kami sangat berpuas hati kerana dapat melihat meriam Pattani masih kekal utuh diabadikan di laman Kementerian dalam muzeum yang mereka adakan. Ia lambang kekuatan dan jati diri orang Melayu Pattani suatu ketika dahulu, yang kini tinggal dalam lipatan sejarah semata-mata. Lebih kurang jam 11.00 pagi, selepas pertukaran cenderamata dan sessi bergambar kenangan, kami meninggalkan Kementerian Pertahanan untuk ke  Muzeum Bangkok pula.

Pertukaran cenderamata PSMCK dan Kementerian Pertahanan



No comments:

Post a Comment