Sunday, July 21, 2013

UJIAN BULAN PUASA


Tiba-tiba seorang anak muda muncul di depan pintu pejabat selepas dimaklumkan oleh PAR bertugas. Tanpa membuang masa dia memberi salam dan memperkenalkan dirinya, bekas pelajar zaman 80-an dulu. Aku sangat kenal namanya itu. Masih jelas dalam ingatan rupa parasnya, tindak-tinduknya, perangainya, tutur katanya, malah segala-galanya tentang dia. Dia selalu tidak siapkan kerja rumahnya, selalu saja memberi alasan, malah terkadang bercakap sesuatu yang menjadikan seorang guru hilang sabarnya. Selalu diingatkan dia ada rupa, ada gaya, dan jika ada pelajaran tentu kerja besar pula. Sebab itu dia perlu rajin belajar, dia perlu rajin buat homework dan mesti tahu batas-batas agama. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. 

Hari ini setelah hampir tiga puluh tahun tidak berjump dia muncul di depan mata. Selalunya bila berjumpa anak murid lama, hati aku kembang bangga dengan perkembangan dan pencapaian mereka. Biar tidak kerja besar, biar tidak kaya, tapi berjaya menjadi manusia, membina keluarga dan kelihatan bahagia. Tapi bekas murid yang ini sangat menyentuh hati dan terasa amat sayu pula. Dia datang minta belas ihsan, minta sumbangan untuk anaknya melanjutkan pelajaran. Dia masih sama seperti dulu, masih tidak berubah. Diberi beberapa cadangan untuk membantu, dia masih memberi alasan-alasan yang memang tidak masuk akal.

Aku dapat bayangkan dia memang bermasalah seperti yang pernah diberitahu oleh rakan karibnya kepadaku. Barangkali dia sangat memerlukan dalam bulan puasa yang  mulia ini. Oh, alangkah pilunya. Aku tahu dia tidak bekerja lagi, aku tahu dia barangkali sangat terdesak dan tersepit memerlukan sedikit belanja. Tapi aku sedih kerana dia memilih jalan ini sehingga tidak lagi ada harga diri, dan sanggup meminta-minta lagi. Barangkali dia sudah habis fikir, sehingga sanggup datang ke pejabat, walaupun hampir tiga puluh tahun tidak pernah berjumpa.

Ya Allah, maha suci Allah yang maha  pengasih lagi maha menentukan. Kau temukan aku dengan pelajarku dalam keadaan yang menyanyat hati. Ya Allah semoga dia diberi pertunjuk jalan yang benar untuk terus mengharungi hidupnya dengan lebih bermakna dan penuh dengan barakah.

2 comments:

  1. Salam cik gu tersayang saya juga bekas pelajar cikgu cuma tak kesempatan merasai sentuhan dari cikgu..saya jalilah tingkatan 6 rendah b dan 6 atas b tahun1984 dan1985.. seangakatan dgn mohd helmi abdul rahman, rahim othman, halida morad jamaludin othman mereka tgktan cik gu mengajar.. saya setiausaha alumni smtam 84 85.. kami aktif cik gu... blog cik gu pun saya dpt dr mohd shariff saad guru besar di miri sana... wpun cik gu x kenal ilah..ntp cik gu sentiasa bibir kami sentiasa tahu melalui kwn2.. ilah juga ada blog masakan.. silamke RESEPI SUMBANGAN JY yaa cikgu pelbagai
    cerita masakan ada.. salam mesra dari saya ya cik gu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ilah, saya sangat gembira dapat berhubung, semoga terus berjaya.

    ReplyDelete