Monday, January 7, 2013

DAY 8 – TOYOHASHI NATURE PARK



Oleh kerana kami memang bercadang untuk melawat zoo, selepas makan tengah hari lebih kurang jam 12.30, kami sudah mulakan perjalanan menuju Zoo Toyohashi. Angah tak berapa setuju nak ke zoo, kononnya tak ada apa sangat yang menarik Tapi papa berkeras nak belanja angah melawat ke zoo. Kata papa, nanti bila angah balik Malaysia, angah tak boleh cerita tentang zoo, kerana tidak pernah pun melawat zoo di Jepun. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Sanbongi Cho, kami selamat sampai ke tempat yang dituju.

Selepas membeli tiket, kami mulakan ekspedisi, melihat-lihat binatang seperti monyet, kambing, dan entah apa-apa lagi binatang yang hampir sama dengan binatang di Malaysia. Aneh juga binatang seperti monyet, walaupun sama dengan specis di Malaysia tapi kelihatan sedikit berbeza – hidung dan mulut kelihatan kemerahan kerana cuaca sejuk barangkali. 

Adik suka sungguh menikmati perangai penguin-penguin yang sungguh ramai di zoo itu. Macam-macam gaya yang dipamerkan. Dia sungguh teruja, dan sungguh rasa terhibur. Lastly kami join orang yang ramai-ramai – rupanya budak-budak sedang seronok bermain dengan arnab. Adik pun teruja juga nak main ngan arnab tapi semua budak-budak kecil saja yang dok pulun, tak jadilah dia nak mencelah. Kami pun menikmati suasana yang ceria itu – dengan hilai tawa anak kecil yang suka tapi takut dan geli, dan dengan tawa mak bapa yang melihat kelucuan anak-anak mereka berhadapan dengan pengalaman baru – sungguh mengasyikkan suasana petang yang dingin itu. 

Tapi suatu yang amat menarik perhatian aku ialah bagaimana orang Jepun membiasakan anak-anak, dengan amalan membasuh tangan. Ibu bapa akan mendampingi anak bermain dengan arnab, selepas itu mereka mengajar anak mereka membasuh tangan. Tempat membasuh tangan pula disediakan oleh pihak zoo – cantik sebagai decoration dan sangat praktikal pula, siap dengan cecair pembersih lagi. Tambah hebat ialah siap ada disediakan arahan dan langkah-langkah cara membasuh tangan dengan betul oleh pihak zoo. Hebat sungguh kehidupan masyarakat di negara maju, first class mentality dibentuk di mana-mana, dan semua pihak main peranan yang serius dan sungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment