Wednesday, January 2, 2013

CERITA-CERITA AWAL TAHUN


Menjadi Pengetua di sekolah ini banyak cerita yang indah, menarik dan tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila pun. Setiap hujung tahun selepas keluar keputusan Peperiksaan UPSR dalam bulan Oktober, sekolah akan dihujani panggilan telefon bertalu-talu. Bukan itu saja pejabat Pengetua akan dikunjungai bertali arus, untuk bertanyakan soalan yang sama. Soalan yang minta dijawab dalam telefonn dan di pejabat sama semuanya; 
Nak tanya, masuk ke Bahiyah berapa A?
Macam mana nak masuk Sekolah Bahiyah?
Anak saya minat sangat nak masuk Bahiyah, tak kan seorang pun tak boleh tolong?
Saya nak tukar ke sekolah cik gu, macam mana proses nak buat?
Anak saya ni kakaknya dah sekolah di sini, jadi adik pun nak juga masuk sini, tak kan tak boleh?
Kalau saya nak masuk sekolah lain tak payahlah saya jumpa cikgu, tak bolehkah cik gu bagi pertimbangan?

Ini tidak termasuk mesej ke telefon bimbit. Dan tidak termasuk juga membawa kawan baik, sahabat handai, adik beradik dan orang kampung untuk cuba mendapat tempat di sekolah ini. Entahlah kadang-kadang pening juga dibuatnya memikirkan ramainya waris yang nak anak belajar di sini. Yang datang kebanyakannya membawa harapan besar untuk dapat diterima masuk ke sini. Dan bila diminta membuat permohonan ke PPD mereka pulang dengan hampanya. Kadang sebelum pulang sempat lagi  marah-marah kepada Pengetua yang dikatakan tidak mahu membantu.

Entahlah setiap tahun aku akan dirayu, diherdik, dimarahi, malah pernah diugut, semata-mata mau memasukkan anak ke Bahiyah. Aku sangat kasihan kepada pelajar yang terpaksa bersesak-sesak dalam kelas yang sudah tua melebihi empat puluh tahun. Sedangkan di sekolah lain jumlah pelajar cuma lebih kurang tiga puluh orang sahaja sekelas. Aku juga sangat kasihan kepada guru-guru di sekolah ku yang sangat dedikated dibebani dengan hampir lima puluh orang murid dalam kelas, sedangkan di sekolah-sekolah tertentu cuma separuh daripada itu.

Aku rasa alangkah baiknya jika jumlah pelajar dapat disamaratakan. Pelajar akan lebih selesa dan guru akan menerima beban kerja yang hampir sama. Tidaklah adil jika selalu diberikan alasan, orang suka sekolah ini. Sedangkan di sekolah lain guru-guru dapat bertugas dengan selesanya bersama 400 hingga 800 orang pelajar saja, berbanding sekolah kami sebanyak 1200 orang semuanya.

Kelihatannya seolah-olah orang tidak suka sekolah Berasrama Penuh atasu MRSM, atau Sekolah Primier, tapi sebenarnya di sekolah-sekolah tersebut, orang tidak sewenang-wenangnya boleh masuk jika tidak layak. Orang tidak boleh mengganggu sesiapa, JPN, PPD atau Pengetua, jika sekolah ini yang dikatakan bagus diberikan taraf Sekolah Primier Daerah, atau apa-apa saja taraf yang boleh. Dengan itu, tiada siapa akan semudahnya datang memohon masuk, jika kelayakan tidak cukup. Ini akan memudahkan semua pihak dan dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar seperti yang dicita-citakan. Ini akan dapat merealisasikan Kedah Top 5. Jika tiada perubahan yang berani barang kali cita-cita murni itu akan terkubur begitu sahaja.



No comments:

Post a Comment