KULIAH SUBUH OLEH USTAZ AZLI
DARI KITAB RISALAH TAZKIRAH - SH DAUD FATONI
DI MESJID ALBUKHARY - 1 MAC 2015
Kehidupan manusia sebenarnya, Allah telah tetapkan terbahagi kepada lima fasa yang mesti dilalui oleh seseorang yang dikatakan insan, yang dilahirkan ke dunia ini. Walau bagaimanaupun selalunya kita perhatikan, manusia sangat leka dan taksub serta sangat fokus kepada satu fasa kehidupan lebih daripada yang lainnya, sehingga lupa akan fasa-fasa kehidupan yang lain, yang Allah telah tetapkan untuk kita lalui. Inilah yang disentuh oleh Sh Daud dalam pendahuluan kitabnya, "aku perhatikan
masyarakat kampung, dan gelagat manusia sekelilingnya, manusia sangat kasih kepada dunia
seolah-olah di sinilah tempat yang kekal kesudahan mereka. Cara hidup mereka seolah-olah mereka tidak akan mati, contohnya mereka bersembang-sembang dengan sungguh leka, dengan sungguh seronok, sehingga tidak lansung ingat tentang akhirat, dan mereka bekerja pula sehingga tidak ingat akan waktu sembahyang zohor,
asar, maghrib dan lain-lainnya. Berpunca dari sinilah aku pun kesiankan merka dan inilah tugas aku ulama untuk
memperingatkan janji Allah, orang lalai akan dapat balasan Allah di akhirat nanti iaitu satu lagi fasa kehidupan yang Allah telah tetapkan untuk dilalui."
Hendaklah kita tahu bahawa kehidupan manusia daripada Nabi Adam yang diciptakan hingga anak cucunya, sama ada yang baik ataupun tidak, ada lima fasa umur sebagai kehidupan, yang perlu manusia tempuhi, sama ada kita mahu ataupun tidak. Sesungguhnya ketentuan Allah akan tetap terjadi, dan manusia telah ditakdirkan akan melalui lima fasa kehidupan yang Allah telah janjikan:
1. Bermula di alam roh - Allah telah tanya roh yang dihimpunkan, semua roh mengaku Allah sebagai Tuhan. Tapi di dunia apabilah dilahirkan kita lupa janji kita kepada Allah. Allah telah beri tiga nikmat kepada kita, nikmat dilahirkan, nikmat diberi rezeki, dan nikmat diberi pertunjuk Nabi dan Quran.
2. Kehidupan alam janin - alam sebelum manusia dilahirkan iaitu alam janin manusia berada dalam perut ibu masing-masing, setelah roh ditiupkan ke dalam janin, ia akan membesar selama sembilan bulan biasanya, kemudian barulah dilahirkan ke dunia yang penuh pancaroba ini.

4. Kehidupan Alam kubur/barzah - Keluar dari dunia manusia mati dan masuk ke dunia baru dalam alam kubur hinggalah kita dibangkitkan semula. Saidina Umar pernah menangis kerana Nabi pernah berkata kubur adalah tempat singgah yang pertama sehinggalah kiamat. Kata Nabi lagi, kubur boleh jadi satu taman dari taman-taman syurga, kalau tiada azab, jika selamat daripada siksa kubur, maka yang lain akan lebih selamat. Kalau di kubur sudah diazab, yang lain akan lebih payah, seperti di mahsyar, siratol mustaqim, dan neraka.

Semoga dengan peringatan ini, kita akan dapat muhasabah diri, dan membuat persediaan yang sewajarnya supaya kita tidak tertipu dengan kenikmatan dunia yang sementara cuma. Marilah kita memohon keredhaan Allah supaya kita dapat mengecapi nikmat di dunia dengan tidak melupai akan usaha untuk merebut peluang balasan nikmat di akhirat sana, supaya kehidupan yang kekal abadi, penuh dengan rahmat Allah di syurga iaitu kurniaan Allah yang maha pengasih kepada hambanya yang taat.
No comments:
Post a Comment