Friday, March 22, 2013

MARI BERSABAR....



Sambungan Mari Berhijrah .......
Nabi Mohamad saw pernah bersabda, untuk kita boleh berhijrah, terutamanya bagi meninggalkan kemaksiatan, kita perlu bersabar, terutamanya bersabar untuk berbuat ketaatan kepada Allah, dan bersabar untuk mengelak diri daripada melakukan maksiat yang dilarang Allah. Nabi juga berpesan, ketahuilah  bahawa maksiat boleh berlaku disebabkan dua perkara; kita kurang sabar atas apa yang kita suka, dan kita tidak sabar  menghadapi perkara-perkara yang dilarang.

Nabi saw pernah bersabda lagi, sabar itu seperti harta karun daripada harta-harta qarun dalam syurga, jadi antara petua untuk kita dapat bersabar ialah seperti berikut; marilah kita sama-sama usahakan, supaya kita dapat mengamalkan sifat sabar, kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

  1. Kita mesti tahu dan sedar tabiat kehidupan dunia, yang dikatakan dunia itu sebenarnya segala kehidupan yang dijalani, penuh dengan segala susah payah, atau serba susah. Allah jadikan kehidupan susah payah, supaya manusia dapat bersabar Jadi segala kesusahan mestilah ditempuhi dengan sabar, dan Allah menjanjikan sebaik-baik balasan atas segala kesabaran manusia ciptaanNya.
  2. Apa yg ada di tangan kamu semuanya hak Allah subhanahuwataala. Kita dilahirkan, keluar dr perut emak, tidak ada apa-apa, yg ada hutang kita kepada  Allah, kerana menganugerahkan kita sebuah kehidupan, sehinggalah kita mati pun,  kita adalah milik Allah. Jadi kalau Allah ambil apa pun daripada kita, kita patut bersabar kerana itu bukan hak kita, sebaliknya hak Allah semata-mata.Sesungguhnya kita milik Allah dan kita akan kembali kepadaNya.
  3. Apa yg ada dr kamu, semuanya nikmat dari Allah, jadi semasa menerima nikmat, dan hilang nikmat sekalipun, sepatutnya kita bersabar. Nabi saw pernah bersabda kepada Abu Talhah, apabila beliau kehilangan anak yang kembali ke rahmatullah dengan sabar, "barakahlah kamu, dan Allah akan ganti dengan anak yang lain lagi, kerana sabar semasa kehilangan nikmat"
  4. Minta tolonglah dengan Allah supaya kita menjadi orang yang sentiasa sabar pada setiap masa, dan pada semua keadaan, walau bagaimanapun jua.
  5. Berimanlah dan terimalah dgn qadha dan qadar Allah, nescaya kita akan sabar menerima ketentuan yang ditaqdirkan.

No comments:

Post a Comment