Thursday, April 1, 2021

MUZEUM MATAWANG IMPIAN PAPA

Papa seorang pegumpul pelbagai jenis mata wang sejak lama. Temanya matawang Kesultanan Melayu. Mula mengumpul sejak muda. Buat kajian untuk faham matawang yang disimpan. Kemudian, tulis hasil kajian menjadi buku. Tentang matawang traditional ditulis Pengenalan Matawang Alam Melayu dan tentang matawang moden terhasil Ceritera Ringgit. Buku sudah tertulis tapi papa  masih ada impian yang ingin dicapainya. Dia mempunyai satu koleksi matawang Kesutanan Melayu yang hampir  lengkap. Papa hanyasimpan koleksi berharganya dalam almari. Sesekali dibawa keluar untuk kajian. Kadang-kadang untuk dikongsi perbincangan dengan peminat pengumpul matawang yang sama minat. Kadang-kadang untuk dipamerkan untuk pengkaji yang datang dan pergi, mengambil kesempatan atas papa, yang ikhlas berkongsi ilmu. Datang konsi ilmu buat video berjam-jam, jual video dengan mahal, untuk papa hanya ucapan terima kasih saja. Tapi papa ikhlas, dia suka sebab dapat sebar ilmu, ilmu yang bermanfaat. Memang pun bermanafaat tapi orang ambil kesempatan atasnya. Memang tak adil betul. Selalu disebut-sebut padanya, papa tenang saja, 'kita tak rugi apa, kita ada ilmu, kita bagi ilmu, itu reward untuk papa, reputasi papa makin naik kot, papa membina nama dalam bidang hobi papa kan.' 

Sesekali papa luahkan yang terpendam dalam hatinya,  'koleksi papa ni banyak boleh buat muzeum, tapi susah juga, nak kena keluar duit banyak, dan kita dah tua'. 'Tak ada anak kita yang minat pulak tu, yang nak urus pun tak ada'. 'Papa ni kalau dapat buat muzeum, tak tau apa nak kata'. 'My dream, the only dream yang teringin sangat kalau dapat'. 'Tapi tak taulah susah juga tu, tak nampak jalan macam mana nak mula'.

Hari ini seperti biasa papa call waktu tengah hari. Antara cerita papa 'Azrai mai dengan Ustaz Ya minat nak buat muzeum matawang'. Aku sokong saja usul papa kerana sejak lama dia memang impikan nak buat muzeum.  Aku cadangkan pada papa boleh fikirkan idea itu, in sya Allah kalau ada rezeki. Elok kita sembahyang istikharah dan bincang dengan anak-anak. Kalau Allah izin barangkali impian papa akan jadi kenyataan. Ya Allah, tolong uruskan kami yang terbaik, untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kalau ia baik untuk agama Mu permudahkan urusan kami, kalau tidak jauhkan dari kami ya Allah yang maha pengasih lagi mengaturkan. Ya Allah  ya Baari' bantu kami dan tolong uruskan kami.

No comments:

Post a Comment