Monday, April 26, 2021

SEMAKIN HARI SEMAKIN SUNYI

Di saat ini sudah lebih setahun pendamik covid 19 melanda negara. Lima bulan pertama bulan Mac 2019 hingga Julai, rumah aku meriah kerana 4 orang cucu terkandas di rumah. Hamper setiap hari cucu yang 5 tahun merengek dekat maminya minta nak balik rindu mami dan dedi. Puas dipujuk, kaka dan abang pun bantu menenangkanya. Akhirnya keadaan jagi semakin tenang dan menggembirakan semua - anak cucu dan juga tok dan tok wan.

Kemudiannya apabila masuk bulan Mei kami berpuasa. Sembahyang tarawih kena buat di rumah. Mesjid semua ditutup untuk memutuskan jaringan covid 19. Makan di restoran lagi tak boleh. Setiap hari tv tak putus-putus berkempen..... Bersama kita putuskan rataian covid 19, Duduk di rumah Stay at Home,  Kita Jaga Kita, Kita Belum Menang.

Maka bermulalah aktiviti dengan anak cucu. Di samping memenuhi masa terluang, dapat juga untuk melayan dan mengurangkan sedikit rindu kepada mak ayah dan rumah mereka. Kini tahun ini Ramadhan datang lagi, tapi rumah sudah tidak semeriah tahun lalu. Tahun ini rumah menjadi semakin sunyi sesunyi-sunyinya. Apa kan daya sudah suratan takdir. Bukan saja sunyi tapi kerja pun makin memerlukan komitmen. Bukan saja anak cucu yang tiada, tapi bibik juga telah pohon untuk balik bercuti. 

Ya Allah hanya padaMu aku berserah, hanya  Engkaulah yang takdirkan segal-galanya. Aku serahkan segala kesusahanku ini kepadaMu kerana Engkaulah yang maha melihat lagi maha mengetahui bagaimana keadaan diriku ini. Bantulah aku, kasihanilah aku dan rahmatilah aku in sya Allah aamiin.


No comments:

Post a Comment