Saturday, June 20, 2026

ASAKUSA DAN SHIBUYA


Day 3 
Isnin
23  Mac 2026

10.30 pagi selepas sarapan kami ke Asakusa Town. Kebetulan Dedi work from home, jadi kami semua anak beranak pergi jalan-jalan. Angah kerja dia tidak ikut serta. Kami jalan-jalan di bandar Asakusa, tempat pelancongan yang selalu dikunjungi pelancong. Di sepanjang jalannya gerai-gerai menjual cendera mata memang sangat banyak. Pelancong pun berpusu-pusu jalan sambil menikmati pemandangan dalam suasana musim bunga yang dingin. Bukan saja pelanacong orang tempatan pun ramai.  Mereka pun suka keluar berjalan-jalan menikmati keindahan musim sakura. Sambil melihat-lihat kami pun sempat membeli souvinir buat dibawa pulang.

Sambil berjalan kami dapat melihat ramai yang berkimono. Mereka ni menyewa kimono untuk sesi bergambar kenang-kenangan. Nampak sungguh cantik dan meriah. Juru foto yang disewa seharian, membantu untuk mendapatkan gambar yang cantik untuk kenang-kenangan. Ada juga yang menyewa kereta kuda dan ada yang naik lanca, sambil sight-seeing dan buat mengambil gambar kenangan.  Semuanya menjadikan Asakusa sibuk dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang menghibutkan.

Akhirnya kami sampai ke Sen Soji Temple Asakusa. Ramai sungguh pelancong di situ. Ada yang berfoto-foto, ada yang melihat-lihat, dan ada yang meninjau-ninjau aktiviti yang disediakan di  sekeliling temple. Ada gerai-gerai disediakan untuk orang datang membuat doa yang dihajati. Ada datang untuk menilik nasib bila berhajat nak buat sesuatu atau nak mencari pasangan hidup. 

Kelihatan sepokok pohon sakura rendang bunganya baru sedikit berkembang menghiasi temple yang tersergam itu. Ia menjadi tumpuan semua pelancong sehingga semua terpaksa menunggu guliran atau cuba mencari temapat sesuai untuk bergambar. Kami pun ambil peluang bergambar, sebab memang kami datang nak menikmati bunga sakura yang memang terkenal. Kadang-kadang rasa lucu sebab bunga sakura kelihatan agak serupa dengan bunga tocoma di Kedah tapi tidak terkenal seperti sakura di Jepun. Itulah peranan marketing yang tak mampu kita buat, apa kan daya.

Kami ambil peluang solat di sebuah mesjid berhampiran. Selepas itu kami ke restoran Gyume untuk lunch. Menu kami nasi dan tempura udang, ramen, dan fried dumpling, untuk 10 orang semuanya JY 800 ribu.

Kemudian kami bertolak untuk balik, kami singgah ambil angah kemudian berhenti singgah solat maghrib di Masjid Camai Turkie. Selesai solat kami ke destinasi berikutnya Shibuya Crossing yang terkenal dengan ramainya pengunjung. 

Ya Allah Ya Robbi, setibanya di situ memang ramai sungguh orang. Kami berjalan-jalan santai  mencari kedai halal di sekitarnya. Tapi ramai juga yang jalan-jalan shopping di kedai-kedai yang menawarkan pelbarai barangan. tiba di kedai-kedai halal nampak ramai juga yang lepak-lepak menikmati makanan. Kami beli burger pack untuk dinner (JY 2000 lebih kurang RM 50). Along teringin nak makan burger wagyu, tercapailah hasratnya. 

Lastly, kami pun turut untuk sama-sama menikmati suasana ramai di Shibuya Crossing. Ya Allah memang terasa sesak sangat. Selalu tengok di video yang angah post untuk kami, dia pergi ke Shibuya, tapi kali ini rasa sendiri masy Allah maha suci Allah. Mana datang manusia sesesak itu, masya Allah tabarokallah. Kelihatan aneh tapi benar. Entah dari mana datangnya manusia seramai itu, tak dapat dibayangkan, tapi itulah kenyataannya. Alhamdulillah selesai day trip hari ini, 

Sampai rumah angah masak nasi lemak untuk buat bekal nak jalan esok hari. alhamdulillah



No comments:

Post a Comment