Day 1
21 Mac 2026
21 Mac 2026
1 Syawal 1447
(Hari Raya Puasa 1)
Alhamdulillah pagi raya disambut meriah dengan anak cucu yang ada di Alor Setar. Seperti biasa papa jadi imam di Surau Taman Jaya. Suri dan Sina ikut ke surau dengan Tok Wan dan Tok ke surau. Alang dan Shazlee, adik Mahya dan Amani ikut kemudiannya.
Balik surau lepas beraya dengan anak cucu, makan-makan dan rehat sebentar barulah kami siap beg untuk pergi ke Jepun melawat angah sekeluarga. Tak bermaya rasanya nak meninggalkan rumah kerana emak yang sakit dan kelihatan agak loghat dan semakin agak lemah. Tapi apa kan daya tiket sudah dibeli tiga bulan yang yang lalu, masa tu emak nampak stabil seperti biasa.
Hati memang sangat berat untuk melangkah. Pada Asfar sudah dipesan kalau apa-apa terjadi kepada emak tolong minta tolong cikgu Yusuf untuk uruskan segalanya. Kepada kakak Yah dan Mak Su juga sudah dipesan apa-apa yang perlu. Kad Pengenalan emak juga sudah dsimpan di tempat yang senang dicari.
Petang itu selepas mencium mak, dengan berat hati aku meninggalkan rumah. Dalam hati aku berserah kepada Allah. Apa pun yang bakal terjadi aku redha dan pasrah, tidak ada daya upaya aku lagi untuk berbuat apa pun, melainkan dengan izinNya jua.
Kami solat jamak taqdim di airport. Flight kami jam 9.00 malam. Jam 10.30 malam along jemput kami, lepas tu singgah sebentar di Mc Donald beli nasi lemak dan burger untuk dinner. Kami terus berehat dan tidur keran esok perjalan akan bermula awal pagi ke airport. InsyaAllah. Ya allah pada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku berharap diri, semoga segalanya dipermudahkan bagi kami.

No comments:
Post a Comment