Monday, August 11, 2025

CERITA PAPA

Tanggal 8 Februari 2025
Jam 4.30 petang 
Mama dapat call dari papa di klinik. Suara papa kedenganran cemas. Papa suruh mama dan adik cepat sikit pergi ke klinik, dia rasa sakit dada. ' Tak tahan ni,' katanya.

Kami bertiga bergegas terus ke klinik, alhamdulillah keadan trafik di jalan tak banyak kereta, 20 minit kami tiba di Pendang. Alhamdulillah Papa nampak tenang walaupun mama nampak dia menahan sakit. Dia berbaring di tikar sembahyang lepas sembahyang asar. Mama terus berwudhuk dan solat asar. Papa duduk di kerusi pesakit, dan adik ambil history kejadian papa, sambil buat referal letter ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Selesai print surat, Asfar terus angkat beg kerja papa masuk kereta, mama ikut papa masuk kereta, terus ke HSB. Dipermudahkan segalanya alhamdulillah jalan lengang 15 minit sudah sampai di Emergency. Dalam  perjalanan mama wasap Dr Sidqi Specialist di Emergency, kebetulan dia tak kerja. 

Di Emergency kebetulan tak ada patient, depa terus attend papa, kebetutlan specialis pun ada waktu itu, jadi terus buat ECG. Confirm satu saluran blok 2 tempat seratus peratus. Tekanan darah papa rendah, depa terus bagi drip, bagi ubat, dan buat semua checkup apa yang patut. Siap kena marah, 'kenapa tak panggil ambulan,' papa kata, 'rasa lebih cepat mai sendiri'.

Papa bagi skor tahap sakit dada yang dia rasa 7/10. Kemudian tahap sakit semakin berkurangan selepas drip dan makan ubat. Alhamdulillah syukur ya Allah papa dah rasa kurang sakitnya, dia solat maghrib sambil baring dan menjelang isyak, keadaan papa agak stabil.  Doktor uruskan untuk masuk ke wad.

Adik buat referal letter ke HSB

sampai di Emergency terus diperiksa pakar ada patient tak ada

terus buat engioram saluran tersumbat 2 tempat 100 %

pasang stent 2 

jam 11.00 masuk CRW tak boleh tunggu mama balik

pagi nurse call bawa ubat jadi boleh masuk tengok papa sehingga dia dibawa ke OT jam 2.00 petang

jam 5 tukar wad masih tak boleh tunggu, melawat pun sekali masuk 2 orang

2 hari boleh keluar wad

rawatan susulan

No comments:

Post a Comment