Wednesday, January 8, 2025

Yala ke Patani

 

Day 3
2 Ogos (Jumaat)
Yala ke Patani

Seawal jam 7.30 kami checkout dari hotel, kemudaian kami makan pagi  di Restoran Bamboo. Banyak menu yang disajikan, seperti nasi lemak pelbagai lauk, pelbagai jenis sup, kueh-muih, roti canal, pulut dan macam-macam lagi. Rasa pun sedap-sedap. Kami makan macam-macam, agak kalut juga pemilik kedai kerana tak sangka kami serang kedai dia. Alhamdulillah sudah pasti ini rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka, baginya. Begitulah kehendak Allah sudah tercatat dalam ketentuanNya, sampai masa terjadilah seperti kudrat dan iradatNya.

Selesai makan kami berkunjung ke kilang minuman soya milik orang Islam, sebuah kilang terbesar di Thailand. Taklimat diberikan oleh Pengurus Besar kilang seorang China muslim berasal dari Tanah Besar China, berkahwin dengan orang Thailand. Subhanallah maha suci Allah yang memberikan jalan sehingga perniagaan mereka menembusi pasaran Negeri China. Terasa bangga berkongsi kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka, agar dapat dibuat contoh dan teladan. Taklimat dihadiri juga oleh Tengu Majdi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah. Dia juga Pengurusi DMDI Yala, (Dunia Melayu Dunia Islam). Menariknya beliau seorang Pensyarah  Di Rajabat Universiti, dan merupakan siswazah UUM. Subhanallah besarnya rahmat dan kurniaan Allah kepada kita. Cuma kita saja manusia yang kurang bersyukur. Ya Allah ampuni kami dan rahmati kami, semoga kami sentiasandalam rahmat dan rahim Mu.

Hidangan kepada kami sudah terntulah pelbagai jenis minuman soya yang ada di pasaran, memang sedap. Kami ambil kesempatan membeli minum soya untuk dibawa pulang. Syukur dan terima kasih kepada penganjur yang membawa kami ke kilang soya ini, sungguh buat pengalaman baru, dan kagum dengan pencapaian umat Islam yang berjaya. Semoga Allah merahmati mereka dan merahmati kami juga ya Allah.

Selepas itu jam 10.30 kami telah mula bergerak ke pekan.  Selepas selesai bergambar kenangan di situ, kami ke Pekan Yala pula untuk membeli jubah lelaki sebab di Yala katanya, ada 25,000 pelajar pengajian pondok, jadi kedai jubah memang banyak cantik dan harga pun berpatutan, kerana mengambil kira kemampuan kewangan pelajar-pelajar yang kurang mampu. Lama juga orang lelaki shopping mengalahkan orang perempuan, tapi biarkan sekali sekala mereka memilih jubah kegemaran kereka. Alhamdulillah buat pakai sembahyang dan pergi mesjid, bukan selalu ada peluang begitu pun.

Walau pun diberikan masa  cuma 1 jam, namun semua peserta berpuas hati dapat membeli jubah masing-masing. Jam 11.30 kami meninggalkan border Yala mamasuki negeri Patani. Melalui Kampung Bemok Patani kami terus menuju Sakom Beac. Kami makan tengah hari di kedai sup Chomali. Banyaknya makanan tapi main-dish ialah sup. Kami makan nasi berlauk sup daging, ikan goreng, sayur dan telor dadar. ya Allah nikmatnya makan bila kami sedang lapar. Syukur ya Allah Engkau berikan kami rezeki dan selera untuk kami menikmati makanan yang sedap-sedap. Entah macam manalah nanti makanan di syurga nanti, kerana apa yang ada di dunia ini tidak langsung dapat menandingi kenikmatan di syurga nanti.  Ya Allah semoga Engkau rahmati kami dan ampuni kami.

Selepas makan bergambara dan beramah mesra dengan tuan kedai, kami mula gerak balik menuju ke Hatyai. Di pertengahan jalan kami singgah untuk membeli hasil-hasil laut seperti ikan kering.  Dan kami juga beli kekacang dan pelbagai jenis jajan. Tak terbeli kami, banyak sangat pilihan, kami belilah serba sedikit buat anak cucu terkam bila kami sampai balik nanti.

maghrib di dano niat jamak takkhir makan malam urusan imigresn balik singgah di malau sembahyang 



No comments:

Post a Comment